Hannah berjalan perlahan mengekori Triss dan juga Angel dari belakang. Dia masih terpaut perasaan bersalah. Tambahan lagi, butir kata Evelyn mengguris perasaan hati nya.
Langkah kedua-dua rakan baiknya semakin lama kian menghilang dari radar. Begitu juga Evelyn. Hannah pula masih melayan akan perasaannya sehingga tidak menyedari akan ketiga-tiga mereka sudah jauh kehadapan meninggalkan dia seorang diri.
Sapp!
Tak semena-mena tangannya diraih oleh seseorang membuatkan Hannah terjerit kecil. Bahkan didorong ke sesuatu tempat tersorok dimana tidak ramai orang lalu lalang melalui kawasan itu.
Meronta-ronta Hannah ingin melepaskan dirinya dek kerana berasa cemas dengan perbuatan seseorang yang tidak dikenalinya itu mendorong dirinya ke sebuah tempat yang agak tersembunyi.
"Shhh..." jari telunjuknya menyentuh bibir Hannah membuatkan Hannah terdiam. Topeng muka yang menutup separuh wajahnya diturunkan, mempamerkan wajahnya dengan jelas.
"Bie?!," suara Hannah naik senada akibat terkejut dengan kehadiran Noah yang berada dihadapan matanya.
Noah mengangguk seraya mengukir senyuman nipis. Rambut isterinya yang agak berantakan itu diperbetulkan.
"Sorry. Bie tak boleh tengok sayang dari jauh lagi. I miss you badly," tutur Noah perlahan lalu menyentuh kedua-dua pipi isterinya dengan lembut. Tidak dapat menahan diri untuk terus melihat isterinya dari jauh. Perasaan rindunya tidak terkata terhadap Hannah.
Spontan, tubuh Noah dipeluk erat dengan tubir mata yang sudah basah dengan air mata.
"Kenapa ni, sayang? Bie buat salah ke? I'm so sorry. Bie tak patut jumpa sayang, right?," luah Noah. Semakin menjadi-jadi tangisan Hannah pabila dia mendengar kata-kata Noah itu.
"Shhh.. jangan lah nangis. Esok sayang nak balik Malaysia dah. Tak jumpa Bie dah lepas ni," sambung Noah. Belakang tubuh isterinya diusap lembut. Sedaya upaya memujuk isterinya. Walaubagaimanapun pujukannya tidak berhasil malah kata-katanya sebentar tadi semakin mengeruhkan keadaan ada lah.
Suara tangisan isteri sedikit sebanyak menarik beberapa orang yang melalui kawasan itu. Buntu Noah mahu melakukan apa lagi untuk meredakan tangisan isterinya.
Noah menarik wajah isterinya daripada terus menyembamkan wajahnya pada bidangnya. Bebola mata hijau-kebiruannya menatap wajah isterinya yang sudah merah dek kerana menangis.
"Sayang kenapa ni, hmm? Kenapa nangis? Bie ada buat salah ke?," tuturnya lembut. Berjurai air mata Hannah membasahi pipinya dek kala wajah yang dirindu-rindukan itu menatap wajahnya.
Dia menggeleng.
"Habis tu? Kenapa sayang nangis?," soalnya. Ingin tahu apakah kehadiran dia penyebab isteri menangis.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Любовные романы𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...