Retina matanya tidak lepas menatap wajah yang berada dihadapannya. Wajah yang dirinduinya itu ditatap lama. Selimut ditarik sehingga paras bahu.
Sudah hampir setengah jam dia sebegitu. Tidak langsung berganjak sekalipun untuk tidak mahu mengejutkan Hannah yang sedang lena tidur.
Tiba-tiba tangannya terasa gatal mahu menyentuh wajah itu. Perlahan tangannya naik menyentuh wajah itu. Raut wajah yang dirinduinya itu masih masa seperti dulu tetapi boleh dilihat dengan jelas wajah itu sedikit pucat.
Dari ubun kepala sehingga ke bibir mungil wanita itu ditatapnya penuh minat.
Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya. Retina matanya sudahpun mengunci targetnya.
Cup!
Bibir wanita itu dikucup nya lembut sebelum dia kembali ke posisinya sebentar tadi. Tidak kurang seminit berlalu, tak semena-mena tindakannya tadi membuatkan wanita itu terjaga dari tidur lenanya.
Dia hanya mampu memberikan satu tatapan kepada wanita itu. Wanita itu memberikan reaksi yang sama sepertinya. Hanya sepasang mata menjadi saksi mereka berdua menjelaskan segala-galanya.
Air matanya mulai bertakung. Wajah yang berada dihadapannya adalah wajah yang selama ini dia tunggu-tunggu. Wajah yang sangat-sangat dia rindukan. Perasaan syukurnya tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya tika ini. Tuhan sudah kabulkan doanya.
“I'm not dreaming, right?,” soalnya. Airmatanya sudahpun menitis ke pipi.
“Of course you're not dreaming. I'm here, right in front of you,” suara serak basahnya menjawab. Sekali lagi dia mengalirkan air mata. Suara itu, suara yang sudah lama dia tidak dengar. Suara yang sangat-sangat dia mahu dengar. Sangat-sangat dia rindu.
Hannah membawa wajahnya ke bidang milik suaminya. Tangannya erat memeluk tubuh itu.
“Shhh... don't cry please. Bie tak suka tengok air mata sayang nangis sebab Bie lagi,” ujarnya lembut. Belakang kepala isterinya diusap lembut penuh kasih.
Hannah menjauhkan wajahnya dari bidang suaminya. Wajah suaminya ditatap untuk kesian kali dengan airmata yang tidak berhenti mengalir dengan sendirinya.
“You look pale. Please jangan nangis. Bie tak suka tengok sayang macam ni,” tuturnya. Airmata isterinya dikesat lembut menggunakan telapak tangannya. Tangannya masih tidak berganjak sekali pun dari menyentuh wajah itu.
Dia masih tersedu-sedan.
“Sayang janji. Lepas ni sayang akan bahagiakan Bie,” ungkapan janji untuk serta merta membuatkan Noah mengukir satu senyuman buat isterinya.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romans𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...