| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 17 |🥀 : Rumah Hantu

4.5K 188 14
                                    

               “Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               “Sayang...” panggil nya berderet. Mula lah tu nak manja-manja. Hannah yang membelakangi dia dipandangnya. Masih merajuk gara-gara kejadian yang berlaku sebentar tadi.   

Hannah mendiamkan diri. Sengaja mahu Noah bercakap seorang diri tak berteman. Masih dalam protes, barangkali mahu dipujuk.

Belakang tubuh isterinya dilukis-lukis. Bergerak-gerak tubuh Hannah dek merasa geli.

               “Sayang merajuk lagi ke?,” tanya nya lembut. Tangannya masih nakal melukis pada belakang tubuh Hannah. Sebelah tangan nya pula ditongkatkan.

               “Tak payah lah nak lukis-lukis. Orang geli lah,” Hannah berganjak sedikit, menjauhkan dirinya.

               “Kalau macam ni... geli?,” bisiknya perlahan. Meremang bulu roma Hannah mendengar suaminya berbisik sebegitu. Tak lama, Noah mendekatkan wajahnya leher Hannah. Ditiupnya leher Hannah, sengaja mahu mengusik nakal.

Mahunya Hannah melikuk-likuk tubuhnya dek tidak dapat menahan rasa geli.

               “Okay, okay stop. Tak nak dah,” Hannah berkalih. Dia menolak Noah agar menjauhi dia.

               “Tak nak merajuk lagi dah ke?,” Noah tersengih kecil, mempamerkan lesung pipitnya yang dalam itu. Suka betul dia mengusik Hannah tak tahu kenapa.

               “Mana ada orang merajuk. Orang cuma protes je,” Hannah mencekik, membuat memek mukanya.

               “Bukan sama ke dua-dua tu, sayang?,” usiknya nakal. Tak semena-mena lengan Noah menjadi mangsa cubitan Hannah. Ha, nak mengusik lagi, padan la dengan muka tu.

               “Eh? Main cubit-cubit pulak. Nak Bie cubit pulak ke?,” dengan pantas, Hannah menjauh. Suka cubit orang, tapi kalau sampai turn dia kena cubit mahu nak lari.

               “Sini,” panggilnya. Sengaja alis matanya diangkat manakala jari telunjuknya memainkan peranan memberi isyarat agar Hannah mendekati dia.

               “Tak nak,” Hannah menggeleng tidak mahu. Tahu bahawa sekarang dia berada di zon bahaya. Nak lari mana dah tak boleh. Sekadar nak menolak tak mahu itu saja lah yang mampu.

               “Sini, sayang,” dia mempamerkan senyuman mengusik.

Hannah tetap menggeleng. Haih, tolong la sesiapa datang tolong. Melihat wajah isterinya yang sudah cemberut, dia melepaskan tawanya. Hannah apa lagi, dengar Noah tertawa kan dia lagi lah dia menjauh sampai ke hujung katil.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now