| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 16 |🥀 : Nakal

4.9K 195 0
                                    

                    Senyuman mahalnya tidak dapat dia sembunyi kan lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Senyuman mahalnya tidak dapat dia sembunyi kan lagi. Mana tidaknya, dia sudah tidak sabar menantikan kehadiran isteri tersayang. Sesekali dia mengerling jam di pergelangan tangan nya. Badan disandarkan pada kereta Porsche Taycan miliknya, dengan pakej peluk tubuh.   

Lama menunggu, akhirnya sebuah kereta yang dibawa oleh Ben diberhentikan tepat di sebuah banglo mewah yang disewa oleh Noah. Noah mengorak langkah menuju kearah Hannah yang masih lagi berada didalam perut kereta.

Pintu kereta belakang bahagian penumpang dikuaknya. Hannah tersenyum nipis melihat Noah yang kini sudah berada didepan matanya. Noah menghulurkan tangannya, mahu menjemput Hannah keluar dari perut kereta.

Hannah menyambut huluran tangan Noah tanpa ragu-ragu. Sebelah tangannya pula diletakkan diatas bucu pintu kereta untuk mengelakkan Hannah dari terhantuk.

Keluar sahaja dari perut kereta, tubuh Hannah dipeluk nya. Seakan sudah bertahun tidak berjumpa, padahal baru semalam dia tinggalkan Hannah dikampung.

               “Bie, orang tengok lah,” belakang tubuh Noah ditepuk nya perlahan. Sedar akan perbuatan mereka berdua diperhati oleh Ben.

               “Hmm.. satu minit..” rengek Noah, tidak mahu meleraikan pelukan. Akibat ketinggian mereka yang sedikit jauh, dia terpaksa menunduk sedikit. Bahu Hannah menjadi tempat dia melentokkan kepalanya.

Ben membuka bonet kereta. Beg bagasi milik Hannah dikeluarkan dan dia masuk ke dalam rumah banglo. Tak mahu dia melihat lama-lama kemesraan King dengan reina. Mahunya menjadi orang ketiga yang mengganggu.

Setelah sekian lama, pelukan dileraikan jua. Hannah menarik nafas lega. Nak lemas dia gara-gara pelukan Noah yang begitu erat itu. Pinggang ramping Hannah dipegangnya.

Sekonyong, hidung mereka berdua berlaga. Hannah tertawa kecil. Manja Noah ni tak terkata lagi! Sepatutnya dia yang kena tinggal dekat kampung sana yang sepatutnya perlakukan Noah seperti mana Noah perlakukan pada dia. Yang rindu sepatutnya dia! Yang manja sepatutnya dia juga! Terbalik pula.

               “Bie, bila nak masuk ni?,” tanya Hannah. Nak bermesra pun dekat dalam la, ni dekat luar jadi tontonan orang tahu tak? Dengan Ben pun lihat kemesraan diorang tadi.

Hidung mancung Hannah dicuitnya.

               “Sengaja kan, tak bagi Bie nak bermanja dengan sayang ni. Rindu tahu tak?,”

               “Bie, kalau nak lepaskan rindu sekalipun dekat dalam lah. Ni dekat luar, orang tengok lah,” rungut Hannah. Sempat matanya menyapa jiran yang melihat kemesraan mereka.

               “Ye lah, sayang. Dekat dalam sambung eh?,” balas Noah. Bibirnya mempamerkan senyuman nakal. Sengaja mahu mengusik Hannah.

               “Eh, ambil kesempatan pulak,” Noah tertawa kecil, mendengar kata-kata Hannah itu. Dia nak bergurau manja je pun! Halah, halah.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now