Chapter 4 Kawan

18.6K 107 8
                                    

Telefon sam berdering. Sam mendapatkannya dan menjwab panggilan tu

"Yo bro, watpe? mane?"
"yo adam. aku kt umah, men game je. asal?"
"Jom ah lepak, tempat biasa, ramai ada ni" (adam)
"skarang ke?"
"dlm 10-15 lagi. kitorg pun baru gerak dari markas ni"
"oit g markas tak ajak"
"takdelah mula2 aku g sbb nak amek barang. skali terjumpa amsyar kt traffic light, dia saje ronda2, gerak la skali. smpai markas ada seng & jason tgh lepak. so alang2 da ramai ni nak lepak la skali. amsyar pun da call siva dgn din. jom ah" terang adam dengan panjang lebar.
"oh yeke.. okeh2. jumpa sana"

Sam pun bersiap2. Menyarungkan t shirt & memakai jeans yg telah tergantung di sebalik pintu biliknya. "Nak naik apa ek" getusnya dalam hati. Dia meneliti barisan kunci yang digantung di papan pengantung kunci. terdapat berbelas kunci di situ dari honda wave 100r lama ke xj6, viva elite ke bmw 7 series sampai la mini cooper & mustang gt. Sememangnya dia dari orang kaya. akhirnya, "naik jelah mini cooper ni, lama dah tak start." sambil mengambil kunci trsebut

Sesampainya dia ke tempat biasa iaitu Warong Senah juara, satu warong kecil yang agak tersorok pinggir sebuah kampung. Waktu tu mereka semau sampai hampir serentak ke kedai tu. Kedai warong senah juara ini adalah warong yang lazim sam and the gang untuk lepak, sejak dari awal sekolah menengah lagi. Ada kisah juga yang membuatkan mereka anggap warong ini sebagai legend dan selalu lepak kat sini. Tapi tu biarlah diceritakan utk episode lain kali.

Sampai je kat situ kami masing2 order la air.

"Amacam korang semua? lama tak jumpa?" (Sam)
"Kitorang okay je, kau la busy sgt, dekat sebulan tak jumpa. futsal tak turun, badminton tak main, hiking tak join, markas tak jenguk, lepak2 pun tak." (Jason)
"Tu lah kau, busy sangat." (Hakim)
"Biase r tu, da makin berlagak skrg, taknak kawan ngn kite dah" (Seng)
"haha takdelah. aku busy sikit. macam2 hal. kerja, tugasan, family, macam2 lagi lah." (Sam)
"Tu lah kau banyak sangat benda nak buat. Kerja tetap kau, freelance, part time mengajar lagi, join askar, join JBSM la, jadi escort lagi. banyak pulak masa & tenaga kau. kalau aku pengsan"
"Kau ni banyak sgt buat nanti tak menang tangan nant. kau lak anak jutawan kot buat apa nak buat lagi semua tu duit berkepok dah. rilek sudah"
"tulah aku pun igt nak slow down la jugak salah satu. sebabnya aku minat semua tu. bukan sebab duit tapi sebab minat. syok." (Sam)

Kami pun sambung la sembang2. macam2 topik sampailah semua nak balik. tggl last skali aku dgn adam berjalan berdua ke kereta. adam tak balik terus tapi nak g markas.
"Kau nak g markas buat ape?"
"Saja, boring kt rumah. takde orang pun. at least kat markas ada la orang"
"Oh kalo gitu aku pun tak balik dulu la nak g markas gak."
"Jom" pelawa adam

Kitorang pun g markas. Ape markas tu?

Markas ni port kitorang la. ada satu macam gudang tinggal ni. Kawan bapak Seng yang punya. Dia beli sbb tolong kawan dia nak bayarkan hutang, bisnes tak jadi. Tapi dia pun tak guna pun bangunan tu. So kami guna la buat jadi port lepak kami. Besar gak la kalau ikut boleh muat 2 gelanggang futsal. Lepas tu ruang pejabat tingkat atas. kat situ la tempat kami duduk2, rehat2 lepak. ada tv, aircond, ada bilik mandi. ada gak 2 bilik tidur. Kat bawah yang lapang tu kami biar lapang. dan ada sikit gym equipment second hand yang kami bawak. so kat situ la kami bersenam dan training martial art. Aku ni Tae Kwan Do black belt. Pernah belajar silat gayung sekejap. khatam silat cekak. pastu ada sekali tu ada kami upah muay thai instructor utk ajar geng kami muay thai. Nak kata hebat tu tak, tapi boleh la nak protect diri sendiri. then at one time masa tu tgh hot dancing2 ni, kami pun ada berlatih dance. streetdance ala2 step up. masa zaman tu la. zaman show ABDC. Aku ni dulu kira Bboy la. boleh la gak buat hand stand, freeze, helicopter, flare. 2000 semua tu sikit2. skrg takleh dah, aku makin besar, berat & bulky. lol. Tempat ni la jugak tempat utk tinggal beberapa kenalan kitorg utk sementara bial diorg lari dari rumah. biasalah aku ni kawan macam2. yang mana ada problem dgn family diorg lari la kesini, stay sini utk beberapa lama. kami tolong2 la sikit bab2 makan tu. memang banyk gunanya markas ni.

Perjalanan Nikmat BerahiWhere stories live. Discover now