Chapter 10 Ayu

9.7K 49 4
                                    

Waktu aku amek degree dulu, mcm biasa la aku kan ramai kawan, aku jenis suka berkawan, lepak je, kawan je dgn semua org, aku takde puak2 or geng2 tertentu. Aku kawan dgn semua. aku ni mesra alam dan all rounder kan, so semua org aku boleh masuk. Kawan laki ramai, kawan perempuan pun ramai la gak kan. Tapi officially aku single la time tu. Walaupun sebenarnya im seeing somebody at that time. Tp tak declare. so mmg mudah dan bebas aku nak kawan ngn sesaper pun. dalam bnyk2 kawan2 dlm batch aku ni especially kelas aku ni, ada sorg budak pompuan ni. Ayu nama dia.

Ayu ni aku tengok lain macam sikit. Bukan lain macam apa, dia ni camne nak kate ek, macam something, macam sesuatu lar kalau nak cakap. More than meets the eye gitu.

Dia ni comel orangnya. Memang padan dgn nama dia, mmg dia seorang perempuan yang ayu.

Dia ni pendiam orangnya. tak banyak cakap. Tak bergaul dengan lelaki sgt. Sopan, lemah lembut. Muka yang cute, lawa, berkaca mata. Pakaian yang sopan, bertudung labuh, sentiasa berhandsock, longgar, selalu berkain, sgt jarang pakai seluar, muslimah sejati la senang cakap. satu penampilan yang menarik. Well at least pada mata aku la. pada orang lain aku tak tahu. Sbb rasanya dia ni tak menonjol sangat. Ye lah budak alim la katakan. Dari sekolah agama. Memang jaga ikhtilat.

Apa yang aku nampak ni ayu ni mmg hebat. Kecik2 cili padi. Takde la kecik sgt, tapi maksudnya jgn la pandang rendah dgn kebolehan dan kemampuan dia. Ada je kawan2 lain yang nampak macam kasar, nampak macam tomboy, nampak macam kental. Tapi takleh lawan Ayu. Diorg tu walau nampak keras macamana pun, pasti ada weak point. Pasti akan nampak lemah jua akhirnya kat area2 tertentu. Contoh dlm kelas aku ni hampir semuanya koyak bila kena pressure. Bila banyak kerja, tak cukup rehat, buat tugasan yang susah dan mencabar, waktu present kena hentam, walaupun diorg ni keras kental macamana pun pasti menangis jugak. pasti mental koyak, pasti down jugak serba sedikit at last. Ayu pulak tak. Dia paling2 pun emotionless. Tak dapat baca reaksi muka dia sbb mmg tak ada facial expression langsung. Poker face.

Dari segi fizikal pulak, aku kan masuk SISPA. Dia pun masuk jugak SISPA. So ada la aktiviti2 berat dan lasak yang kami join, trekking, masuk hutan, panjat bukit, camping, fitness test etc. Berbanding perempuan2 lain dia plg fit sekali. Aku tahu la sbb aku sebelum ni PKBM, ahli yg sgt aktif, selalu ikut program2, kem2, terima latihan ala tentera. Level fitness Ayu ni mmg level2 askar. serius tak tipu! Level askar ni another level dari atlet tau. Sbb askar ni dia main fizikal & mental. Perempuan lain mmg dah penat, mental dah koyak, tapi ayu rilek je. takde la tercungap sangat, takde la meroyan mcm org lain. Kalau trekking & panjat bukit, selalunya mesti mental down, tapi Ayu tak pun. Dia dgn trademark dia, poker face. Senyum tidak, masam tidak. Mmg takleh baca expression dia ni.

So ada la beberapa kali kami bertugas sekali dalam SISPA, dalam aktiviti2 batch, department, fakulti. Bagi aku Ayu ni ada sesuatu yang menarik dgn dia. Dia ada tarikannya yang tersendiri. Orang mungkin tak perasan. Sebab dia ni pendiam sangat, tak banyak bercakap, suka menyendiri. Tapi dia okay je, takde la sombong. Takdela pulak jenis anti social sampai tak bersembang langsung atau jenis tanya sepatah jawab sepatah. Idok le gitu. Ok jer. Dia layan jer, cumanya dia takkan mula the conversation atau nak cuba utk carry the conversation to keep it going.

Nak dijadikan cerita waktu sem 6(sebelum masuk final year) semester yg sibuk bagi aku. Selalunya orang sibuk masa final year, nak siapkan Thesis/FYP, tapi bagi aku dan beberapa golongan yg lain yg aktif berpersatuan ni before final year pun dah busy mcm final year sbb macam2 aktiviti. yelah, dah final year mana sempat nak join benda2 macam ni dah. Masa tu aku aktif la dgn SISPA ni. Aktif jugak dengan event department/fakulti jugak. Even sebelum2 tu pun dah mmg busy dah dgn event tapi kali ni plg busy sbb jadi AJK yang bertanggungjawab yang handle event tu. Utk dua2 sekali. Both SISPA & Department IT. Gila tak gila. Dgn assignment lagi. mmg bz macam haram. So aku dgn Ayu ni satu spesis la jugak, kami dua2 in committee both dlm SISPA & department. Mmg makin2 rapat la aku dgn Ayu ni. Hampir selalu berjumpa & ke mana2 pun berdua. Tapi takdelah berkepit. Biasalah, dia kan islamik sikit, jenis jaga, so xde lah berdua sgt. Duduk pun jauh2. Kadang2 ada member dia or member aku, ramzam, teman.

Perjalanan Nikmat BerahiWhere stories live. Discover now