Chapter 53 Special Force

1.3K 18 0
                                    


Pada satu petang, aku naik moto untuk berjumpa dengan client. Dalam perjalanan, aku lalu kem depan Kem Askar Watniah Batalion 5xx. Its been quite a while since my last visit there. Jadi Askar wataniah selama lebih kurang 4 tahun lebih. Aku saja slow kan speed dan tgk pemandangan kem tu dari atas moto. Nampak banyak anggota dalam kem tersebut dgn pelbagai aktiviti diorang.... Rindu pulak.

Actually its quite hard letting that go, but i guess its for the best. Aku tak dapat nak concentrate semua. Buat bnyk benda tu bagus, tapi we lack focus and commitment. Dan kena spend terlalu banyak masa yang limited ni for each one. Dengan let go wataniah ni, aku boleh concentrate on JBSM more, and advance in terms of carrier. Aku nampak peluang yang cerah. Lagi satu Regiment Royal Guard. Tapi bab tu, nanti lah cerita, for now, JBSM comes first priority.

Aku igt nak masuk special force. JBSM ada special force? Ada. But aku nak terang kan sikit apa itu special force atau unit khas in general terms macam mana.

Special Force atau Unit Khas ni adalah satu unit elit, special yang sedikit bilangan anggotanya dalam mana2 badan organisasi yang ahlinya mempunyai kepakaran tertentu dalam menyelesaikan tugasan tertentu yang sukar dan mencabar dari biasa.

Kalau sebut special force ni, mesti orang ingat komando. Adakah betul?

Jawapannya ya dan tidak. kenapa?

Komando semestinya special force tapi tak semua special force adalah komando.

Special force kat malaysia ni ada banyak jugalah. ATM ada GGK, Paskal, Paskau, Briged Para. PDRM ada VAT69, UTK, Ungerin. Tu unit bersenjata, unit lain tak bersenjata mcm STORM Bomba, PASPA APM dan macam2 lagi. Ok kita go through satu-satu.

Dalam negara kita ada 4 saja pasukan komando, tapi pasukan khas banyak.

Dalam ATM ada 3 Unit Komando.

Tentera darat ada GGK (Gerup Gerak Khas) (beret Hijau)

Tentera laut ada PASKAL (Pasukan Khas Laut) (beret Magenta)

Tentera Udara ada PASKAU (Pasukan Khas Udara) dulu dikenali sbg Handau. (beret Biru)

Ketiga-tiga pasukan khas ni, ahlinya akan pakai lanyard biru, yang menunjukkan si pemakai telah berjaya menamatkan kursus latihan asas komando. Bukan senang tu. Sekali datang 50,60 orang, tapi yang lulus belas2 jer.. Setiap dari unit komando ni boleh kata sama power la, takde sapa2 lagi terrer, cuma ada unit yang lebih mahir dalam tugasan tertentu, kira spesifik la. Kalau kira kebolehan, skill, individu dan as a team, lebih kurang sama kuat. Semue deme ni buat black ops. Semua diorg ni serba boleh, boleh diving operation, payung terjun, perang dalam hutan, urban operation, semua lah.

Dan dalam ATM (darat) ada satu lagi pasukan Elit, tapi bukan taraf komando, but still power la. Briged Para.(Beret Maroon). Diorang ni kiranya paratrooper la senang citer. Macam Filem mini series Band Of Brothers tu.. Kebolehan utk insertion deep in enemy territory ataupun in the middle of a battle.

Bagi PDRM ada satu je Komando, iaitu VAT69 (Very Able Trooper). Diasaskan pada tahun 1969 ditugaskan utk buru komunis (counter insurgencies). Pasukan yang sgt ditakuti komunis ketika itu. Time tu, tentara pun diorg tak takut sgt, tapi kalau VAT69 mmg diorang goyang..

Dalam PDRM ada beberapa pasukan khas/elit yg power tapi bukan taraf komando. Mcm UTK (Unit Tindak Khas) macam SWAT, utk counter terrorism, hostage situation & small scale urban operation.

PGK (Pasukan Gerakan Khas) PDRM merujuk kepada gabungan both VAT69 dan UTK.

UNGERIN (Unit Gempur Marin) ialah pasukan Khas Polis Marin.

PDRM jugak ada pasukan infantri yang dinamakan PGA (Pasukan Gerakan Am) yang dulu dikenali sbg PPH (Pasukan Polis Hutan). Pasukan ni bertindak sbg infantri polis, atau paramilitary. Ahli PGA ni training lagi dasyat dari pasukan polis biasa, diorang menerima latihan ala tentera, maka diorang ni dikira sebagai pasukan separa tentera. Pasukan ni la yang dihantar sbg barisan hadapan waktu krisis Lahad Datu 2013 dulu. Dalam PGA ada lagi 2 pasukan Elit iaitu Tiger Platoon & Senoi Praaq(terdiri dari orang asli, pakar hutan).

Perjalanan Nikmat BerahiWhere stories live. Discover now