1

137 16 0
                                    

Aerin membasuh pinggannya setelah dia selesai makan. Kemudian, dia meniarap pinggan tersebut di rak.

" Ma, kitorang nak pergi sekolah dah ni. " Beritahu Aerin.

Mama Aerin yang sedang memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh memberhentikan perbuatannya dan berjalan ke arah biliknya untuk mengambil wang saku untuk diberi kepada Hyunsuk dan Aerin. Aerin menggalas beg sekolahnya yang agak berat tersebut dan berjalan ke arah ruang tamu. Dia memandang jam dinding di ruang tamu seketika.

" Ni, duit sekolah. Ni, duit yuran PIBG. Bayar awal-awal dekat cikgu. Cikgu minta, kamu bagi ye. " Mama Aerin menyerahkan beberapa helai not RM1 kepada Hyunsuk dan Aerin.

Dua keping sampul surat yang bertulis Duit PIBG dan juga tertera nama Hyunsuk dan Aerin diserahkan kepada kedua-dua anaknya itu.

" Okay. Kitaorang pergi sekolah dulu ye, ma. " Kata Aerin lalu menyimpan duit belanjanya di dalam poket baju sekolahnya.

" Oppa, jom. " Ajak Aerin.

" Ma, hati-hati kat rumah, kitorang nak pergi dah ni. " Pesan Hyunsuk sambil memakai kasut sekolahnya.

Setelah selesai, Hyunsuk menyalam tangan mamanya dahulu dan Aerin memeluk dan mencium pipi maknya sebelum mereka keluar dari rumahnya dan berjalan kaki menuju ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

" Dik, aku pegi dulu la eh. Bye, elok-elok pegi sekolah. Aku nak cepat ni. " Kata Hyunsuk sambil melambai ke arahnya lalu pergi meninggalkan adiknya seorang diri dan naik bas yang sudah berhenti.

Aerin tak sempat naik bas tersebut kerana dia berada jauh dari stesen bas.

" Ah, oppa!! Haishh, kena tunggu bas lain pula. " Omel Aerin sendirian.

Nasibnya baik, dia hanya perlu menunggu kerana akan ada lagi bas seterusnya.

Dalam perjalanannya menuju ke sekolah, dia bertembung dengan beberapa orang budak sebayanya yang mungkin akan belajar di sekolah yang sama. Tanpa dia sedari, ada seseorang sedang mengekorinya di belakang. Aerin dapat merasakan kehadiran orang berada sangat dekat dengannya dan dia terus sahaja menoleh ke arah belakang.

" Ala~ Aku baru nak sergah kau tadi. " Omel budak lelaki di belakangnya.

" Jangan nak ngade sangat buat macam tu. Nanti kan, aku pergi rumah kau. Aku ngadu dekat mak kau kata, 'Makcik, Junkyu selalu sergah-sergah saya. Terkejut saya, makcik.' Hah, baru kau tau. " Kata Aerin. Junkyu memuncungkan bibirnya.

" Ala, aku gurau je weh. Janganlah ngadu dekat mak aku. Aku janji, lepas ni aku tak buat lagi dah. " Kata Junkyu sambil berjalan bersama-sama dengan Aerin ke sekolah mereka.

" Ah, weh! Aku ada dengar ura-ura dekat sekolah kita. Katanya, akan ada pelajar baru...dari Incheon. " Beritahu Junkyu. Aerin memandang ke arah Junkyu.

" Uuu~ Incheon. Perempuan ke lelaki? " Tanya Aerin. Junkyu mengangkat-angkat bahunya.

" Entahlah. Aku pun tak tahu. " Kata Junkyu.

" Dah sampai sekolah! " Sorak Junkyu.

" Bye, Junkyu. Jumpa kau balik sekolah nanti. " Kata Aerin sebelum dia melulu masuk ke dalam kawasan sekolah.

Junkyu berjalan menuju ke arah rakan-rakannya yang berada di kantin.

Pada hari Isnin, permulaan sekolah..di sebuah kantin..

" Junkyu yaaaa~ " Jerit salah seorang rakannya di situ.

" Hoi, janganlah jerit nama aku kuat-kuat..haih. " Kata Junkyu lalu terus duduk di sebelah rakannya itu.

" Huh...Aerin mana? " Tanya Jaehyuk.

" Lah kawan dah lama, takkan tak tahu. " Kata Junkyu.

" Aku baru first day sekolah dekat sini, kau kenapa...? Ha lagi satu, kau kan bestie dia..ingat aku tak tahu kee? " Kata Jaehyuk lalu menolak sedikit bahu Junkyu.

" Oh la, so Aerin tak tahulah kau ada kat sini? " Tanya Junkyu.

" Tak. " Jawab Jaehyuk.

" Patutlah. " Kata Junkyu lalu datang seorang kawannya lagi.

" Junkyu ya, annyeong! " Kata Yoshi lalu melambai ke arah Junkyu.

" Hai! Ha baru sampai. " Kata Junkyu.

" Hehe..sorry, Junkyu. Ermm, siapa ni? " Tanya Yoshi sambil memandang ke arah Jaehyuk.

" Hi! Aku Jaehyuk, kawan Junkyu kan? Selamat berkenalan, kawan baru. " Kata Jaehyuk sambil tersenyum lalu berjabat tangan dengan Yoshi.

" Oh..hahaha kawan baru..Junkyu? " Kata Yoshi lalu balas balik senyuman tersebut dan menyambut tangan Jaehyuk.

" Weh loceng dah bunyi, jom. " Kata Junkyu lalu mengajak dua rakannya itu masuk ke kelas.

Dalam perjalanan ke kelas, Aerin terpandang seseorang yang sedang bersendirian. Sosok yang dikenali itu dihampiri dan ditegur.

" Junghwan ah, buat ape kat sini sorang-sorang? " Tanya Aerin lalu duduk sebelah Junghwan.

" Noona~ Hwan hilang duit, huhu tak tahu kat mana.. Tadi dah cari banyak kali tapi still takde. " Kata Junghwan yang sedih.

" Hmm, takpe.. Nah, pakai duit noona dulu. " Kata Aerin.

" Waa, betul ke noona? Thank youu!!! " Kata Junghwan.

" Nanti Hwan ganti balik. " Tambahnya lagi.

" Eh takpe, amik je. Dah pegi masuk kelas, lambat pulak nanti. " Kata Aerin.

" Okay noona, jumpa masa rehat. Kalau kita terserempak nanti. " Kata Junghwan.

" Ok elok-elok, jangan hilang lagi duit tu. " Kata Aerin.

" Iye, byee! " Kata Junghwan lalu melambaikan tangannya ke arah Aerin dan berlalu ke kelasnya.

Aerin terus pergi ke kelasnya iaitu, kelas Seni dan duduk di tempatnya.

" Aik mana dia ni.. Japgi kot sampai. " Kata Aerin dalam hatinya kerana tempat duduk di sebelahnya masih kosong.

10 minit kemudian-

" Aerin, cikgu dah sampai ke? " Tanya Yoshi yang menjadi seatmate Aerin.

" Kau nampak ada cikgu ke, kat depan? " Tanya Aerin.

" Ouhhh, hehe takde. Maaf. " Kata Yoshi lalu menyambung kerjanya, begitu juga dengan Aerin.

Selepas itu, cikgu mereka yang sudah masuk ke kelas memulakan pelajaran pertama di pagi hari.

Waktu rehat pun tiba...

" Aerin jom rehat sekali.. Junkyu ada tu ha. " Ajak Yoshi.

" Oh, nanti la kot. Kau pegi dulu.. Kejap lagi aku gerak. " Kata Aerin yang segera menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu tadi.

" Ha okay, okay, cepat sikit.. Rehat sekejap je ni.. Japgi, kau tak sempat pulak makan. " Kata Yoshi.

" Iyer.. 5 minit lagi, kau pergi dulu. " Kata Aerin yang sedang fokus dengan kerjanya. Yoshi meninggalkan kelas tersebut.

" Aerin. " Panggil seseorang dari luar semasa dia masih berada dalam kelas lagi.

Aerin memandang ke arah luar, tetapi tiada orang. Setelah itu, dia mengemas barang-barangnya untuk keluar rehat.

" Aerin.. " Panggil seseorang lagi.

Tangan Aerin dicapai oleh orang yang memanggilnya untuk menghentikan perbuatannya. Aerin menoleh ke arah orang tersebut.

" Oh awak, kenapa? Bila awak sampai? " Kata Aerin kepada boyfriendnya, Jake.

" Ikut saya kejap, saya nak cakap sesuatu dengan awak. " Kata Jake.

" Cakap apa? " Kata Aerin lalu Jake membawanya ke tempat yang sesuai.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now