7

47 8 0
                                    

Di kantin....

" Lamanya kau kat atas.. " Tanya Sungyoung.

" Oh, ada benda jadi tadi dalam bilik. " Kata Aerin yang sedang mahu makan.

Sungyoung dah pandang semacam kat Aerin.

" Kau jangan nak fikir bukan-bukan eh. Ada burung sesat masuk dalam bilik tadi. " Terang Aerin lalu Sungyoung meng-oh-kan sahaja.

" Dah keluarlah dia ? " Tanya Jaehyuk lalu Aerin mengangguk.

" Yedam ah! " Panggil Jaehyuk secara tiba-tiba dan Yedam menuju ke arahnya.

" Oppa! " Panggil Sungyoung yang teruja.

Aerin menghentikan perbuatan makannya itu. Jaehyuk juga terkejut.

" Eh, adik. Kau baru nak makan? " Tanya Yedam lalu mengambil sedikit makanan adiknya itu.

Sungyoung membulatkan matanya apabila mendengar gelaran yang diberikan oleh abangnya tersebut.

" Korang adik-beradik ke.. " Tanya Jaehyuk.

" Yedam aa..seriuslah? " Kata Aerin.

" Ye, ni adik aku. Korang roommate dia kan? " Tanya Yedam.

" Haah. By the way, Junkyu mana? " Tanya Jaehyuk.

" Oh, tadi aku nampak dia dengan Yoshi, pergi mana entah. " Jawab Yedam lalu Jaehyuk meng-oh-kan sahaja.

Di bilik....

Aerin membelek-belek makanan yang berada di atas mejanya. Dia hairan kerana tidak tahu siapa yang meletakkan makanan di atas mejanya. Hanya ada nota yang bertulis "Makan tau!"

" Pelik aku, siapa pulak bagi ni? " Tanya Aerin pada dirinya sendiri.

Tiba-tiba Jihoon masuk ke dalam bilik lalu menuju ke katilnya. Aerin mengimbas kembali kejadian pagi tadi lalu cepat-cepat mengabaikannya. Telefon Aerin berdering dan dia mengangkatnya.

" Eo, Junkyu ya, wae? " Tanya Aerin lalu keluar dari bilik. Jihoon mencuri-curi dengar perbualan mereka.

" Aerin, dah dapat? " Tanya Junkyu.

" Ha? Dapat apa? "

" Makanan. Atas meja kau. " Kata Junkyu lalu tersenyum.

" Oh, kau bagi ke. Thank youuu, tapi untuk apa? "

" Aku kan tak turun tadi macam biasa teman kau. Ada hal sikit tadi. "

" Oh, faham. Takpelah. Roommate aku teman. Jangan risau, okay. "

" Yelah. Tapi kau hati-hati sikit dengan roommate kau lagi sorang tu. Macam berbahaya je aku tengok. " Kata Junkyu.

" Oh, orait. Hehe.. " Kata Aerin.

" Dah. Pergi sambung buat hal kau. Aku nak cepat ni. Bye, my baby. "

" Eh dia ni..aku dah kata aku bukan baby kau kan. " Marah Aerin dan Junkyu mampu ketawa sahaja.

" Orait, apa-apa call aku. Annyeongg~ " Kata Junkyu lalu kedua-duanya menamatkan panggilan.

Aerin masuk semula ke dalam bilik lalu duduk atas katilnya.

" Rancak berbual.." Kata Jihoon yang sedang baring sambil melihat telefon.

" Apa kau! Tengok-tengok.." Kata Aerin lalu Jihoon ketawa.

" Kau gelak asal? " Marah Aerin lagi.

" Nothing, aku just rasa kau kelakar. Interesting. " Kata Jihoon.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now