Sungyoung tiba di kelasnya. Dia berhenti seketika di hadapan kelasnya. Secara tiba-tiba sahaja dia merasa perutnya memulas. Ini pertama kali dia masuk kelas, jadi dia agak nervous. Dia melepaskan keluhan yang besar sebelum dia masuk ke dalam kelasnya.
" Eh... Tu bukan budak yang sleepwalking tu ke? "
" Ye... Kau baru tahu ke dia satu kelas dengan kita? "
Sungyoung yang mendengar hanya tersenyum tidak senang apabila mendengar orang-orang sedang berbual tentangnya.
" Sungyoung ah! " Panggil Doyoung.
Sungyoung memandang ke arah Doyoung yang sedang berbual dengan rakan sekelas perempuannya.
" Kejap ye. Datanglah sini. " Kata Doyoung.
Sungyoung berjalan ke arah Doyoung. Dia memandang ke arah rakan sekelasnya yang berbual dengan Doyoung tadi. Mereka hanya tersenyum jengkel ke arah Sungyoung.
" Hmm, apa dia? " Tanya Sungyoung sambil menyilangkan tangan pada dadanya.
" Kau takde tempat duduk lagi kan? Duduk sebelah aku jelah. " Kata Doyoung.
" Tapi aku nak duduk sebelah abang aku. " Kata Sungyoung.
" Sebelah Yedam dah ada orang. " Beritahu Doyoung.
" Haah, tempat duduk sebelah Yedam sudah diduduki. " Beritahu rakan sekelasnya tadi, menyokong jawapan Doyoung.
Sungyoung mengetap giginya menahan geram. Dia menarik dan menghembus nafasnya untuk menenangkan dirinya.
" Okay, fine! " Kata Sungyoung sebelum dia menarik kerusi di sebelah Doyoung.
" Haaaa~ Bagus kan macam ni. Bolehlah aku picit-picit pipi kau.... " Seloroh Doyoung.
Sungyoung membulatkan matanya sambil memandang ke arah Doyoung sementara Doyoung hanya tersenyum manis ke arah Sungyoung. Sungyoung memusing anak matanya sebelum dia mengeluarkan sebuah buku kosong.
Sungyoung
Young, kejap lagi teman aku makan
>Ouh. Ha okay nanti apa² aku bagitahu kau.
Oraits :)
" Yoshi, nanti cakap dengan Junkyu aku rehat dengan Sungyoung. " Kata Aerin.
" Oh, okay.. " Kata Yoshi sambil mengangguk.
" Aerin kau dah okay kan? " Tanya Sungyoung.
" Hm? Okay for what? " Jawab Aerin lalu memandangnya.
" Semalam tu.. " Kata Sungyoung.
" Oh. Hmm tipulah kalau aku cakap aku okay. Tapi yang penting aku dah luahkan semua benda. " Jawab Aerin lalu menyumbatkan roti dalam mulutnya.
" Takpe, aku faham. Kalau benda ni jadi lagi, aku memang takkan lepaskan dia..tengoklah. " Kata Sungyoung.
" Patut ke aku minta maaf...haishhhhh.. " Kata Jihoon seorang diri lalu menyepak kaki katilnya.
Jihoon mengerang kesakitan akibat tersalah sepak. Kini dia sendirian di bilik setelah kelasnya tamat setengah jam lalu.
" Kau resah sangat ni kenapa? " Tanya Jaehyuk yang baru sahaja habis kelas, melihat Jihoon menahan kesakitan sambil memegang kakinya yang sakit.
" Takde apa lah. Erm Jaehyuk ah.. " Kata Jihoon
" Apa? " Tanya Jaehyuk lalu memandang Jihoon.
" Kalau kau buat salah dekat seseorang tu, kau minta maaf ke macam mana? " Tanya Jihoon.
" Mestilah minta maaf. Wae? Kau ada buat salah ke? " Tanya Jaehyuk semula.
" Aku ada buat kesalahan teruk dekat seseorang ni. Tapi tulah, aku takut nak minta maaf. " Kata Jihoon lalu Jaehyuk mendekatinya.
" Aku takut..dia tak maafkan aku. Kalau kau nak tahu, aku ada masalah nak kawal perasaan aku. Kalau aku sedar, aku boleh kawal lagi, kalau aku dalam keadaan tak sedar...attitude aku boleh berubah 50%.. " Jelas Jihoon panjang lebarnya dan Jaehyuk hanya mengangguk mengerti apa yang disampaikan oleh Jihoon.
" Aku rasa, kau patut minta maaf dan jelaskan kau ni macam mana. " Kata Jaehyuk lalu duduk di sebelahnya.
" Oh..hm. Kalau dia tak percaya macam mana? " Tanya Jihoon lalu Jaehyuk merangkul bahunya.
" Takpe. Kau cuba je dulu. Mana tahu ada peluang kedua.. " Kata Jaehyuk.
" Hm, betul juga. Takpe, nanti aku cuba.. " Kata Jihoon lalu bermain dengan tangannya.
" Maaf Jae, aku dah lukakan hati kawan kau. Aku memang tak guna.. " Kata Jihoon yang kecewa dalam hatinya.
" Weh, kau faham tak soalan ni. Penat aku berfikir apa jawapannya.. " Kata Sungyoung kepada Doyoung yang ada di sebelahnya.
" Oh, ni. Kejap.. " Kata Doyoung lalu membetulkan tempat duduknya dengan mendekatkan kerusinya sedikit dengan Sungyoung.
Sungyoung tersentak dan menjarakkan badannya sedikit daripada Doyoung. Lebih baik berbanding tadi.
" Macam ni.. " Kata Doyoung lalu menerangkan cara penyelesaian dan teknik terbaik kepada Sungyoung.
" Oh macam tu. " Kata Sungyoung sambil mengangguk lalu menunduk, menulis apa yang patut ditulis di buku.
" Yup, kau just ubah sikit, nanti dapatlah jawapan dia. Sebab soalan ni tak straight forward. So, aku faham kenapa kau tak faham. " Kata Doyoung lalu menatap muka Sungyoung.
" Faham..okay thank you Doyoung. " Kata Sungyoung meletakkan pen dan menoleh ke arah Doyoung.
Sungyoung terkejut kerana Doyoung menatapnya daripada tadi. Mereka bertatapan selama 5 saat dan dalam masa itu Doyoung yang tersenyum manis ke arahnya membuatkan Sungyoung cepat-cepat mematikan perbuatan mereka yang saling menatapi tadi.
Sungyoung menoleh kepalanya ke arah bertentangan dan menyentuh pipinya yang terasa bahang sedikit lalu tersenyum sedikit walaupun rasa perkara tadi agak janggal baginya. Doyoung hanya tergelak kecil apabila melihat tingkah laku Sungyoung tersebut.
" Oh ya, kau jangan lupa pasal perjanjian kau eh.. " Kata Sungyoung.
" Perjanjian apa? " Tanya Doyoung.
" Kau tak cubit pipi aku bila aku lepak main game dengan kau. " Kata Sungyoung. Doyoung hanya mengangguk.
" Ahhh~ I forgot about that, really. " Kata Doyoung.
" Whatever. By the way, thanks again. " Kata Sungyoung sambil menyambung kerjanya yang tinggal lagi beberapa soalan sahaja lagi.
Setelah tamatnya kelas, Aerin pulang ke biliknya semula seorang diri. Sesampainya Aerin di bilik, dia melihat Sungyoung yang masih belum ada dalam bilik. Hanya dia seorang sahaja dalam bilik dan dia meletakkan beg sekolahnya di tempat yang sepatutnya. Setelah itu, dia membersihkan diri dahulu sebelum ingin tidur kerana diri yang terasa sangat penat.
Aerin cepat-cepat mengambil peluang untuk tidur sekejap memandangkan dia terasa sangat mengantuk. Akhirnya dia tertidur dan 10 minit kemudian seseorang masuk ke dalam bilik. Jihoon yang baru sampai setelah melepak di padang bersama kawannya.
Dia terpandang Aerin yang sudah lena tertidur di atas katil dalam posisi mengecilkan dirinya sambil memeluk teddy bear kesayangannya. Jihoon mendekati Aerin.
" Haish..macam budak kecik. " Kata Jihoon lalu tersenyum kecil dan menyelimutkan Aerin dengan selimut kepunyaan Aerin.
" Mian..pasal aku kau jadi macam ni " Kata Jihoon dengan suara perlahan lalu membetulkan beberapa helai rambut Aerin yang menghalang matanya.
Jihoon beredar dari situ dan menuju ke katilnya.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfic|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...