47

27 4 0
                                    

 " Perkenalkan diri masing-masing bermula dari kamu yang memakai cekak biru. " Pinta coach kepada group yang disertai oleh Asahi dan Sungyoung dan juga beberapa pelajar dari kelas lain selain kelas Art dan Fashion dan ditujukan kepada seorang perempuan yang memakai cekak yang berwarna biru.

" Okay.. Nama saya, Park Jiwon. Awak semua boleh panggil saya dengan nama Jiwon sahaja. " Perempuan yang bercekak biru itu memperkenalkan dirinya.

" Okay, Jiwon.. Seterusnya.. " Kata coach tersebut.

Beberapa minit berlalu tetapi tiada sesiapa yang bangun dan memperkenalkan dirinya. Jiwon memandang ke arah rakannya yang duduk di sebelahnya. Dia mencuit sedikit bahu rakannya. Coach memandang ahli kumpulan tersebut.

" Weh, coach suruh perkenalkan diri ikut giliran.. Sekarang, giliran kau pula! " Bisik Jiwon di telinga rakannya itu.

" Giliran siapa pula ni? " Tanya coach tersebut.

" AH! Saya, coach. Maaf, coach dan rakan-rakan sekumpulan saya.. Saya mengelamun tadi. Baiklah, saya Ji Jaechang. Korang boleh panggil saya dengan nama pendek saya iaitu Jae sahaja. Maaf ya semua~ " Kata Jaechang diselitkan dengan kata-kata maaf.

Coach itu hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kerana agak terhibur dan mencatat di atas kertasnya.

" Macam manalah kamu boleh termenung dalam keadaan macam ni? Haih...macam-macam. " Komen coach tersebut.

" Aku, Eum Kangjoon. Korang kena panggil nama aku dengan nama Kangjoon.. Please, jangan panggil aku dengan nama yang lain. " Pinta Kangjoon.

" Kenapa kitorang tak boleh panggil kau dengan nama yang lain? " Tanya seorang perempuan sambil memandang tepat ke arah Kangjoon.

Kangjoon memandang ke arah ahli kumpulan dan coachnya.

" Sebab memang aku tak suka. " Kata Kangjoon, ringkas.

Coach hanya mengangguk-angguk sambil mencatat di atas kertas.

" Baik, seterusnya. "

" Okay, nama saya Namiki Seishirou.. S.E.I.S.H.I.R.O.U. Seishirou.. Korang boleh panggil saya Shiro sahaja. S.H.I.R.O. Terima kasih~ " Shiro duduk di tempat duduknya semula.

" Hmmm... Okay, Shiro... Saya ada soalan sedikit, kamu berasal dari Jepun lah ye? " Tanya coach tersebut.

" Ye, coach. " Beritahu Shiro. Coach itu mengangguk-angguk.

" Siapa lagi yang dari Jepun, angkat tangan! " Kata coach tersebut.

Asahi dan seorang perempuan mengangkat tangan. Coach itu mengangguk-angguk.

" Baik, sambung. " Arah coach tersebut.

" Hye, hye.. Nama saya, Oki Nanami. Awak semua boleh panggil saya Nanami atau Nami je... " Kata Nanami dengan suara yang penuh semangat.

" Urm, n-n-nama s-s-s-saya..Yeong Somin. Urm... Awak s-semua boleh panggil saya d-dengan n-nama Somin sahaja. S-S-Sorry.. " Somin terus sahaja duduk dan menunduk setelah dia memperkenalkan dirinya.

Coach memandang ke arah Somin. Dia mengangguk sambil mencatat. Nanami mengusap tangan Somin untuk memberi kekuatan kepada Somin.

" Hamada Asahi. Boleh panggil aku Asahi. " Asahi kemudiannya duduk setelah perkenalan ringkas tersebut.

" Asahi.. Hmm, okay. Seterusnya.. " Kata coach sambil mencatat di atas kertas.

" Saya, Bae Shijun. Korang just panggil Shijun. " Shijun memandang ke arah perempuan di sebelahnya setelah dia memperkenalkan dirinya.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now