Sungyoung bersarapan dengan Yedam. Yedam sedang membelek telefonnya sambil makan sarapannya. Sungyoung hanya menjeling perbuatan Yedam tersebut.
" Udah, udah ler tu main phone nya.. Makan bagi habis dulu.. " Yedam memandang ke arah Sungyoung dengan lirikan mata tanpa mengangkat kepalanya.
" Wow.. Dik, tengok ni dik.. " Kata Yedam sambil menunjukkan skrin telefonnya kepada Sungyoung.
Sungyoung melihatnya dan terpapar sebuah website yang menceritakan tentang kes yang berkaitan dengan Aerin.
" Maknanya, Aerin memang tak salah.. " Kata Yedam.
" Tulah, aku dah cakap dekat kau awal-awal.. Kau taknak percaya! " Kata Sungyoung sambil menyerahkan telefon itu kepada abang kembarnya semula.
" Sorry.. " Pinta Yedam yang merasa bersalah.
" Hmm, yelah.. Habiskan makanan tu dulu.. Kejap lagi aku nak basuh pinggan... Lepas tu, aku nak melawat member aku dekat hospital. " Kata Sungyoung sambil menghabiskan sarapannya.
" Nak aku tolong hantarkan tak? " Tanya Yedam dan Sungyoung menggelengkan kepalanya.
Yedam mencebek sebelum dia menghabiskan sarapannya juga.
Sementara itu di pantai...
" Ok, bagitahu aku apa deal yang kau nak cakap semalam.. " Kata Jihoon lalu Aerin memandangnya.
" Sebenarnya aku tak fikir lagi. Kejap. " Kata Aerin lalu Jihoon hanya memandang ke arah laut.
" Kalau takde deal, tak boleh ke? Sebenarnya apa tujuan deal ni.. " Tanya Jihoon.
" (Menggeleng) Memang kena ada. Tujuan untuk kebaikan kau dengan aku. "
" Sini..tengok apa aku tulis ni. " Aerin mengeluarkan telefonnya dan menaip beberapa perjanjian di notepad dan Jihoon hanya menunggu apa yang Aerin tuliskan dalam tu.
" No kiss-kiss sampai umur kita dah legal (20 ke atas), skinship lain macam pegang tangan dengan peluk tu boleh, TAPI ikut keadaan. Jangan serang kau macam tu je. "
" Nama panggilan boleh tapi biasa-biasa je sebab kau tak biasa and paling penting sekali..jangan tunjukkan dekat orang yang kita ni ada hubungan..Wae ? " Jihoon memandang Aerin selepas dia membaca beberapa syarat yang dah dia buat.
Aerin mengelak kontak mata tersebut.
" Err kau tahu kan, aku trauma pasal kejadian tu..jadi aku terpaksa buat syarat macam ni.
" Sorry..tapi kalau kau betul-betul serious dengan aku, kau kena buat. "
Aerin menoleh ke arah lain kerana tak sanggup nak bertembung mata dengan lelaki itu.
Dia sedar yang cara ini mungkin tidak adil bagi Jihoon namun dia terpaksa sebagai langkah berjaga-jaga.
Jihoon berfikir sebelum menoleh ke arah Aerin semula.
" Ok! Aku setuju. Tapi dengan syarat."
Jihoon tersenyum sinis kerana bukan Aerin sahaja yang boleh membuat deal, dia pun boleh.
" Jadi untuk adil bagi kita berdua, aku kena buat deal juga untuk kau. " Aerin menunjukkan muka hairannya.
" Kalau semua syarat kau tu, kau sendiri yang langgar..kau kena batalkan deal ni. Dah itu je, no words. " Kata Jihoon lalu ketawa kecil. Aerin pula? Hanya mampu tergamam sehingga dia kembali melawan.
" Mana adil...aku buat perjanjian tu untuk kau. Kenapa aku terlibat sekali."
" Lepastu senang-senang je nak batalkan deal ni..tak aci. " Katanya lalu memuncungkan bibir. Jihoon menahan diri daripada melihat kecomelan yang ditunjukkan.
" Sorry, tapi deal tetap deal. Tiada bantahan. " Kata Jihoon lalu tersenyum menang.
Aerin hanya mengiyakan deal yang Jihoon buat. Dia yakin bahawa syarat-syarat yang dia buat itu dia dapat ikut dengan jayanya.
Sungyoung sudah sampai di hospital. Dia sudah sampai di hadapan bilik wad Shiro.
" Cik, cik tak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik wad tersebut. " Tegur misi yang menjaga kaunter di situ. Sungyoung memandang ke arah misi tersebut.
" Err.. Kenapa ye, saya tak boleh masuk? " Tanya Sungyoung.
" Urm, ini request daripada Cik Shiro sendiri..sesiapapun tidak boleh masuk kecuali ahli keluarganya. Mak saudara, bapa saudara dan sepupu juga tidak dibenarkan masuk. Hanya mak, ayah dan kakaknya sahaja yang boleh masuk. Saya harap cik dapat beri kerjasama. " Beritahu misi itu dan Sungyoung memandang ke arahnya sambil berfikir.
" Okay.. " Kata Sungyoung dan membuka telefonnya.
Shiro
Shiro yaa!
Wehhhhh
>Ya...?
Kenapa kau tak bagi aku masuk???
Aku dah datang tetiba, kau pula tanak terima pelawat..
Sampai ek hati kau...
Takpe do.. Aku sedar diri aku siapa..
>Young..
>Aku..ada sebab kenapa..aku tak bagi kau masuk..
Sebab apa tu???
Sungyoung mengetap bibirnya. Dia memandang ke arah misi tadi dan dia tiada di situ. Dia mengambil peluang itu untuk masuk ke dalam bilik wad Shiro. Shiro yang sedang berehat terkejut dan memandang ke arah pintu.
" Sungyoung aaa.. " Kata Shiro.
Sungyoung yang memandang ke arah Shiro, melarikan pandangannya apabila Shiro menatap dirinya. Dia tiba-tiba terasa sebak apabila memandang keadaan Shiro yang merosot. Kepalanya botak semua, dan dirinya nampak pucat. Sungyoung mendekati Shiro.
" Don't be sad.. " Pujuk Shiro sambil mengelap air mata yang turun dari pelupuk mata Sungyoung.
Jantung Sungyoung berdebar ditambah pula dengan perasaan sebaknya, jadinya air matanya terus sahaja pecah. Shiro turun dari katilnya dan memeluk Sungyoung sambil membelai-belai rambut Sungyoung bagi menenangkannya.
" Sebab tu, aku tak bagi kau masuk.. " Kata Shiro.
" Kenapa kau nak tinggalkan aku, Shiro??? " Tangis Sungyoung sambil memeluk erat Shiro.
" Shhh... Aku akan okay.. Aku akan cuba fight kanser aku.. " Pujuk Shiro lagi.
Beberapa minit selepas itu...
Sungyoung memandang dirinya di cermin. Dia membasuh wajahnya dan mengeringkannya dengan tisu. Kemudian, dia keluar dari tandas. Shiro sedang bersandar di atas sofa sambil menutup matanya.
" Sorry, aku nangis tadi.. " Pinta Sungyoung sambil duduk bertentangan dengan Shiro.
Shiro membuka matanya dan memandang ke arah Sungyoung.
" Takpe... Aku faham.. Tapi, kenapa kau sedih sangat? Kita kawan je kan? " Tanya Shiro sambil menutup kepalanya dengan beanie.
" Aku sayang kau lah, gila! Tu pun tak sedar.. " Luah Sungyoung sambil menggenggam erat tangannya. Shiro memandang ke arah Sungyoung dengan pandangan yang terkejut. Sungyoung memandang ke arah Shiro.
" Aku gila kann? Suka dekat orang yang sakit.. " Seloroh Sungyoung sambil mengeluarkan makanan yang dibelinya dari kedai bawah di atas meja. Sungyoung sekali lagi hendak merasa sebak.
" Macam mana kau boleh sayang aku? " Tanya Shiro.
![](https://img.wattpad.com/cover/320527897-288-k634745.jpg)
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...