" Aerin, jumpa aku jap. " Kata Jihoon yang sedang membuat panggilan dengan Aerin.
Aerin hanya berdehem memandangkan ada lagi masa sebelum bergerak ke dewan untuk aktiviti yang bakal dijalankan.
" Ada apa ni nak jumpa. Kita ni bukan kat sekolah..kita ada dekat tempat lain..So ramai yang memerhati. " Kata Aerin lalu Jihoon menyedut airnya.
" Tahu. Aku nak jumpa kau ni, aku nak tanya. Roommate kau tu budak lelaki ada berapa? " Tanya Jihoon dan Aerin memandangnya.
" 3..tadi kan dah cakap. " Kata Aerin.
" Iye tapi tadi kau cuma cakap Ruto je..lagi 2 orang tu siapa? Aku risau part..ish Saitoru tu sekali jadi roommate kau. " Kata Jihoon.
" Haih. Betullah dia roommate aku. " Kata Aerin dan Jihoon terkejut apabila dengar Aerin sebut nama lelaki tu.
" Mwo?! Jadi betul la apa aku fikir. Aerin..jom kita minta kau tukar bilik. " Kata Jihoon lalu Aerin bangun terpinga-pinga.
" Eh, tapi mana boleh dah. Lagipun kenapa? " Tanya Aerin.
" Otak kau tak berfungsi ke ape ni..laki tu ada niat buruk kat kau. Don't you aware? Haishh jom ikut aku sebelum dia buat apa-apa, lagi susah. " Kata Jihoon lalu mengheret Aerin mengikutinya.
Semua peserta perlu berkumpul di dalam dewan pada pukul 8 malam untuk sesi briefing bagi setiap kumpulan.
" Aerin.. Kau dapat satu bilik dengan sapa? " Tanya Sungyoung ketika mereka dalam perjalanan ke dewan. Aerin memandang ke arah Sungyoung.
" Aku dapat satu bilik dengan Haruto. Lepas tu adalah dalam 2 orang ahli kumpulan aku. " Beritahu Aerin.
" Ohhh.. "
" Kau pula? " Tanya Aerin.
" Aku dapat satu bilik dengan Doyoung, lepas tu sorang ahli kumpulan aku.. yang lain budak kumpulan lain. " Beritahu Sungyoung. Aerin mengangguk-angguk.
" Dah sampai... " Kata Aerin.
Sungyoung dan Aerin masuk ke dalam dewan tersebut dan berpisah duduk di dalam kumpulan masing-masing dan duduk di bersama partner masing-masing.
" What do you bring? " Tanya Shiro, rakan partner Sungyoung.
" Nothing.. Just a book and a pen to write something important. " Kata Sungyoung sambil mengeluarkan buku tulisnya dan pennya yang sebatang sahaja itu. Shiro mengangguk-angguk. Sungyoung melakar sesuatu sebelum sesi briefing bermula.
" Wow.. Boleh kau lukis muka aku? " Pinta Shiro sambil menunjuk ke arah dirinya.
" Boleh, boleh.. Duduk diam, jangan gerak. " Kata Sungyoung sambil memandang wajah Shiro.
Dia mengangguk-angguk dan mula melakar di atas buku yang dibawanya. Perbuatannya itu diperhatikan orang yang memandang ke arahnya dan ada yang masih memerhati dan ada juga yang buat tidak kesah sahaja.
" Okay, baik. Saya dimaklumkan bahawa semua yang di sini adalah pelajar lepasan SPM ye, betul tak??? " Tanya coach Namjoo, meminta kepastian..
" Betulll! " Jawab sesetengah pelajar.
" Nampaknya, semua dah ada partner masing-masing. Siapa yang masih tiada partner? Sila angkat tangan! " Coach Namjoo memandang setiap pelajar di bawah.
Tiada pelajar yang mengangkat tangan bermakna semua sudah ada pasangan masing-masing.
" Sebelum kita mulakan sesi ice breaking.. Mari kita buat beberapa senaman untuk hilangkan rasa ngantuk awak semua. " Kata Coach Namjoo sebelum dia menyerahkan mikrofon kepada Coach Yoonmi.
" Baiklah, saya nak minta awak semua bangun berdiri dan pastikan ada jarak antara awak dan rakan-rakan awak. " Pinta Coach Yoonmi sambil naik ke atas pentas.
" Ohh.. Sungyoung ahh.. " Panggil Shiro yang terpandang ke arah belakang Sungyoung.
Sungyoung memandang ke arah Shiro sementara Shiro mengeluarkan jaketnya dari dalam beg yang dibawanya dan mengikatkan jaket tersebut di pinggang Sungyoung. Sungyoung terkedu. Dadanya berdebar-debar.
" There's blood at the back of your shirt... Your period is coming? " Tanya Shiro setelah dia selesai mengikat jaketnya di pinggang Sungyoung. Sungyoung terngadah seketika sebelum dia mengangguk.
" Maybe.. Aku tak perasan.. " Kata Sungyoung.
Shiro menarik Sungyoung keluar dari kumpulan orang dan menuju ke arah Coach Hara dan Gayoung yang sedang berbual antara satu sama lain.
" Kenapa ni? " Tanya Coach Hara,
" Baju dia ada tompokan darah, coach. " Beritahu Shiro.
Coach Gayoung memandang Shiro yang hanya bereaksi normal dengan situasi sebegitu.
" Teruk ke? " Tanya Coach Hara sambil membuka jaket Shiro untuk melihat kesan tompokan tersebut.
" Hmm.. Macam mana kamu boleh tak perasan? " Tanya Coach Gayoung.
" Saya ingatkan period saya akan datang hujung bulan. " Beritahu Sungyoung sambil mengikat kembali jaket tersebut di pinggangnya.
" Hmm.. Kamu boleh join balik kumpulan kamu. Kalau kamu temankan dia, apa-apa kamu tak tahu pasal apa yang coach akan bagitahu nanti. " Arah Coach Gayoung.
Shiro mengangguk sebelum dia menunduk hormat dan menyertai kumpulan manusia yang sedang bersenam semula.
" Jom.. " Ajak Coach Hara.
Coach Hara dan Sungyoung keluar dari dewan tersebut. Perkara tersebut telah diperhati oleh beberapa pasang mata yang penuh dengan aura kecemburuan sejak dari awal Sungyoung melakar wajah Shiro.
Sungyoung menyertai kembali kumpulannya setelah menukar baju yang baharu. Shiro menyambut Sungyoung.
" Kau okay? " Tanya Shiro. Sungyoung mengangguk-angguk.
" Aku okay.. By the way, thanks for the jacket. I will give it to you back after I wash it... " Kata Sungyoung.
Shiro menggelengkan kepalanya.
" No, sokay.. Just keep it.. " Kata Shiro sambil menghulurkan beg kepada Sungyoung. Sungyoung mengambil begnya semula.
" Diorang buat aktiviti apa ja tadi? " Tanya Sungyoung sambil menggalas begnya.
" Ha.. Banyak... Tapi, aku tak dapat buat sebab kau takde.. " Beritahu Shiro.
" Oh yeke.. Sorry ah weh.. Disebabkan aku, kau tak dapat join aktiviti yang diorang buat... " Kata Sungyoung sekali gus meminta maaf kepada Shiro.
" Takpe.. Lagipun, game macam ni aku lemah sikit. By the way, lukisan kau tu aku simpan.. Masyeh sebab lukiskan. " Kata Shiro sekali gus berterima kasih di atas lakaran wajahnya yang dilakar oleh Sungyoung. Sungyoung mengangguk.
" Kau okay ke, Young? Tadi tu kenapa? " Tanya Asahi yang datang ke arah mereka setelah selesai bercakap dengan partnernya, Kangjoon.
" Aku okay weh.. Takde apa-apa pun. Just, baju aku kotor.. " Beritahu Sungyoung. Asahi mengangguk.
" Aku makan sekali dengan kau boleh??? " Tanya Asahi.
" Boleh je.. " Kata Sungyoung.
" Okay. " Kata Asahi.
" Asahi, right? " Tanya Shiro.
Asahi mengangguk tanpa memandang Shiro. Shiro memandang teammatenya yang lain. Coach Chan menyertai mereka.
" Baiklah, semua beratur.. " Arah Coach Chan lalu mereka pun beratur.
" Nanti di dewan makan, duduk mengikut kumpulan masing-masing. Setelah kamu makan, saya nak kamu semua tunggu dahulu..kerana, saya ada satu aktiviti untuk kamu semua. " Beritahu Coach Chan.
" Baik, Coach! "
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfic|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...