Ding dong! Ding dong! Ding dong!
Loceng dibunyikan berkali-kali di rumah seseorang. Hujan yang lebat lagi mengeruhkan keadaan.
" Aduhh siapa pula tu? Time hujan-hujan pastu aku sorang ni lah ada orang nak datang... " Omel seseorang kepada dirinya sendiri.
Loceng dibunyikan sekali lagi. Dirinya dalam ketakutan kerana masih bersendirian di rumah memandangkan keluarga dalam perjalanan menghantar anak pertama mereka ke tempat belajarnya semula. Kemungkinan selepas 3 hari baru mereka balik semula ke rumah.
Keluarganya menyuruh dia untuk ikut sekali namun dia tidak mahu kerana terasa leceh dan perlukan rehat. Dia tahu bahaya jika berseorangan di rumah, jadi akan ada yang menjaganya setelah ada yang bakal menemaninya nanti.
Matanya mula meliar melihat ke luar rumah melalui tingkap. Alangkah terkejutnya sosok dikenali sedang terduduk dan dibasahi dengan hujan di luar pintu pagar rumahnya.
Dia cepat-cepat keluar dan pergi ke arah orang tersebut.
" Jihoon! Kau buat ape dekat sini.. " Dia menguatkan sedikit suaranya memandangkan bunyi hujan lebat yang melawan suaranya itu.
Pandangannya kabur kerana hujan membasahi dirinya. Dia panik apabila melihat orang tersebut tersandar lemah di pagar.
" Aerin..tolong aku.. " Kata Jihoon yang sedang menggigil.
Jadi, Aerin memapahnya, walaupun berat, namun Aerin cuba menguatkan dirinya untuk memapah Jihoon masuk ke dalam rumah.
Kini, Jihoon tersandar lemah di sofa sementara Aerin yang kelam kabut naik ke tingkat atas mencari tuala dalam almari untuk membantu mengelap Jihoon yang sedang menggigil teruk dan basah lencun.
Kemudian, dia turun dan mendekati Jihoon. Aerin segera duduk di sebelahnya dan melihat betapa teruknya keadaan Jihoon seperti ini. Mula ii rasa ragu untuk mengelap tangan Jihoon yang basah itu.
Walaubagaimanapun, dia memberanikan dirinya untuk mengelap bahagian badan Jihoon yang basah kalau tidak dia boleh demam dalam keadaan sebegini. Kemudian Jihoon yang tersandar lemah itu tiba-tiba teringat akan eommanya. Air mata mula mengalir dan segera memeluk badan Aerin yang kecil itu.
Jihoon mula menangis di bahu Aerin sehinggakan Aerin terasa bajunya basah dan mula berfikir mengapa Jihoon dalam keadaan sebegini. Tuala yang dipegang dicampakkan ke sisi sofa itu.
Dia menepuk-nepuk dan mengusap perlahan belakang Jihoon tanpa berkata apa-apa sehingga Jihoon bertenang semula.
" Sorry Aerin sebab aku datang tak bagitahu dulu. " Jihoon memandangnya.
Pakaiannya yang basah tadi sudah ditukar dan Jihoon sekarang memakai pakaian Hyunsuk yang diberikan oleh Aerin tadi.
" Gwaechana..yang penting kau okay sekarang. " Aerin mengetap bibirnya.
" Baju tu okay kan? Aku main bagi je oppa punya entah muat ke tak. "
" Okay..muat je..gomawo~ " Kata Jihoon dan tersenyum.
" Err aku nak tanya..sebenarnya kau datang sini kenapa? Lepastu, kenapa kau menangis tadi? " Tanya Aerin dan Jihoon tersenyum lemah.
" Kau betul nak tahu? " Tanya Jihoon dan Aerin mengangguk sambil bermain dengan hujung bajunya. Jihoon menghela nafas berat sebelum menceritakan kepada Aerin.
" Sebenarnya, aku gaduh dengan appa aku tadi. " Aerin mula hairan.
" Aku tak boleh cerita panjang-panjang. Tapi apa yang aku boleh bagitahu dekat kau, perangai, sifat appa aku dah tak macam dulu sebelum eomma meninggal. " Aerin tersentak kerana dia baru mengetahui bahawa eomma Jihoon sudah tiada.
Dia hanya teliti mendengar luahan Jihoon itu.
" Lepas je eomma dah takde dekat sisi kitaorang, appa mula abaikan aku dengan adik aku. Fokusnya hanya pada kerja, kerja, kerja. Selain tu, nothing Aerin.. "
" Aku rindu eomma, kalau eomma ada mungkin aku takkan jadi macam ni. Dan..appa mungkin takkan ubah sikap dia tu. " Air mata Jihoon mula mengalir dan mengelak kontak mata dengan Aerin.
" Aerin..boleh aku minta satu benda? " Tanya Jihoon dan Aerin bersedia menjawab pertanyaan Jihoon itu.
" 안아도 될까? (Can I hug you?) " Tanya Jihoon dan Aerin rasa tersentak.
Sejujurnya dia masih belum terbiasa dengan skin contact yang sering Jihoon beri kepadanya. Namun, demi menghilangkan rasa sedih dalam hati Jihoon, Aerin bangun dan membalas pelukan itu.
Beberapa saat kemudian, pelukan dileraikan dan mereka saling menatap antara satu sama lain. Kemudian, Aerin memandang jam yang tergantung di dinding.
" Dah pukul 11:30..dekat atas ada bilik tamu..aku siapkan tempat kau eh.. " Kata Aerin yang mahu bergerak dari situ lalu Jihoon memegang tangannya.
Aerin menghentikan langkahnya.
" Kejap Aerin, are you okay aku tinggal dekat sini? Sebenarnya hyung ada mesej aku suruh aku teman kau dekat sini, sebelum pergaduhan tu berlaku. " Jihoon berkata lalu melepaskan genggaman.
" Serieslah? Hmm..kalau oppa dah suruh tu aku ikut je lah. Dah aku naik atas sekejap. " Jawab Aerin dan menuju ke tingkat atas.
30 minit berlalu, Jihoon yang menunggu di bawah terasa pelik mengapa Aerin tidak turun sejak tadi lagi. Jadi, dia yang tertanya-tanya naik ke tingkat atas.
Semasa sedang menaiki tangga, berhadapan dengan tangga dia terlihat satu nama.
" Ni mesti bilik Aerin..nama pun ada depan pintu. Comel.. " Kata Jihoon lalu tersenyum.
Di sebelahnya bilik Hyunsuk yang juga ada nama Hyunsuk bersama stiker karakter marvel yang digemari.
Kemudian dia terpandang satu bilik yang mana pintunya terbuka sedikit, jadi dia berjalan ke arah pintu tersebut dan membuka pintu dengan luas menunjukkan Aerin yang sedang tersandar di sofa.
Jihoon mendekatinya dan tersenyum kerana mendapati Aerin yang sudah tertidur, kepalanya tertunduk dan di tangannya ada sebuah buku.
" Patutlah, kat sini rupanya dia tidur... "
Jihoon mengalihkan buku tersebut, meletakkan ke atas meja dan segera mengangkat Aerin secara bridal style dengan perlahan-lahan.
Nasibnya baik kerana Aerin tidak sedar dan Jihoon yang sudah masuk ke dalam bilik Aerin meletakkannya dengan perlahan dan menarik selimut melitupi seluruh badan Aerin. Dia bergerak sedikit namun matanya masih terlelap.
Jihoon mendekati Aerin dan membetulkan helaian rambut yang ada di mukanya. Kemudian, ditambah dengan ciuman di dahi membuatkan Jihoon tersengih.
" Goodnight, thank you for today. " Jihoon membisikkan kepada Aerin yang tidur lena itu dan sejurus itu dia masuk ke dalam bilik tamu yang telah disediakan.
Keesokan paginya,
Sungyoung bangun dengan segar pada pagi tersebut. Dia membuka tingkap dan langsirnya sedikit untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam bilik.
Dia turun ke bawah dan melihat Yedam yang sedang terbaring di atas sofa dengan televisyen yang masih terpasang.
" Lah, tidur. Lepastu, tv ni biar je terbuka..eiii dia niii.. Tahulah kaya, janganlah buat pembaziran.. " Young segera menutup tv dan pergi ke dapur.
Perutnya yang lapar itu membuatkan dirinya bergerak membuat sarapan yang mudah untuk dirinya.
" Sedap juga aku buat! HEHEHE.. " Dia memuji dirinya apabila dia menyumbatkan roti bersama telur goreng yang dibuatnya tadi.
Kemudian, menghirup sedikit air Milo dari cawan cukup membuatkan dia gembira di pagi hari.
![](https://img.wattpad.com/cover/320527897-288-k634745.jpg)
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...