61

29 4 0
                                    

" Jihoon ah..ppali!! " Panggil Hyunsuk dan Jihoon yang sedang bersusah payah mengangkat beberapa barang membuatkan Aerin, Sungyoung dan Junkyu tertawa apabila melihat adegan sebegitu.

" Eo!! " Jeritnya lalu barang-barang itu terjatuh termasuk dirinya sekali kerana tersalah langkah. Jihoon mengerang kesakitan.

" Ya! " Hyunsuk terkejut melihat Jihoon sebegitu dan segera menolongnya namun ada masa dia juga tertawa kepadanya.

Junkyu juga membantu mengangkat barang sehingga sampai ke tempat mereka berkumpul.

" Baru angkat sikit dah jatuh. Belum lagi angkat barang berat.. " Kata Sungyoung lalu Jihoon memandang ke arahnya.

" Kau ingat senang ke? Cuba lah angkat..aku dah lah penat ni..kau tahu ape haihh.. " Kata Jihoon yang kepenatan, duduk di sebelah Junkyu.

Kemudian, Hyunsuk merangkul bahu Jihoon.

" Lepas ni boleh la tolong hyung kerja. Bagus budak ni. " Kata Hyunsuk lalu Jihoon bersuara.

" Takpelah hyung. Penat..dah serik buat kerja tu. " Kata Jihoon.

" Kerja apa, oppa? " Tanya Aerin.

" Ada lah angkat barang kat belakang tu. Nampak macam okay kawan kau ni. Aku apa lagi..gunakan peluang yang ada. Hahahahha.. " Kata Hyunsuk lalu Jihoon memandangnya seolah-olah macam tidak percaya akan kata-kata yang dikeluarkan.

" Hyung..sampai hati kan. Dahlah baru jumpa..dah buat macam-macam.. " Kata Jihoon.

" Engkau kalau betul la kawan adik aku, kenalah buat kerja macam ni..jadi aku boleh nilai kau. Kalau tak..takdelah aku nak percaya yang kau ni dah selamatkan adik aku haritu. " Kata Hyunsuk lalu Jihoon meluruskan belakangnya sejurus itu duduk tegak.

" Jadi hyung tahu lah? Sape..Aerin ni bagitahu? " Tanya Jihoon dan Hyunsuk mengangguk.

" Yelah. Ok, aku sebagai abang dia, aku berterima kasih sangat-sangat sebab kau dah selamatkan adik aku. " Kata Hyunsuk lalu Jihoon tersengih.

" Mesti!! Tanggungjawab aku tu..hahahaha.. " Kata Jihoon dan Hyunsuk membuat muka pelik.

" Sebagai kawan hahahahaha.. " Sambungnya lagi.

" Ha..Junkyu..lama tak jumpa. Senyap je.. " Kata Hyunsuk lalu Junkyu tersengih.

" Dia sibuk oppa..macam-macam benda dia kena buat..tu yang senyap tu. " Kata Aerin lalu Hyunsuk mengetap bibirnya.

" Busy sampai adik aku ni kau tak boleh jaga dah? Aku dah bagi peringatan kat kau untuk jaga adik aku kan bila aku takde? " Kata Hyunsuk.

" Eh tak hyung bukan macam tu. Tapi dah busy nak buat macam mana.. " Kata Junkyu lalu Hyunsuk hanya mendiamkan diri.

" Oppa dahlah. Jangan marah Kyu.. " Aerin mula lindungi Junkyu dan dia hanya bersembunyi di belakang Aerin itu sambil mengangguk banyak kali.

" Ei..dahlah penat aku nak layan korang dua ni.. " Kata Hyunsuk.

" Ah! Baru teringat..korang nak main game kan..jom..aku belanja. " Kata Hyunsuk lalu memandang ke arah Sungyoung.

" Ni kawan kau juga ke? Kawan baru ye... " Tanya Hyunsuk dan Sungyoung hanya terdiam.

" Ye..nama dia Sungyoung.. " Sungyoung hanya tersenyum + menunduk hormat sebelum Hyunsuk membalas perbuatannya itu.

" Ok jom main game..oppa belanja wuhuu! " Kata Aerin lalu mengheret abangnya pergi dahulu.

Mereka bertiga yang lain mengekori dari belakang.

" Aku belanja diri aku jelah. Bukan kauu.. " Kata Hyunsuk lalu Aerin menampar bahunya. Hyunsuk hanya mengerang kesakitan.

Sepanjang mereka bermain, Jihoon yang melihat Aerin sedang bermain bersama Junkyu senyap-senyap menangkap gambar Aerin. Kelihatan seperti orang psiko tapi jangan risau..dia hanya simpan untuk dirinya sahaja.

Setelah mereka bermain sepuas hati di arcade, masing-masing balik menuju ke dorm dan rumah kerana kepenatan.

" Hyung..boleh tak nak pinjam Aerin sekejap? Nanti aku hantar dia balik rumah. " Tanya Jihoon lalu Hyunsuk bersuara.

" Kau ingat adik aku barang ke nak pinjam-pinjam? Lagipun dah malam ni. " Kata Hyunsuk yang bertegas.

Aerin hanya mendiamkan diri di tepinya. Jihoon membuat syarat kepada Aerin agar memujuk abangnya itu..namun sebaliknya terjadi.

" Takpelah, aku nak baliklah. Dah penat.. " Seloroh Aerin. Jihoon membatukan diri.

" Ha adik aku nak balik..jom dik. " Kata Hyunsuk lalu menarik adiknya.

Aerin hanya melambai ke arah Jihoon. Jihoon yang kecewa itu cuba tersenyum sambil membalas lambaian itu.

" Jumpa esok! " Jerit Jihoon dan Aerin yang menoleh ke arah belakang membalas okay.

Esoknya..hari graduasi pun tiba~

" Aerin..mana kau ni.. " Sungyoung mengomel sendirian sambil menunggu Aerin di hadapan pagar.

" Young ah! " Panggil Yoshi yang melihat Sungyoung sedang menunggu seseorang sambil duduk di situ berseorangan diri.

Sungyoung perasan akan kehadiran Yoshi segera melambai ke arahnya. Begitu juga dengan Yoshi. Yoshi mendekatinya dan melabuhkan punggungnya, duduk di sebelah Sungyoung.

" Kau tunggu siapa? " Tanya Yoshi.

" Tunggu Aerin..lambat betul sampai. " Jawab Sungyoung.

" Bila kau balik rumah, semalam eh? " Tanyanya lagi.

" Haah. Nak ambil baju..end up aku balik terus. Sebab dah lambat sangat, tak sempat nak sampai sekolah sebelum curfew. " Jawab Yoshi lalu Sungyoung mengangguk dan berdehem.

" By the way kau..ehemmm..cantik hari ini. " Yoshi mengeluarkan kata-kata itu sambil menggengam erat tangannya yang sedikit gementar itu. Sungyoung yang mendengar pujian itu terus memandang Yoshi.

" Err..terima kasih. Kau pun apa kurangnya. Ermm..haa tu Aerin! " Sungyoung segera menukar topik kerana dia rasa hatinya terlalu berdebar-debar akan kata-kata Yoshi tadi.

Dia segera bangun pergi ke Aerin..

" Wehhhhh..Aerin...cantik do kau.. " Puji Sungyoung lalu Aerin memandangnya sambil tersengih.

" Young..series lah? Lawanyaaa. Mana belajar pakai macam ni? " Kata Aerin yang kagum melihat Sungyoung sebegitu rupa.

Dress yang labuh tapi tak terlalu labuh, tidak terlalu ketat sedang-sedang sahaja, rambut pendeknya itu dihiasi dengan flower crown bersama kasut tumit rendah.

" Abang aku paksa aku pakai weh. Aku tak nak..ni bukan jiwa aku haih. Dia kata, 'Ala Young..pakailah baju cenggini.. Sekali-sekala, aku nak juga tengok kau pakai macam ni'. Jadi kitorang pun mainlah satu game ni, and aku pun kalah. So yeah! " Kata Sungyoung lalu Aerin ketawa terbahak-bahak di situ. Nasib tak ramai orang sangat.

" By the way, thanks..kau pun cantik apa. Simple tapi woahh..mantap! " Katanya lagi apabila melihat Aerin berpakaian sepertinya juga.

Tapi pakaian Aerin lebih kepada blouse sky blue ditambah dengan corak bunga-bunga kecil yang disesuaikan dengan seluar yang berwarna putih. Juga, aksesori seperti rantai bunga dan gelang menaikkan seri pemakai. Tambahan juga dengan sejenis kasut but kecil yang bertumit rendah berwarna putih melengkapkan cara Aerin berpakaian pada hari graduasi ini.

" Hehe thanks..okay jom lah masuk. Eh tu, Yoshi duduk situ. Tunggu kau la tu.. " Kata Aerin lalu Sungyoung memandangnya.

" Lah aku ingat dah masuk. Erm takdelah. Dah lama dah sampai dia tu..tak tahulah kenapa ada lagi kat situ. " Kata Sungyoung lalu merangkul tangan Aerin dan masuk ke dalam sekolah.

Yoshi mengekori mereka dan berjalan di tepi Sungyoung setelah Aerin mengajaknya masuk bersama.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now