74

24 2 0
                                    

" Ben.. "

Seorang lelaki menoleh dan memandang ke arah mereka bertiga.

" Susanne... Lama tak jumpa kau sejak kau keluar dari group kita. " Kata Ben sebelum meminum wainnya.

" Ben.. " Tegur Sam lalu Ben memandang ke arah Sam.

" Okay, okay. Aku ingat amaran kau.. " Kata Ben sambil meletakkan gelasnya di atas meja.

" Biy! Kawan-kawan you kacau I masa I nak kembali ke sini. " Seorang wanita datang merungut kepada Ben.

" Baby jangan ambik hati dengan diorang, okay? Diorang gurau je tu... " Pujuk Ben lalu wanita tersebut duduk di sebelah Ben.

" Duduklah, Susanne. Sam, boleh tinggalkan kami tak? " Pinta Ben sambil memandang ke arah Sam.

Sam mengeluh besar sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Ben yang memandang Yoshi tidak keluar dari bilik tersebut tersenyum sinis.

" Boyfriend kau ke, Susanne? " Tanya Ben.

Sungyoung hanya mendiamkan diri. Yoshi hanya memandang ke arah Sungyoung yang membatu di situ.

" Biy, ni ke perempuan yang biy cerita tu? " Tanya wanita tersebut.

" Ye, sayang... " Akui Ben. Wanita tersebut tersenyum sinis, memandang rendah terhadap Sungyoung.

" Susanne? Awak okay ke? " Tanya wanita itu.

Sungyoung memandang ke arah wanita tersebut. Sungyoung menarik tangan Yoshi mengarahkan dia duduk sama.

" Kenapa kau diam je, Susanne? " Tanya Ben.

" Dah kahwin ke? " Tanya Sungyoung membuatkan Ben dan teman wanitanya tersentak.

" Ni girlfriend aku.. " Beritahu Ben lalu Sungyoung mengangguk-angguk.

" Kenapa kau nak jumpa aku? By the way, aku nak cepat ni. Aku tak boleh lama-lama, sebab aku baru lepas balik dari majlis pengebumian. " Tanya Sungyoung.

" Aku..nak kau masuk balik sini.. " Kata Ben.

" Biy, I bosanlah.. I balik dululah, biy. " Kata teman wanita Ben sambil bangun dan berlalu dari situ.

Ben mengucup bibir teman wanitanya sebelum teman wanitanya berlalu dari situ. Sungyoung hanya memusingkan anak matanya.

" Aku dah cakap, aku takkan masuk balik after apa yang kau buat dekat aku. Aku tak kesahlah kau tu ketua ke apa ke.. Deal tetap deal. " Kata Sungyoung sambil menggenggam tangannya yang menggeletar teruk lalu Ben mengangkat tangannya.

" Aku akui, tu memang salah aku. Aku tak sedar, Susanne. " Kata Ben.

" And I'm sorry for that, Susanne. " Sambung Ben.

" Aku boleh maafkan kau, tapi aku tak akan lupakan perkara tu. "

" Aku tak nak and tak akan masuk kembali. " Kata Sungyoung.

" Boleh, tapi dengan syarat... " Kata Ben. Sungyoung memandang ke arah Ben.

" Sam! " Panggil Ben dan pintu bilik itu dibuka dan Sam masuk ke dalam.

" Dah habis cakap? " Tanya Sam sambil memandang ke arah Sungyoung dan Ben.

Sungyoung memandang ke arah Yoshi yang hanya mendiamkan diri sahaja sejak permulaan perbualan sehinggalah sekarang.

" Kita perlu celebrate Susanne atas sebab dia keluar dari group kita. " Beritahu Ben.

" Aku rasa tak payah, Ben. She is still underage. " Larang Sam.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now