80

22 4 0
                                    

Dua hari setelah itu...

" Hati-hati duduk kat rumah sorang-sorang. " Pesan Yedam.

" Okay.. " Kata Sungyoung, dengan nada yang ragu-ragu.

Entah kenapa hatinya tiba-tiba sahaja berasa tidak tenang dan gelisah. Dia berat sungguh untuk melepaskan Yedam pergi.

" Yedam aaa~ Kau tak pergi boleh? " Pinta Sungyoung lalu Yedam memandang ke arah adiknya itu.

" Kenapa ni? Kau takut tinggal sorang-sorang ke? " Tanya Yedam.

Sungyoung memandang ke arah Yedam sambil menggelengkan kepalanya.

" Aku rasa tak sedap hati... " Beritahu Sungyoung.

" Takdek apalah.. Lagipun, kitorang nak pergi dah ni. Nanti aku dah sampai, aku call kau. " Kata Yedam, menghilangkan gundah di hati Sungyoung.

Sungyoung hanya mengangguk.

" Hati-hati, abang. " Pesan Sungyoung lalu Yedam memandang ke arah Sungyoung.

" Kau taknak jumpa mak ayah dulu? " Tanya Yedam lalu Sungyoung mengekorinya untuk mengucapkan selamat tinggal.

" Jaga rumah elok-elok. " Pesan ayahnya.

Sungyoung hanya mengangguk.

" Hati-hati... Kalau ada orang yang tak kenal datang rumah, buat tak tahu je. Kalau ada orang datang merompak, call polis. Kalau tak berani duduk sorang-sorang, minta kawan tolong temankan, ataupun tidur je rumah kawan. " Pesan maknya panjang lebar, risau.

Entah kenapa perasaannya tiba-tiba menjadi tidak enak, ditambah pula perasaan risau akan anak perempuannya yang ditinggalkan seorang diri di rumah akibat suaminya yang berkeras untuk pergi bercuti hanya dengan anak lelakinya.

" Okay, mak. Hati-hati... " Pesan Sungyoung lalu maknya memeluknya dengan erat seperti tidak mahu lepaskannya. Maknya mencium lama dahi Sungyoung.

" Mak sayang kamu. " Kata maknya tiba-tiba.

Sungyoung sedikit terkejut kerana selama ini, dia tidak pernah mendengar kata-kata tersebut keluar dari mulut maknya.

" Young pun sayangkan mak. " Kata Sungyoung.

" Dah, dah. Kita kena bertolak dah ni. Nanti tak sempat nak naik flight. " Kata ayahnya.

Maknya mencium kedua-dua belah pipi Sungyoung dan memeluk Sungyoung buat kali terakhir sebelum dia menaiki kereta.

" Bye, adik! Hati-hati! "

Sungyoung melambai ke arah keluarganya. Dia masih dapat merasakan bahang pelukan maknya di tubuhnya. Dia kehairanan ditambah dengan perasaan gundah tadi yang belum hilang. Dia masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu.

Setelah kejadian abahnya mengamuk, Aerin tidak lagi berani untuk berjumpa sesiapa, mahupun menelefon seseorang. Dia juga bekerja pada hari minggu sahaja. Nasib bosnya faham akan keadaan Aerin. Kini dia hanya termenung menghadap ke arah tingkap. Memikirkan apa yang perlu dibuat selepas ini.

Deringan telefon di atas katil mematikan lamunannya. Dia segera mencapai telefonnya itu dan tertera nama Jihoon di situ.

Sejak daripada kejadian itu, Aerin mula mengabaikan sahaja panggilan, mesej yang masuk terutama daripada Jihoon. Betul, hatinya sangat sakit kerana harus buat begini, tapi dia terpaksa kalau tidak mahu dipukul lagi.

Jika dia beritahu perkara sebenar, lagi dia rasa bersalah dan Jihoon juga akan ditimpa masalah. Jadi, dia memutuskan untuk berdiam diri.

TOK! TOK! Pintu bilik Aerin diketuk.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now