" Aku rindu Young... " Kata Aerin sambil membelek telefonnya.
" Apa susah? Kau call jelah dia. Tak pun, kau chat je dia. Telefon tu dah ada dekat tangan. Itulah fungsi dia pon, ke kau tak tahu..." Kata Jihoon.
" Sibuk jelah. " Kata Aerin sebelum dia cuba untuk menelefon Sungyoung. Panggilannya tak berjawab.
" Tak angkat..hm takpelah. " Kata Aerin.
" Daripada kau sedih macam ni baik kau ikut aku kejap. " Kata Jihoon. Aerin mendiamkan diri sahaja.
" Choi Aerin, aku cakap dengan kau ni. " Kata Jihoon lalu memandangnya.
" Tak nak ah ikut kau. " Kata Aerin yang sedang bermain telefon lalu Jihoon mendekatinya dengan senyap.
Dia ingin membuat prank kepada Aerin dengan menyelubungkan diri Aerin dengan selimut. Aerin tidak sempat berbuat apa-apa dan menjerit.
" Haishhh yaa!!! Kau buat ape ni?!! " Jeritnya lalu berusaha menolak selimut agar dia dapat meloloskan diri. Jihoon ketawa sakan.
" Wehh (batuk) tak boleh nafas..(batuk) " Adu Aerin lalu tiba-tiba tiada pergerakan di bawah selimut selama beberapa saat kemudian.
Jihoon panik dan melempar selimut ke lantai.
" Aerin..weh..kau okay tak ni?? " Tanya Jihoon panik kerana melihat Aerin yang sudah tidak bergerak dan mukanya berpaling ke tepi.
" Aerinnn..aku..aku tak sengaja aku nak main-main je..bangunlah oi!! " Kata Jihoon lalu bergerak ke sisi katil di mana muka Aerin yang dipalingkan di situ.
" Aishhh lantaklah aku buat je... " Kata Jihoon dengan beraninya ingin melakukan CPR kepadanya.
Sebelum benda tu berlaku, Aerin yang sudah membuka mata terkejut dan bibir mereka hampir sahaja bersentuhan.
" Ahhh!!! " Jerit Aerin lalu menolak Jihoon dan terduduk atas lantai.
" Kau nak buat ape ni??!! Jae!! Tolong aku, ada.. " Kata-kata Aerin terhenti apabila Jihoon yang memeluk dirinya. Aerin rasa sangat terkejut.
" Aku minta maaf..a..aku tak sengaja. Aku ingat kau mati dah. Nasib baik.. " Kata Jihoon lalu Aerin menolaknya.
" Kau cakap apa ni? Main mati-mati pulak. Tepi! " Kata Aerin lalu keluar dari bilik.
Di tandas perempuan
" Nasib aku bangun..kalau tak..(flashback kejadian tadi)...Huaaaaa seramnya!!! Eeeeeee.. " Kata Aerin yang ada di dalam tandas berseorangan.
Dia memandang dirinya pada cermin dan mencuci mukanya sebersih-bersihnya.
Di bilik
" Aerin mana? " Tanya Jaehyuk yang baru sahaja balik daripada perpustakaan.
" Tak tahu.. " Jawab Jihoon lalu menggeleng.
Tiba-tiba dia teringat kejadian tadi lalu menyentuh bibirnya dan tersenyum sedikit.
" Apa kau buat ni gila.. Dia tu perempuan, roommate kau pula tu. Suka kepala kau je serang dia macam tu.. Haish pabo Jihoon pabo.. " Marah Jihoon dalam hati lalu menghempaskan dirinya ke atas katil.
" Young ahh, jawab pon. Kau sihat tak? " Kata Aerin yang sedang membuat panggilan telefon dengan Sungyoung.
" Aku sihat...kau okay tak dekat sana?? " Tanya Sungyoung.
" Aaa okay, okay. Tapi tulah aku rindu kau. Takde kawan. Aku dah kembali sunyi. " Kata Aerin.
" Janganlah macam tu..aku dah okay nanti, aku datang balik. I promise. " Kata Sungyoung.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...