10

40 6 0
                                    

" Tu, diorang. " Suha menunjukkan ke arah Farah yang sudah terbaring di atas lantai dan Sungyoung yang sedang berdiri sambil tercungap-cungap mengambil nafasnya.

Farah yang masih tidak puas hati lagi, dia menarik kaki Sungyoung dan Sungyoung terjatuh terlentang di atas lantai.

" Aghhh... " Aduh Sungyoung sambil bangun.

Dia ingin menyerang Farah sekali lagi tetapi ditahan oleh seseorang. Suha membantu Farah untuk bangun berdiri. Farah memandang ke arah Sungyoung dan matanya membulat. Sungyoung ingin menyerang Farah sekali lagi.

" Sungyoung, sudah! " Larang Yoshi. Sungyoung memandang ke arah Yoshi.

" Kau okay, Farah? " Tanya Suha.

Farah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mencebek. Tak lama kemudian, Aerin datang bersama dengan Yedam. Yedam berjalan ke arah Sungyoung dan Yoshi.

" Kenapa ni? " Tanya Yedam.

" Perempuan sial ni pukul aku. Memang padanlah dengan muka dia, mak bapak kena pindah tempat disebabkan perangai anaknya. Heh. " Kata Farah. Sungyoung ingin menyerang lagi tetapi nasib sahaja mampu ditahan dengan kudrat Yoshi.

" Kau pehal nak libatkan mak bapak aku dengan perilaku aku! Untuk pengetahuan kaulah, itu bukan sebabnya mak bapak aku pindah sini. Kau pehal?! Kau ni, memang dari dulu tak puas hati dengan aku. Aku tak kacau kau, kau kacau hidup aku! " Marah Sungyoung.

" Sudah, sudah! " Tengking Yedam. Farah terdiam, manakala Sungyoung hanya memandang tajam ke arah Farah.

" Awak bawa kawan awak ni balik bilik dulu. Rawatlah apa-apa yang luka ke. " Kata Yedam lalu Suha mengangguk dan membawa rakannya itu pulang ke bilik mereka.

" Lepaslah. " Sungyoung merentap tangannya daripada pegangan Yoshi.

" Patutnya, dulu aku belasah dia cukup-cukup waktu sekolah rendah dulu. " Kata Sungyoung.

" Sudah, Sungyoung. " Kata Yedam. Sungyoung memandang ke arah Yedam.

" Betullah. Kau tahu apa je kan? " Kata Sungyoung sebelum dia mengambil kelengkapan mandinya dari Aerin dan menuju ke arah tandas perempuan.

Yedam yang mendengar agak merasa kecil hati dan hanya terkebil-kebil mendengar.


Aerin berjumpa dengan Junkyu setelah kejadian itu berlaku.

" Mana Sungyoung dengan Jaehyuk? " Tanya Junkyu. Aerin memandang ke arah Junkyu.

" Jaehyuk, maybe tengah study. Sungyoung, aku tak tahu. " Beritahu Aerin. Junkyu mengerutkan dahinya.

" Kau okay ke? " Tanya Junkyu.

" Aku okay. " Kata Aerin sambil membelek telefonnya.

" Aerin, aku tau kau tak okay. Cuba cerita dekat aku. " Kata Junkyu. Aerin mengeluh. Dia memandang ke arah Junkyu.


Sungyoung masuk ke dalam biliknya setelah selesai membersihkan dirinya. Setelah selesai menyimpan barang-barangnya, dia duduk di atas kerusi.

" Kau okay tak? " Tanya Jaehyuk.

Sungyoung hanya mengangguk tanpa ada rasa mahu menjawab. Jihoon dan Jaehyuk memandang antara satu sama lain. Sungyoung menggalas begnya sebelum dia mengambil telefonnya. Dia memandang ke arah Jihoon dan Jaehyuk yang masing-masing tengah belajar. Sungyoung keluar daripada bilik tersebut dan menuju ke arah bilik Gaming.


Yedam kembali ke biliknya bersama dengan Yoshi. Yedam menghempaskan dirinya di atas katil manakala Yoshi duduk di meja belajarnya.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now