68

27 3 0
                                    

" Kau dah okay? " Tanya Aerin apabila melihat Jihoon yang sudah bangun dan duduk di sofa. Jihoon memandang ke arah Aerin.

" Rasa okay daripada tadi. " Jawabnya.

" Hmm (mengangguk). Kau lapar ke? " Tanya Aerin.

" Boleh masak ke? "

" Kau pandang rendah dekat aku ke apa ni? " Kata Aerin.

" Taklah. Kau tak boleh masak bagitahu, aku boleh tolong. "

" Dwaesseo...Aku boleh buat sendiri. " Aerin ingin membuktikan kepada Jihoon yang dia juga boleh masak.

Pada hakikatnya, dia hanya boleh masak masakan yang senang bagi dirinya, yang sukar masih belum dicuba.

Beberapa minit kemudian,

" Ow!! " Aerin yang tiba-tiba menjerit itu menyebabkan Jihoon bergegas pergi ke dapur.

" Kenapa ni?! " Jihoon melihat ke arah Aerin yang memegang jarinya. Dia mendekatinya.

" Argh... " Rengek Aerin kerana jarinya terluka sedikit semasa sedang menghiris sesuatu.

Jihoon segera meletakkan jari Aerin di bawah pancuran air sinki untuk menghilangkan darah yang mengalir.

" Tulah aku nak tolong kau tak bagi. Berlagak lagi, sekarang diri sendiri dah kena, dah susah kan...Hish lah dia ni.. " Jihoon mengambil tuala bersih untuk menekap darah itu agar berhenti.

" Janganlah bebel. Sakit ni.. " Aerin menahan kepedihan daripada luka kecil itu.

" I have to, sebab kau degil sangat. Dah duduk sini..biar aku settle kan semua ni. " Kata Jihoon setelah selesai menyapu ubat ke luka tersebut dan membalutnya dengan plaster.

" Tapi kau demam lagi. Biar aku.. " Kata-kata Aerin terhenti apabila Jihoon merendahkan dirinya dan menatap mata Aerin.

Aerin bergerak selangkah ke belakang.

" Kau nak luka kan jari lagi ke? Atau satu badan kau? Dah, dah. Duduk dekat depan tu..tunggu aku habis masak okay? " Kata Jihoon lalu menyambung apa yang Aerin sedang buat tadi.

Aerin hanya mengikut apa yang Jihoon arahkan dengan memuncungkan bibirnya.

Beberapa minit kemudian, masakan sudah siap dan kini mereka berdua sedang menjamah makanan-makanan itu dengan penuh selera.

" Macam mana? Aku dah cakap aku masak memang sedap...aku boleh kalahkan semua orang termasuk ka- " Kata-kata Jihoon terhenti apabila melihat Aerin memandangnya dengan pandangan tajam.

" Mian. " Jihoon yang takut dengan pandangan itu terus menyambung perbuatannya.

Beberapa saat kemudian, Aerin bangun dari tempat duduknya.

" Eh kau tak nak tambah ke? Banyak lagi ni.." Kata Jihoon dan Aerin menoleh ke arahnya.

" Kenyang. " Kata Aerin lalu menuju ke dapur dan pergi ke arah sinki.

Sejurus itu, dia membasuh pinggannya dan segala perkakas dapur yang ada di dalam sinki.

Kemudian, setelah selesai kerja itu, dia mengambil satu coklat yang ada dalam peti ais lalu duduk di sofa. Aerin menikmati coklat itu sambil melihat rancangan kegemarannya di kaca televisyen.

Sementara itu, Jihoon yang selesai menghabiskan makanannya itu segera mencuci pinggan dan menutup semua makanan diletakkan di bawah satu tudung saji. Kemudian, dia kembali ke sofa.

" Kata dah kenyang..tu coklat tu kenapa makan? " Tanya Jihoon.

" Saje. Teringin. " Kata Aerin lalu Jihoon hanya berdehem sahaja.

" Nak ke? Kalau nak aku pergi ambil..banyak lagi kat peti ais tu. " Kata Aerin lalu menuju ke arah peti ais dan mengambil coklat.

Baru dia perasan coklat yang dimakannya adalah coklat yang terakhir. Sejurus itu, dia kembali ke ruang tamu.

" Coklat dah habis pulak. Aku ingatkan banyak. Hehe sorry. " Kata Aerin lalu sambung menonton rancangannya itu.

" Gwaechana, aku tak teringin pun. " Kata Jihoon lalu dia memikirkan sesuatu memandangkan dia bosan.

" Ta..pi.." Jihoon mula bangun dan mendekati Aerin. Aerin perasan akan pergerakan itu segera menjauhi Jihoon.

" Ahhh mwoyaa..ya!...no! Jangan. " Aerin bertegas untuk menyuruh Jihoon berhenti.

Malangnya, Jihoon hanya tersenyum sinis lalu memerangkap Aerin dan semakin mendekatinya. Mereka saling menatap antara satu sama lain.

" Mian.. " Kata Jihoon. Jadi, Aerin mengetap bibirnya sambil menutup rapat matanya.

Secara tiba-tiba, tangan Jihoon mencapai alat kawalan jauh di belakang Aerin. Rupa-rupanya dia cuma hanya ingin mengambil remote untuk menukar siaran lain. Jihoon yang melihat Aerin masih menutup mata terus membaling bantal ke arahnya.

" Ya! (laugh) Kau tunggu apa lagi tu. Aku nak ni lah..hmm. "

Aerin membuka matanya apabila badannya dihempap oleh satu bantal yang boleh tahan besarnya. Kemudian, dia baru sedar yang siaran ditukar dan remote ada di tangan Jihoon.

" Haishh..bagi lah remote balik. Aku nak tengok cerita aku. " Kata Aerin yang kini sedang merebut remote itu.

Namun tidak dapat dicapai kerana Jihoon meluruskan tangannya ke atas dan remote itu digenggam erat membuatkan Aerin yang rendah ini terlompat-lompat nak kan benda tu.

" Cuba lagi..baru aku bagi. " Kata Jihoon lalu tersengih.

" Haihhh cepatlah, jangan main-main. Ppali. " Aerin berusaha, tapi remote itu tercampak jauh ke belakang membuatkan mereka saling berpandangan dan berlari untuk mencapai remote tersebut.

Mula-mula Jihoon mendapatkannya semula. Lepastu, remote di pass kan kepada Aerin dan berulang alik sehingga mereka kepenatan. Namun, Aerin tidak berputus asa..usaha demi usaha yang telah lakukan sehingga remote itu akhirnya ada di tangannya.

" Yes! Aku berjaya..wuhuu! " Sorak Aerin.

Jihoon yang berada di tepi tiba-tiba mempunyai akal untuk kenakan Aerin. Tanpa sebarang amaran, dia menolak Aerin ke dinding dan mengepungnya sekali lagi. Kali ni pandangan yang diberikan lain dan rambutnya itu diselak ke atas membuatkan Aerin menelan air liurnya.

" Aku dah cakap, jangan sesekali cabar aku macam ni. " Kata Jihoon.

" Pasal remote je kot. Takkan tu pun kau nak marah.. " Kata Aerin lalu Jihoon meletakkan jarinya ke bibir Aerin.

Aerin cuba mengatur nafasnya. Tanpa berkata apa-apa, Jihoon mendekatinya lagi. Aerin berfikir, Jihoon hanya mahu mengenakan dia sahaja seperti tadi. Jadi dia tidak gentar.

" Aku takkan tertipu lagi. " Kata Aerin dan Jihoon tersenyum sinis.

" Are you sure? Let's see siapa yang betul. " Sambung Jihoon.

Aerin mula gelabah dan menggengam erat tangannya yang menggeletar sambil menutup mata. Alangkah terkejutnya Aerin apabila dia rasa sesuatu lembut di bibirnya. Ye, betul jangkaan kamu semua. Jihoon dah sentuh bibir Aerin 😌.

Kemudian, dia cepat-cepat menolak badan Jihoon jauh daripadanya dan mengatur nafas. Aerin berasa sebak di dada kerana tidak percaya dia telah menyentuh bibir seseorang semasa keluarganya tiada dan di rumah sendiri pula tu.

Jadi, Aerin berlari ke atas, meninggalkan Jihoon berseorangan lalu masuk ke bilik dan menguncinya.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now