26

30 4 0
                                    

Pada malam tersebut, Sungyoung tidur awal daripada biasanya kerana terlampau penat. Rakan sebiliknya sibuk mengulang kaji. Tiba-tiba, Sungyoung terjaga.

" Sungyoung ah.. Kau okay? " Tanya Jaehyuk.

" Aku okay. Aku terlupa makan ubat aku. " Beritahu Sungyoung. Jaehyuk hanya mengangguk.

Sungyoung menuju ke mejanya dan mengeluarkan sebungkus ubat. Dia menelan beberapa biji ubat kemudian, minum air. Dia memandang ke arah buku lukisnya. Dia mengeluarkan kipas kecilnya dan membukanya. Dia menghalakan ke arah buku lukisnya. Tingkap dibuka agar membenarkan angin masuk untuk mengeringkan buku lukisnya.

Kemudiannya, dia tertidur kembali.


Keesokan paginya... (10 pagi)

Sepulangnya Aerin dari tandas, dia melihat Sungyoung yang sedang mencari-cari sesuatu.

" Kau cari apa?? " Tanya Aerin.

" Buku yang aku letak atas meja aku semalam. " Beritahu Sungyoung.

Setelah beberapa minit mencari, dia berputus asa. Dia duduk di birai katilnya. Pintu bilik dibuka, kelihatan Jihoon dan Jaehyuk membawa masuk beberapa bungkus plastik. Aerin dan Sungyoung memandang ke arah Jihoon dan Jaehyuk yang secara tiba-tiba sahaja mempunyai vibe positif and riang pada pagi tersebut.

" Kitorang bawa breakfast untuk koranggggg! " Kata Jaehyuk lalu tersenyum seperti bayi kecil.

" Wah, breakfast! " Kata Aerin dengan teruja sambil duduk di sebelah Jaehyuk.

Sungyoung menyertai Jaehyuk dan Aerin manakala Jihoon menyertai mereka setelah dia menutup pintu.

" Wait a minute.. Lemme check school news.. " Kata Jihoon sambil membelek telefonnya.

Sungyoung memandang ke arah Jihoon.

" Makan dulu.. Baru tengok phone. " Bising Sungyoung.

Jihoon mengajuk Sungyoung.

" Pagi-pagi cari pasal dengan aku eh. " Kata Sungyoung.

Jihoon mengajuk Sungyoung lagi.

" Jihoon.. Dah, dah lah tu. Makan dulu.. " Tegur Jaehyuk, menghentikan perbalahan tersebut.

Sungyoung menjeling tajam Jihoon. Jihoon meletakkan telefonnya di tepi dan mula menikmati makanan di hadapannya.


" BURP!! " Sungyoung terbelahak kuat.

" Ewww! " Kata Jihoon. Sungyoung menyiku tubuh Jihoon.

" Diam ah kau.. " Kata Sungyoung.

" Aduh, aduh, aduh. " Kata Jihoon sambil melindungi tubuhnya.

Aerin dan Jaehyuk hanya ketawa. Sungyoung berhenti menyiku Jihoon dan mengambil beberapa helai tisu.

" Haaa. Padan muka. " Kata Sungyoung sambil mengelap mulutnya dengan tisu.

Jihoon mengusap-ngusap tangannya yang menjadi mangsa kepada siku Sungyoung. Sungyoung bangun dan menghempaskan dirinya ke atas katil dan membelek telefon.

Terdengar notifikasi dari telefon Jihoon. Jihoon membukanya dan membulat matanya.

" Mak ai! Tak pernah-pernah, group kelas kita ni kecoh. " Kata Jihoon.

" Kenapa tu? " Tanya Aerin. Jihoon memandang ke arah Aerin.

" Entahlah. Diorang duk tengah bercakap pasal Yoshi. Katanya, budak kelas aku terjumpa satu buku lukisan ni yang penuh dengan lakaran gambar orang. Dia pun masukkan dalam group kelas kitorang. " Jihoon berhenti seketika.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now