82

25 3 0
                                    

Sementara itu,

" Kau nak beli apa lagi ni...cepatlah, ada banyak benda aku kena buat dekat rumah tu. "

Jihoon menyilangkan tangannya ke dada dan memandang ke arah Jena. Wajahnya datar tidak menunjukkan sebarang ekspresi.

" Kasarnya cakap. Can you talk to me nicely? " Jena mencebik

" So what? Aku nak balik. "

Jihoon ingin pergi tapi langkahnya terhenti apabila Jena memegang tangannya. Jihoon dengan secepat mungkin menepis tangan itu.

" Hoonie, kenapa you jadi macam ni? "

" Kau dengan aku dah takde apa-apa. Do I have to remind you? No right? Buang masa aku je.."

Jihoon memusingkan badannya lalu terlanggar seseorang. Rasa terkejut kerana habis barang terjatuh daripada tangan orang itu.

Orang itu segera mengutip barangnya yang ada di lantai dan menunduk 90° sebagai tanda maaf. Kemudian, segera pergi tapi langkahnya terhenti apabila Jihoon memanggilnya.

" Jeogi.."

Orang itu tidak menoleh belakang, segera pergi, menghiraukan panggilan itu apabila ada orang lain di kaunter pembayaran memanggilnya.

Jihoon tiba-tiba merasakan sesuatu kehadiran yang dikenali. Tapi diendahkan apabila wajah Jena muncul di hadapannya.

" Let's go babe. " Jena merangkul tangan Jihoon dan di situ Jihoon bergelut, ingin meleraikan skinship yang dibuat.


Aerin menghembuskan nafas lega sesudah dia keluar dari pasaraya itu.

" Adik, mama nak pergi kedai tu kejap. Adik nak ikut ke tunggu sini? "

Aerin yang sedang makan aiskrimnya itu langsung memandang mamanya lalu terpandang satu kedai, berhampiran juga dengan kedai yang mamanya mahu masuk.

" Adik nak pergi situlah ma..nanti adik call mama, atau adik tunggu kat kereta ni ke. " Kata Aerin dan mamanya hanya mengganguk.

" Ok, elok-elok lintas jalan. "

Sesudah dengan nasihat itu, mamanya segera berjalan ke arah kedai tersebut dan masuk. Aerin menghabiskan aiskrimnya dahulu lalu plastiknya dibuang ke tong sampah.

Kemudian, semasa sedang melintas, tanpa dia perasan ada sebuah kereta menuju ke arahnya. Kereta itu semakin mendekat dan Aerin yang baru perasan membulatkan matanya dan secara semulajadi tertutup akibat efek badan.

Dengan sekelip mata, badannya dibawa ke tepi jalan tapi terasa di dalam dakapan seseorang. Aerin segera membuka matanya itu. Dia hanya mendengar orang yang menyelamatkannya itu sedang cuba mengatur nafasnya kembali.

" Ya micheosseo?! " Orang itu meninggikan suara secara tiba ii.

Aerin menolak badan orang itu dengan cepat. Kini wujudlah jarak antara mereka.

" K-kau buat apa dekat sini? "

Aerin memandangnya dengan wajah tidak percaya.

" Aerin.." Dia meletakkan Aerin dalam dakapannya. Jihoon lah orang tu.

Ya Tuhan..sungguh dia rindu pelukan ini, tapi Aerin menjauhkan dirinya daripada Jihoon sekali lagi.

" I'm sorry. Aku kena pergi. " Aerin memegang erat tote bagnya itu sambil menunduk.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now