Aerin kini mengingati kembali kenangan-kenangannya bersama Jake. Dia bersendirian, baring di atas katil sambil melihat video dan gambar-gambarnya bersama Jake. Tanpa berfikir panjang, dia memadam kenangan tersebut lalu termenung seketika.
" Betul ke apa aku buat ni? Haih... " Kata Aerin lalu menutup mata dengan lengannya lalu menangis sedikit.
" Ya. " Kata lelaki riak yang baru masuk ke dalam bilik.
" Hoi, aku panggil kau ni. " Katanya lagi dan Aerin terus bangun lalu memandang lelaki itu.
" Apa kau nak? " Kata Aerin dengan nada datar.
" Kau nangis ke? " Tanya lelaki tu semula.
" Tak payah tahu lah. " Jawab Aerin semula.
" Aku Jihoon. Kau tak tahu lagi nama aku kan. " Kata Jihoon lalu menyambung kerjanya semula.
" Tak nak tahu pun. " Kata Aerin dan Jihoon hanya smirking bila dia dengar kata-kata Aerin.
Keesokan harinya~
" Sungyoung, kau kata kau baru sampai sini kan? Dulu kau sekolah kat mana eh? " Tanya Aerin di mana sekarang mereka berdua sedang berjalan mengambil angin di luar.
" Haah, aku sampai beberapa hari lepas. Sebelum ni, aku sekolah dekat Incheon.. " Beritahu Sungyoung.
" Ahhh, kau dari Incheon?? Wow..ha lepas tu kenapa kau pindah sini. " Tanya Aerin.
" Ouh, ayah aku dapat kerja kat sini. Itu sebablah. " Kata Sungyoung lalu Aerin mengangguk sahaja.
Tiba-tiba, terdengar jeritan orang yang memanggil nama Aerin di sudut pandangan jauh sana.
" Aeriniee!! " Kata Junkyu yang sedang berlari ke arah mereka berdua.
" Waee??? " Kata Aerin lalu Junkyu merangkul lengan Aerin dan Aerin memandangnya dengan pelik.
" Jom, teman aku. " Kata Junkyu.
" Sekejap..nak pergi mana pula. Kau bukan selalu tidur ke time macam ni? " Usik Aerin lalu ketawa.
" Tak boleh ke kalau aku nak luangkan masa dengan kau, ha? " Kata Junkyu.
" Aerin, aku ge- " Kata Sungyoung namun Aerin memotong kata-katanya.
" Eh, jap..Kyu, ni roommate aku yang baru masuk tu, Sungyoung ni Junkyu..Junkyu ni Sungyoung. " Kata Aerin lalu mereka menyapa sesama sendiri.
" Aku gerak dulu eh. Ada benda nak buat sekejap. Have fun with your boyfriend. " Kata Sungyoung, melambai sambil tersenyum lalu melangkah pergi dari situ.
" Eh, bukanlahhh ni kawan aku je. " Kata Aerin lalu memandang Junkyu yang sudah ketawa terbahak-bahak lalu menutup mukanya kerana malu.
" Kau lah ni, main serang aku macam tu je. Tengok, dah salah faham. " Kata Aerin lalu Junkyu ketawa sekali lagi.
" Kalau betul-betul pun okay juga. " Kata Junkyu lalu tersenyum lagi dan Aerin menjelingnya.
" Aku gurau jelah. Jangan risau, aku tahu kau masih berpunya. Don't worry okay, my baby. " Kata Junkyu lalu mencuit pipi Aerin.
" Ya.. Siapa baby kau..Ish. " Kata Aerin yang dah mula rasa menyampah.
" Ye lah. Jom beli makanan untuk bayi saya sorang ni. " Kata Junkyu lalu ketawa dan menyerabutkan rambut Aerin.
Sungyoung dalam perjalanan ingin pulang ke biliknya. Kemudian dia terserempak dengan abangnya semasa sedang melintasi beberapa bilik untuk menuju ke bilik sendiri.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...