27

30 5 0
                                    

Semasa ketiadaan cikgu yang masuk..Kedengaran setiap orang dalam kelas sedang membincangkan tentang gosip yang tular sejak pagi tadi. Aerin memandang Yoshi yang dalam keadaan tertanya-tanya. Yoshi memandang Aerin.

" Kau okay? " Tanya Aerin lalu Yoshi menoleh ke bukunya semula.

" Aku okay..tapi aku pelik. Siapa pula yang lukis gambar aku banyak-banyak? " Kata Yoshi.

" Maybe..hm..secret admirer kau. " Kata Aerin.

" Ha? Jinjja ya? " Kata Yoshi lalu membuat muka blur.

" Boleh jadi tau..kau okaylah aku tengok. " Kata Aerin lalu mengangguk dan tersengih.

" Series ah? Fuh aku tak tahu aku ni terkenal..hahaha... " Kata Yoshi lalu menulis sesuatu ke atas bukunya.

Aerin hanya tersenyum lalu menyambung kerjanya dan pada masa tersebut, cikgu mereka masuk untuk memulakan pembelajaran baharu.


" Yeobeoseyo? " Kedengaran suara seseorang semasa Aerin sedang membuat panggilan dengannya.

" Oppa..tengah sibuk ke? " Kata Aerin .

" Nak kata tak sibuk takdelah sangat. Kenapa dik? " Tanya Hyunsuk.

" Erm boleh tak oppa ambil adik dekat sekolah? Nak balik kejap.." Kata Aerin.

" Eh boleh ke? " Tanya Hyunsuk.

" Boleh. Kelas dah habis tadi..lagipun esok hari sabtu.. " Kata Aerin.

" Arraseo..kau tunggu je situ nanti oppa sampai, oppa call kau. " Kata Hyunsuk lalu menamatkan panggilan telefon.

Beberapa minit kemudian..tepat jam 6, Hyunsuk menunggu Aerin di hadapan sekolah dan setelah itu mereka menaiki kereta yang dipandu oleh abangnya. Mengambil masa setengah jam untuk sampai ke rumah.

Apabila sudah sampai di rumah, Aerin mendapati bahawa ayahnya masih belum ada di rumah kerana bekerja dan mungkin balik pada lewat malam, hanya mama dan abangnya sahaja di rumah. Kemudian, setelah bersalaman semua dan menanyakan khabar, Aerin meminta izin untuk berehat di biliknya.

" Haaaa nikmat katil ku.. " Kata Aerin yang rasa puas kerana akhirnya dapat baring di atas tilam yang dirindui.

Sesuatu perkara yang terlintas di fikiran Aerin, di mana dia harus memberitahu Junkyu dan Sungyoung bahawa dia ada di rumah sebentar. Tujuannya agar mereka tidak rasa risau.

Setelah itu, Aerin mengambil peluang untuk tidur sebentar untuk merehatkan badan yang terasa sangat lenguh pada hari ini.


Pada esok pagi Sabtu jam 6 pagi, Aerin bangun dan melihat kawasan sekelilingnya.

" Lupa pula ada kat rumah.. " Kata Aerin lalu mengambil telefonnya dan membuka data internet.

Terdapat 20 mesej yang masuk serta 4 missed calls

" Sape pula call aku banyak-banyak ni.. " Kata Aerin lalu membuka mesej orang tersebut.

" Lahh aku dah bagitahu Sungyoung aku balik rumah. Haih.. "

Aerin terus menelefon orang tersebut.

" Yeobeoseyo? " Kata seseorang yang sedang membuat panggilan dengan Aerin.

" Kau dah kenapa call aku banyak kali. "

" Saja. Awal kau bangun. " Jawab seseorang itu.

" Tak, sekarang ni kau tak tidur ke apa. Jangan cari masalah eh Jihoon..kalau kau mati macam haritu macam mana. "

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now