3

51 9 0
                                    

Kring!! Kring!! Kring!!

Jam loceng sekolah berbunyi menandakan yang waktu pembelajaran sudah tamat. Aerin terus sahaja mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg sekolahnya.

" Baiklah, kelas sudah tamat. Tetapi..kamu semua belum boleh balik lagi sebab pengetua sekolah nak berjumpa dengan kamu semua di dewan sekolah. " Beritahu cikgu yang mengajar mata pelajaran Seni tersebut. Aerin yang sudah selesai mengemas barangnya memandang ke arah cikgunya.

" Ala~ Aku baru ingat nak balik makan masakan mak aku. Perut dah kelaparan ni. " Rungut Yoshi sambil mengemas barangnya. Yoshi memandang ke arah Aerin.

" Kejap lagi turun, kita beli makanan dulu. " Ajak Yoshi. Aerin memandang ke arah Yoshi.

" Ah, okay. " Kata Aerin. Aerin memerhati Yoshi yang sedang mengemas barang-barangnya.

" Okay, dah. " Kata Yoshi. Aerin bangun dan menggalas beg sekolahnya.

Mereka berdua turun membeli makanan terlebih dahulu. Kemudiannya, mereka terus bergerak ke dewan sepertimana yang dipesan oleh cikgu mereka tadi. Di dalam perjalanan, mereka tiba-tiba dihalang oleh seseorang.

" Baa!! " Sergah Junkyu yang tiba-tiba menghalang jalan mereka. Dapat dilihat Jaehyuk baru tiba di sebelah Junkyu.

" Ahhh! Junkyuuu terkejut la aku ish! " Marah Aerin.

" Entah..apa lah Junkyu ni.. " Yoshi juga memarahi Junkyu kerana dia juga terkejut.

" Hehe sorry korang...jom, masuk.. " Ajak Junkyu lalu mengekori Junkyu dari belakang.

Sedang Aerin seronok berbual dengan Junkyu, tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang ketika ingin masuk ke dalam dewan.

" Alamak, sorry, sorry. " Kata Aerin lalu memandang orang yang dia terlanggar tadi dan sedikit terkejut.

Rupa-rupanya orang yang dia tidak sengaja langgar ialah Jake. Jake tahu bahawa itu ialah Aerin, namun dia membuat tidak tahu lalu pergi keluar dari dewan itu. Junkyu yang melihat berasa hairan dan memandang ke arah Aerin.

" Takde apa lah, jom... " Kata Aerin lalu menuju ke tempat duduk yang telah disediakan.

Junkyu yang cepat sahaja duduk di sebelah Aerin manakala Jaehyuk duduk di sebelah Junkyu, diikuti Yoshi.

Setelah semua pelajar tingkatan 5 berada di dalam dewan, pengetua pun memulakan ucapannya.

Beberapa hari kemudian, mama Aerin dan abangnya, Hyunsuk membantu Aerin mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta.

" Dah bawa kan semua barang? Takde tinggal dah kan? " Tanya mama Aerin.

" Dah, dah. Takde apa dah yang tertinggal. " Kata Aerin.

" Hmm, okaylah. Elok-elok duduk kat sini, kalau ada apa-apa telefon abang kau, mama, abah. Okay? " Pesan mama Aerin laluAerin mengangguk-angguk.

" Dik, kau jaga diri. Apa-apa, call aku.. " Kata Hyunsuk lalu mengelus-elus rambut adiknya itu.

" Hehe, okay. " Kata Aerin lalu Hyunsuk memeluknya.

" Jangan rindu aku. Bye. " Kata Hyunsuk lalu meleraikan pelukannya.

" Okay. Aku ingat kata-kata kau hahaha.. " Kata Aerin lalu mereka berdua ketawa.

" Okay..adik nak daftar masuk ni, lepastu masuk bilik. " Kata Aerin.

" Okay, roommate tahu tak siapa nanti? " Tanya mamanya.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now