" Kau dah buat apa yang aku suruh? " Tanya Suha lalu lelaki itu mengangguk.
" Bagus..ni bayaran kau.. " Kata Suha lalu memberikan satu sampul yang tebal dan lelaki itu mencium sampul tersebut sebagai tanda gembira.
" Lepas ni aku ada kena buat apa-apa lagi ke? Ke kau nak aku..buat benda lain untuk tambahkan lagi bayaran aku ni? " Tanya lelaki itu lalu memandang sinis kepada Suha. Suha menggeleng.
" Buat bila aku suruh. Selain daripada tu takde. Kau boleh pergi sekarang. " Kata Suha dan lelaki itu pergi.
Dalam masa yang sama, mereka tidak perasan yang tindakan mereka diperhatikan oleh seseorang.
Sementara itu...
" Jaejae.. " Panggil seseorang membuatkan dia menoleh ke arah suara tersebut.
Jaehyuk membuat muka malas.
" Babe..kenapa muram je ni..senyum sikit. " Kata Suha lalu ingin menyentuh muka Jaehyuk namun dia segera menepisnya.
" Awak nak apa ni Suha..tak nampak saya tengah buat apa ni.. " Kata Jaehyuk lalu Suha merangkul tangannya.
" Babe awak jangan macam-macam. Kalau awak buat saya macam ni..susah nanti keluarga awak. So please, dengar cakap saya. " Kata Suha.
(Flashback)
" Abeoji..takkan semata-mata pasal benda tu Jae kena bercinta dengan Suha.. Jae tak nak... " Kata Jaehyuk lalu appanya hanya memandangnya.
" Appa tak kira..kamu kena ikut apa yang keluarga Suha dah tetapkan. Kamu nak ke keluarga kita malu? Kamu buat je apa yang mereka nak. " Terang appanya lagi.
" Tapi appa..eomma.. " Kata Jaehyuk lalu eommanya memegang bahunya lalu bersuara.
" Jae..kamu anak baik kan? Kamu ikut je cakap kami..kami tahu apa yang terbaik untuk kamu. " Kata eommanya dan fikiran Jaehyuk bercelaru.
Sebenarnya, Jaehyuk sudah tahu niat buruk Suha itu dan tuduhan palsunya terhadap Aerin. Apabila Suha mengetahui tentang perkara tersebut, dia mengugut Jaehyuk untuk mengapa-apakan Aerin atau keluarganya.
Jadi, Jaehyuk mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dengan melakukan apa yang dihajati oleh Suha.
Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi strateginya, Suha melibatkan masalah ini dengan keluarga Jaehyuk. Dengan itu, dia memikirkan bahawa betapa beratnya apabila dirinya tersekat di tengah-tengah situasi keluarga.
Jadi, pada asalnya dia percaya yang Aerin tidak bersalah kerana dia sudah tahu yang Suha mahu kenakan Aerin. Untuk melindungi Aerin, dia terpaksa membuat Aerin membencinya walaupun dia tahu tindakannya itu akan membuatkan orang sekelilingnya sakit hati terhadapnya, begitu juga dengan diri sendiri..tidak mampu menghadapi perkara sebegini.
(End of flashback)
Aerin kembali mengingati segala perkara yang buruk terjadi kepadanya. Dia menutup matanya, cuba menenangkan dirinya yang sedang baring di atas katil. Namun, air matanya mengalir menyebabkan dia serta merta menangis seorang diri dalam bilik.
Tiba-tiba kedengaran sesuatu bunyi yang berlanggar menyebabkan Aerin mengelap air matanya, bangun dan menoleh ke arah bunyi tersebut.
" Kau siapa? " Tanya Aerin kerana dia terlihat seseorang yang ada di katil bertentangan dengan katilnya.
Dan pada masa itu, orang itu bergerak menuju, mendekati Aerin. Dia membulatkan matanya kerana dia kenal orang tersebut. Badannya mula menggigil.
" Saitoru kau buat ape dekat sini.. " Kata Aerin lalu bangun dari katilnya dan menjauhi Saitoru. Saitoru hanya tersengih dan memandang Aerin dari atas hingga bawah. Dia mula mendekatinya.
" Kau dekat dengan aku..a-aku takkan teragak-agak cederakan kau.. " Kata Aerin, suaranya menggeletar.
" Aku tahulah kau takde apa nak cederakan aku. Sebelum ni aku tak dapat kau lagi..kali ni..aku takkan lepaskan peluang yang dah ada depan mata. " Katanya lalu menjilat bibirnya.
Aerin mula bergerak perlahan ke arah pintu.
" Aku cakap jangan dekat!!!! " Aerin mengeluarkan suara nyaringnya dan segera berlari ke luar bilik dan menjerit meminta pertolongan.
" Tolong!!!! " Aerin menguatkan suaranya lagi namun rambutnya ditarik menyebabkan dia kembali terseret masuk ke dalam bilik semula.
Kini, Aerin berada di lantai terperangkap dalam tangan Saitoru..Aerin cuba melawan, menendang lelaki itu, namun dirinya sudah lemah kerana dihalang oleh Saitoru yang berbadan besar. Lelaki itu memandang Aerin dengan bernafsu...Aerin sudah meredhai nasib yang menimpa dirinya.
Namun, belum sempat berbuat apa-apa..satu tendangan yang kuat diberikan dari belakang badan Saitoru membuatkan lelaki itu jatuh tersembam ke tepi. Dia cepat menarik Aerin keluar dari kawasan itu.
" Tak guna kau!! Aku dah bagi amaran dekat kau kan!! " Jerit Jihoon lalu menumbuk muka lelaki itu beberapa kali untuk memuaskan perasaan marah yang sudah lama terpendam. Saitoru ada menghentikan tindakannya itu namun Jihoon masih meneruskan serangannya.
Aerin yang berada di tepi, jauh sedikit dengan mereka hanya mampu menangis teresak-esak, menutup telinga dan matanya kerana dia teringat akan kejadian tadi...
Tak lama kemudian, Haruto masuk ke dalam bilik menghentikan pergaduhan tersebut.
" Baik..maaf tuan puan, kami terpaksa tahan anak tuan dan puan ini untuk tindakan selanjutnya. " Kata polis yang menguruskan bahagian itu.
Ibu bapa Saitoru terlihat kecewa dan ibu Saitoru mula menangis setelah tahu apa yang terjadi kepada anaknya itu.
" Jihoon, kamu pergi balik dorm dulu..Coach ada nak settlekan hal ni sekejap dengan keluarga Saitoru. " Coach Hara memandang Jihoon dan dia mengangguk lemah.
Di sebelah Jihoon adanya Yoshi dan Haruto yang menemaninya sehingga dia balik ke dorm.
" Jihoon..kau okay ke ni ?" Tanya Yoshi. Haruto hanya berdiri di tepi mereka berdua.
" Okay..tapi tulah. Aku tengok Aerin, trauma dia makin teruk. Tadi..aku nak dekat dengan dia, tapi bila dekat, dia menjerit-jerit, suruh jauh daripada dia. " Kata Jihoon dengan muka yang suram. Yoshi meletakkan tangannya di bahu Jihoon.
" For now, aku rasa kau kena bagi Aerin bertenang dulu..takpe nanti aku minta la Sungyoung tengok kan dia. Kau jangan risau, okay? Dia kena tenangkan fikiran dia dulu barulah kau boleh jumpa dia semula.. " Kata Yoshi.
" Betul apa yang Yoshi cakapkan tu. Kau kena bagi Aerin masa..tu je. Aku faham, sebab kejadian yang dah berlaku ni buat dia jadi tak tenang. Jadi, tunggu dia okay... " Kata Haruto lalu Jihoon memandang kedua-dua rakannya itu.
" Terima kasih korang.. " Kata Jihoon lalu cuba untuk melawan perasaan sedihnya itu.
Setelah kejadian buruk itu berlaku, di setiap group Whatsapp bahkan di media sosial juga penuh dengan gosip-gosip dan maklumat berkenaan dengan situasi yang menimpa Aerin.
Ada sesetengah yang mula mempercayai dan rasa kasihan kepada Aerin kerana hampir menjadi mangsa rogol namun ada sahaja yang menganggap bahawa itu adalah satu cara atau konsep untuk Aerin, sebagai pembuli yang mahu menutup kesalahan lamanya.
" Ma..adik ni.. " Kata Hyunsuk lalu mamanya melihat apa yang ditunjuk oleh Hyunsuk.
Mamanya terkejut apabila melihat gambar anaknya dan beberapa kenyataan tentang anaknya yang hampir menjadi mangsa rogol di kem sekolah.
Fikiran mula bercelaru kerana jika suaminya tahu, maka huru-haralah sekolah jika kes ini sampai ke telinga suaminya itu...Jadi, mamanya meminta Hyunsuk dan pihak sekolah merahsiakan perkara ini daripada suaminya itu. Segala perkara diurus oleh mereka sahaja. Hyunsuk mengikut sahaja apa yang mamanya mahu jika tidak mahu timbul apa-apa masalah.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...