22

44 4 0
                                    

Sepulangnya mereka bertiga dari bilik Yedam, mereka melihat Sungyoung yang sudah berselimut menutupi seluruh tubuhnya. Aerin, Jaehyuk dan Jihoon memandang antara satu sama lain. Aerin menuju ke arah katil Sungyoung. Dia memegang bahu Sungyoung.

" Aku okay. " Kata Sungyoung dengan nada suara yang serak.

" Tak. Kau seriously tak okay, Young. " Kata Aerin.

Sungyoung bangun dari baringnya. Dia mencari ubatnya, tetapi tidak terjumpa. Sungyoung duduk di atas katilnya sambil memandang ke arah Aerin yang sedang memandang ke arahnya.

" Jangan risau..Kau sambunglah kerja kau. " Kata Sungyoung.

" Serious? " Tanya Aerin.

Sungyoung hanya mengangguk. Sungyoung menyambung mencari ubatnya. Akhirnya, dia berjumpa juga dengan ubatnya, tetapi isinya tiada yang menandakan ubat tersebut sudah habis. Sungyoung mengeluh berat.

" Aerin ah~ " Panggil Sungyoung. Aerin menoleh ke arah Sungyoung.

" Esok boleh teman aku keluar? Aku kena pergi klinik, beli ubat baru. Ubat aku dah habis. " Tanya Sungyoung.

" Kalau kau tak boleh takpe, aku ajak Doyoung je. " Sambung Sungyoung.

" Boleh, boleh. " Jawab Aerin.

" Pukul berapa tu? " Tanya Aerin.

" Dalam pukul 9.30 pagi. " Beritahu Sungyoung. Aerin mengangguk-angguk.


Esok pagi~

" Lets go. " Kata Sungyoung lalu merangkul tangan Aerin.

Mereka berdua pergi ke farmasi di mana ubat yang diperlukan Sungyoung ada terjual di situ.

Selepas membeli ubat, mereka berdua pergi ke restoran untuk mengisi perut mereka yang kosong.


" Kau nak makan apa? " Tanya Aerin.

" Erm apa-apa je. " Kata Sungyoung lalu mereka memesan apa yang mereka mahu.

30 minit kemudian, semua pesanan telah sampai dan tersusun di atas meja. Tanpa membuang masa, mereka menjamu selera...

Sedang mereka makan, Aerin terlihat sosok yang dikenali di luar kedai. Terlihatnya di situ ex namchinnya, Jake bersama seorang perempuan, berpelukan dan memandang dengan manis antara satu sama lain. Tidak tahu mengapa, hatinya tiba-tiba rasa sakit walaupun mereka berdua sudah berpisah. Sungyoung perasan akan Aerin yang berhenti makan lalu pandang ke luar seperti apa yang Aerin sedang tengok.

" Eh..Jihoon? Dia buat apa tu? " Kata-kata Sungyoung memberhentikan pandangan Aerin kepada Jake dan beralih kepada Jihoon.

Aerin rasa ragu-ragu pada mulanya. Namun, bila diperhatikan betul-betul..Jihoon juga sedang melihat ke arah Jake dan perempuan tadi..

" Jangan cakap.. " Kata Aerin lalu Sungyoung tiba-tiba bersuara.

" Wehhh, bergaduh la pula! " Kata Sungyoung yang gelisah lalu Aerin yang menyaksikan Jihoon dan Jake sedang bergaduh itu bergegas lari keluar dari restoran.

Dia menahan Jihoon daripada bertindak agresif dan Jake yang perasan akan Aerin berada di situ bersuara.

" Aerin..jumpa lagi kita ye kat sini.. " Kata Jake tersenyum sinis.

" Kau nak apa lagi Jake sampai pukul orang? " Kata Aerin lalu merenung tajam.

" Oh sekarang dah pandai aku kau..sebelum ni awak saya je. What happen to you? Ni..lelaki gila ni ke dengan kau sekarang.. " Kata Jake yang memandang rendah Jihoon. Aerin hanya berdiam diri.

" Baby..sape ni, jom kita balik. " Celah perempuan tu dan Aerin hanya menjeling sahaja.

Jihoon mula bersuara.

" Jena..aku rindu kau. Aku dah tak sanggup macam ni..Kau balik dengan aku eh, kita hidup bahagia macam dulu, please. " Kata Jihoon yang hampir ingin menitiskan air mata.

Akhirnya betul sangkaan Aerin, Jena adalah kekasih baru Jake di mana Aerin dan Jihoon sudah ditipu hidup-hidup selama ni.

" Eww..Aku balik dengan kau? Tch beranganlah. Memang tak, aku nak dengan kau..miskin.. " Kata Jena dengan gediknya lalu menarik Jake dan mereka berdua pergi dari situ.

" Jenaa yaa!! " Jerit Jihoon lalu ingin berlari ke arah pasangan itu namun dihalang oleh Aerin yang memegang erat kedua-dua tangan Jihoon.

" Ji..jangan..jom kita balik. " Kata Aerin dan membiarkan Jihoon menangis dahulu di tepinya sebelum mereka pulang.

Orang ramai yang lalu di situ hanya diabaikan oleh mereka berdua. Sungyoung yang menyaksikan kejadian tadi turut terkejut kerana dia baru tahu bahawa Jihoon dan Aerin mempunyai kisah silam yang sama dan mendapati tentang ex mereka pada waktu yang sama.


Di bilik...

Setelah kejadian tadi, mereka semua selamat sampai ke sekolah tetapi Jihoon keluar sebentar untuk menenangkan fikiran di tempat lepak biasanya dalam kawasan sekolah. Sungyoung pula keluar kerana ada hal yang perlu dibuat. Kini, Aerin sahaja yang ada di dalam bilik bersama Jaehyuk.

" Aerin.. " Kata Jaehyuk yang ada di hadapan Aerin.

" Jae.... " Aerin memeluk erat Jaehyuk dan tangisannya akhirnya keluar.

Jaehyuk terkejut dan mengusap-usap belakang Aerin.

" Kenapa ni..cuba kau cerita.. " Kata Jaehyuk lalu melepaskan pelukan.

" Aku penat...aku penat dengan kehidupan aku sekarang. Jae..aku tak berguna ke sampai semua orang tinggalkan aku? " Tanya Aerin lalu memandang Jaehyuk.

Jaehyuk mengelap air mata Aerin yang jatuh.

" No, Ninie jangan cakap macam tu..takde siapa yang tinggalkan kau, benci kau. Semua sayang kau Ninie. " Kata Jaehyuk lalu menatap muka Aerin dengan penuh kasih sayang.

" Tapi, kenapa hidup aku menyedihkan? " Kata Aerin lagi.

" Ninie, macam ni. Kau jangan fikir negatif. Kau rehat..aku tahu kau penat. Aku faham..Kau baring dulu okay. " Kata Jaehyuk lalu Aerin ikut arahan tersebut.

Jaehyuk membantu Aerin menyelimutkan dirinya.

" Jae..kau tak tinggalkan aku kan? " Kata Aerin lagi.

" Tak Ninie. Aku ada, aku takkan tinggalkan kau. " Kata Jaehyuk memegang tangan Aerin.

Aerin pun sudah berhenti nangis tapi sedu-sedannya masih ada tersisa.

" Tidur. Apa-apa aku kat tempat aku.." Kata Jaehyuk.

Aerin mengangguk dan Jaehyuk bangun dan beredar dari situ.

Beberapa minit kemudian, Aerin sudah masuk ke alam mimpinya. Namun, Jaehyuk kembali ke arah Aerin dan mencium ubun-ubunnya. Nasibnya baik kerana Aerin tidak terjaga.

Pada masa yang sama Jihoon yang masuk ke dalam memandang ke arah mereka berdua. Jaehyuk yang perasan terus menuju ke tempatnya. Jihoon menghiraukan dan terus menghempaskan dirinya ke katil.


Aerin terjaga daripada tidurnya pada jam 5 pagi. Dia masih dalam keadaan separuh sedar, melihat kawasan sekeliling. Jaehyuk dan Sungyoung yang sudah lena dibuai mimpi namun tidak bagi Jihoon. Katilnya kosong. Aerin bangun dari tempat tidurnya dan terlihat Jihoon yang ada di mejanya. Dari jauh kelihatan tidak bergerak dan kepalanya dibaringkan di atas meja. Rasa ingin tahu menyelubungi diri lalu Aerin mendekati mejanya.

Dia terkejut kerana di atas meja itu penuh dengan pil-pil yang terabur. Dia mengambil bekas pil itu dan tertulisnya ubat tidur. Aerin yang rasa tidak sedap hati, dia beralih ke tempat muka Jihoon ditoleh.

" Jihoon ah.. " Panggil Aerin namun tiada tindak balas dan tiba-tiba mulut Jihoon mengeluarkan buih dengan banyak.

Aerin menjadi panik dan menggoyang-goyangkan tubuh Jihoon dengan perlahan.

" Jihoon ah! Kau kenapa ni? Bangunnn!! " Jerit Aerin dan suaranya itu mengejutkan Jaehyuk dan Sungyoung.

Jaehyuk nampak Aerin yang sedang panik dan Aerin cepat-cepat menyuruh Jaehyuk menolong Jihoon.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now