Di rumah Aerin~
Pada jam 8 malam, Aerin sedang mengeringkan rambutnya setelah selesai membersihkan dirinya sebaik sahaja sampai di rumah.
Sedang dia mengelap rambut, dia teringat kejadian yang berlaku sebelum dia balik rumah tadi. Dia mengelamun seketika.
(Flashback)
Aerin yang masih menutup matanya itu segera membuka mata kerana merasakan tiada apa-apa yang berlaku kepada dirinya melainkan Jihoon yang masih memegang tangannya sambil melihat ke arah Aerin. Aerin berasa hairan.
" Apa yang kau harapkan ha? Dah jom balik sebelum abang kau cekik aku.. " Kata Jihoon yang berubah begitu sahaja.
Aerin mengikutinya dari tepi dan mereka hanya berjalan kaki memandangkan rumah Aerin dan Sungai Han tidak jauh jaraknya.
Semasa dalam perjalanan menuju ke rumahnya itu, di bawah lampu jalan hanya mereka berdua yang ada di situ, Aerin menghentikan langkahnya.
" Wae? " Tanya Jihoon.
" Please Jihoon, jangan bagi aku mix feeling lagi bila dengan kau.. " Kata Aerin lalu Jihoon memandangnya dengan pelik.
" Ermm..Aaa! apa-apa jelah... " Rungutnya lagi dan Jihoon mula faham apa yang Aerin maksudkan.
" Habistu, kau nak aku buat ape? Like this? Kau nak macam ni ke ? " Tanya Jihoon yang tiba-tiba menarik Aerin mendekatinya dan jarak mereka kini sangat dekat.
Bila-bila masa sahaja boleh kiss jika salah seorang membuat tindakan dahulu.
Jantung Aerin dan Jihoon kini berdetak dengan laju apabila saling menatap mata antara satu sama lain. Jihoon mendekatkan mulutnya ke telinga Aerin dan berbisik.
" Aku tahu kau mengharapkan sesuatu. " Bisiknya dan Aerin hanya mampu menelan air liurnya dan badannya menggeletar lagi memburukkan keadaan.
Kemudian, Jihoon menjarakkan jaraknya dengan Aerin jauh sedikit berbanding tadi dan mencium dahinya instead of kat bibir.
" Selagi aku tak diiktiraf sebagai namchin kau, aku respect keputusan kau. I will wait for you as long as you want. " Katanya lagi dan melemparkan senyuman.
Aerin berdiam diri kerana dia tidak sangka Jihoon akan berkata begitu sebab selalunya Jihoon yang akan bertindak agresif terlebih dahulu. Kini, Jihoon yang dikenali dengan sifat red flagnya yang boleh keluar pada bila-bila masa sahaja boleh sahaja berubah apabila bersama dengan Aerin, sifat green flagnya sering ditunjukkan olehnya.
Kemudian, Jihoon menggenggam erat tangan Aerin dan berjalan bersama sehingga sampai ke rumah.
(End of flashback)
Lamunannya dimatikan apabila mendengar Ting! yang muncul dari telefonnya. Aerin mencapai telefonnya itu.
Sungyoung
>Aerin..kau tengah buat ape ??
Oh Young..aku baru lepas mandi ni.
Kenapa?
>Oh takde saja tanya. Sebab Jihoon tak balik lagi ni.
>Takde pun dekat bilik ni.
>Kau last dengan dia kan ?
Haah aku last dengan dia.
>Pelik..takkan tak balik lagi.
Takpe kejap lagi aku call dia.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...