37

30 4 0
                                    

 Keesokan harinya....

" Baiklah, saya akan umumkan pemenang bagi competition pada bulan ini... Tempat ketiga, Bang Sungyoung dari kelas fashion.. Kalau dia kelas sekali, takpe. But, nevermind.. Tempat kedua adalah Lee Sujin. Dan tempat pertama adalah Asahi. " Umum cikgu art mereka.

Para pelajar kelas tersebut memandang antara satu sama lain apabila mendengar nama Sungyoung.

" Wahhh..Sungyoung dapat nombor tiga and paling penting sekali Asahi. " Kata Aerin dengan gembira lalu Yoshi mengangguk.

Namun, kedengaran ada sahaja orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diumumkan.

" Weh..nasib baik Sungyoung tu tak dapat nombor satu, kalau tak malulah kelas kita. " Kata salah seorang budak perempuan yang duduk di meja belakang.

Aerin dan Yoshi memandang mereka dan memandang ke hadapan semula.

" Cikgu dengar dari tadi kamu bergosip..cakap apa kat belakang? " Kata Cikgu yang sedang membuat kerjanya di meja hadapan.

" Takde apa cikgu. " Balas salah seorang budak lelaki.

" Kalau kamu tak nak kelas kamu ni malu..kamu semua kenalah usaha lebih-lebih lagi bila ada pertandingan seperti ini. Jangan cakap buruk pasal orang lain..tengok sendiri, bandingkan hasil para pemenang dengan kamu punya. " Tambah Cikgu itu lagi dan mereka mula rasa takut.

Suasana dalam kelas menjadi sangat senyap kerana mereka dapat merasakan aura kemarahan daripada cikgu itu. Cikgu itu menunjukkan perbandingan antara hasil para pemenang dengan pelajar lain. Mereka yang bergosip tentang Sungyoung tadi mendiamkan diri kerana baru sahaja dimarahi oleh cikgu mereka. Aerin tersenyum puas dan sambung menulis di buku. Dalam diam, Yoshi juga tersenyum puas apabila orang yang mengutuk Sungyoung dimarahi oleh cikgu.


 " Aku dah hantar design aku. Kau dah hantar belum? " Tanya Sungyoung.

" Awal kau hantar.. " Kata Doyoung sambil bermain dengan telefonnya.

" Aku malas dah nak fikir nanti.. " Kata Sungyoung. Sungyoung memandang ke arah Doyoung,

" Eh, diorang takde cakap apa-apa ke dalam group yang aku takde tu? " Tanya Sungyoung.

" Oh, panjang umur. Diorang tengah gosip pasal kau. " Beritahu Doyoung sambil merapat dengan Sungyoung dan menunjukkan telefonnya kepada Sungyoung.

" Emm, cepat je gosipnya... Gosip pasal apa? " Tanya Sungyoung.

" Pasal competition kelas art. Kau sertai ke? " Tanya Doyoung sambil memandang ke arah Sungyoung.

" Haah.. Kenapa? " Tanya Sungyoung.

" Diorang cakap kau dapat no. 3. " Beritahu Doyoung.

" Uishhh.. Kau hantar lukisan apa do? " Tanya Doyoung lagi.

" Kalau aku bagitahu ni, jangan bagitahu orang lain tau.. " Kata Sungyoung.

Doyoung mengangguk-angguk. Sungyoung mendekatkan bibirnya dengan telinga Doyoung.

" Aku hantar lukisan gambar yang kau nampak haritu dalam bilik aku. " Bisik Sungyoung.

" Ohh! " Kata Doyoung.

" Bila aku ingat balik, tu gambar Yoshi kan? Betul tak? " Tanya Doyoung perlahan.

" Ye.. Kau jangan bagitau sapa-apa lak.. " Kata Sungyoung.

" Ohhh.. Kau berani ek hantar macam tu. " Kata Doyoung.

" Itu option terakhir.. And, cikgu pun terima. Aku pun okeylah.. " Beritahu Sungyoung.

Doyoung mengangguk-angguk sebelum dia membetulkan kedudukan di tempat duduknya semula.

" Kau jangan kecik hati pula weh. Aku tahu kau buaya yang berjaya...why not kau pergi cari seseorang.. Aku boleh jadi tukang perati.. " Kata Sungyoung.

Doyoung memandang ke arah Sungyoung.

" Aku kecik hati sikit ahh.. Tapi kan, aku dah lama do tak jadi buaya.. " Kata Doyoung.

" Bagus betul aku dapat kawan macam kau ni.. " Sambung Doyoung.


Keesokan harinya

" Aku nak pinjam Sungyoung kejap. " Pinta Minji setelah melihat Sungyoung yang sudah selesai mengemas barang-barang nya.

" Kau nak jumpa lagi ke dia? " Tanya Sungyoung.

" Haah. " Kata Minji.

" Kau bukan ada kawan lain ke, Minji? " Tanya Yedam.

" Eh, aku bukan rapat sangat dengan dorang. " Beritahu Minji.

Minji terus sahaja menarik tangan Sungyoung keluar dari kelas tersebut.


Sesampainya mereka di bangunan kolam renang tersebut, mereka masuk.

" Minji ah! " Panggil Haruto yang baru sahaja hendak memulakan latihannya.

" Weh, aku duduk eh dekat sana. " Kata Sungyoung sambil menunjuk ke arah tempat duduk penonton.

Minji mengangguk sebelum dia berjalan ke arah Haruto. Sungyoung yang baru sahaja hendak duduk di tempat duduk penonton terberhenti apabila ada orang memanggilnya.

" Sungyoung! "

Lelaki yang membuatnya terjatuh di dalam kolam tersebut memanggilnya. Sungyoung mengeluh sebelum dia berjalan ke arah lelaki tersebut. Di dalam perjalanan, dia tidak perasan akan lantai yang licin dan menyebabkan bontotnya menyentuh lantai. Lelaki tersebut dan rakan-rakannya ketawa kepada Sungyoung.

" Aish, shiballl! " Lepas Sungyoung.

Seseorang membantunya untuk bangun dan orang tersebut adalah Farah.

" Terima kasih. " Ucap Sungyoung setelah dia dapat berdiri dengan stabil.

" Aku nak cakap dengan kau sikit.. " Kata Farah.

Sungyoung menghentikan langkahnya dan memandang ke arah Farah. Lelaki tersebut sedang masih tergelak-gelakkan Sungyoung.

" Apa dia? " Tanya Farah.

" Boleh stop play victim tak? " Tanya Farah.

Sungyoung hanya tersenyum sinis ke arah Farah,

" Aku..play victim? Masa bilanya aku play victim? " Tanya Sungyoung kepada Farah.

" Kau boleh tak jangan rampas hak aku? " Pinta Farah sambil menggenggam erat tangannya.

" Hak kau? Apa yang hak kau? " Tanya Sungyoung.

" Yoshi, Mashiho, Jeongwoo, Haruto, Yedam.. Semua sepatutnya jadi hak aku.. Kenapa kau yang dapat? Waktu dekat sekolah dulu pun macam tu gak. Asal semua kau dapat? Asal semua sukakan kau? Asal Alex pun suka kau? " Kata Farah setelah itu dia menolak Sungyoung sekuat hatinya melepaskan segala yang dia rasa selama ini sehingga Sungyoung jatuh ke dalam kolam renang tersebut.

Sungyoung terkejut beruk tetapi lelaki tadi bersama rakannya hanya melihat dan buat tidak tahu sahaja. Sungyoung ingin menjerit meminta tolong tetapi dia tidak tahu kenapa suaranya tidak terkeluar pada waktu ii getir sebegitu. Dia terkapai-kapai di dalam kolam renang tersebut.

" Matilah kau.. " Kata Farah sebelum dia meninggalkan kawasan kejadian.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now