24

42 3 0
                                    

" Aerin ah, tolong aku. " Kata Jihoon yang membuat panggilan dengan Aerin.

" Siapa ni? " Tanya Aerin.

" Aku Jihoon..tolong weh aku kat sini. " Suara Jihoon yang kedengaran dalam keadaan sakit.

" Macam mana. Haish kau kat mana? " Kata Aerin yang bergegas ke tempat yang Jihoon katakan.


Apabila Aerin sampai di klinik, kelihatan Jihoon sedang berdiri di hadapan pintu klinik.

" Ya!! " Jerit Aerin dari jauh dan Jihoon menoleh lalu senyum kerana tak sangka Aerin terpedaya dengan apa yang Jihoon cakap.

Jihoon mengarahkan Aerin untuk pergi ke arahnya namun Aerin berjalan pergi dari situ.

" Choi Aerin!! Kejap lah.. " Jerit Jihoon yang mengejarnya dan mencapai tangannya.

" Hish kau nak apa lagi??? " Kata Aerin dan menepis tangan Jihoon lalu memandangnya.

" Sorry, tadi kepala aku sakit. Tu aku call kau, sekarang elok dah. " Kata Jihoon.

" Betul, dah okay? " Kata Aerin lalu Jihoon mengangguk.

" Kau dah makan belum? Sekarang rehat kan.. Jom aku belanja kau. " Kata Jihoon lagi lalu memegang erat tangan Aerin.

Aerin tidak bercakap namun melihat saja tangannya yang dipegang kemas oleh Jihoon.


Sesampainya di kantin....

" Jihoon ah, kau nak makan apa? " Tanya Aerin sambil membelek dan melihat makanan-makanan yang ada di atas meja.

" Kau? " Kata Jihoon membuatkan Aerin membulatkan matanya dan memandang ke arah Jihoon.

Aerin mencubit lengan Jihoon.

" Aaa! Sorry. Ayat aku tak habis. Aku nak tanya kau pulak nak makan apa? " Kata Jihoon lalu mengusap lengannya yang sakit.

" Oh lain kali cakap lah terang-terang. Cakap sekerat, sekerat memang kena la dengan aku. " Kata Aerin lalu menunjuk makanan yang dia nak.

" Nak ni..eh. Sekejap tapi ni sedap juga. Waa ni pun macam dah lama tak makan..hm..Macam mana ni? " Kata Aerin yang dalam dilemma sebab semua sedap baginya.

Jihoon malas nak menunggu jawapannya lalu mengambil semua yang Aerin tunjuk. Aerin terkejut lalu mengambil dari tangan Jihoon.

" Eh, aku tak nak semua..satu dahlah. " Kata Aerin.

" Aku tahu kau lapar. Jangan tolak, tak baik tau. " Kata Jihoon.

" Yelah. " Kata Aerin.


Mereka makan di meja kosong yang boleh menempatkan 2 orang.

" Banyaknya..macam mana nak makan ni... " Kata Aerin.

" Pandai-pandai kau lah, aku dah bermurah hati nak bagi. " Kata Jihoon lalu duduk di hadapannya.

Aerin menghiraukannya lalu makan apa yang ada di depannya. Berselera sekali bila Jihoon pandangnya.

" Akpo aa. Ank yu~ " Kata Aerin dengan mulutnya penuh.

Jihoon ketawa lalu menyuruh Aerin menyuruh dia telan perlahan-lahan.

" Thank you aku cakap. " Kata Aerin lalu Jihoon tersenyum kecil.

" Anything for you. " Kata Jihoon lalu Aerin tersedak.

Jihoon panik cepat-cepat memberi Aerin air manakala Aerin memegang dadanya. Aerin minum air dengan perlahan dan dia tidak lagi tersedak.

" Kau ni makanlah slow-slow. Laju-laju nak ke mana haish.... " Kata Jihoon.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now