72

23 3 0
                                    

Setelah mereka keluar jalan-jalan dibawa oleh Jihoon, akhirnya selamat sampai di rumah pada lewat senja.

" Aaaa penat. " Kata Aerin lalu tersandar lemah di sofa.

" Letaklah plastik tu dekat atas meja dulu, kau ni pun.. " Jihoon mengambil plastik yang melingkar di pergelangan tangan Aerin dan diletakkan ke atas meja.

Kemudian, melabuhkan punggungnya di sebelah Aerin, sandar mengiring dan mengambil peluang untuk merehatkan matanya sekejap.

Aerin yang sedar, menoleh ke arah Jihoon yang sedang menutup mata itu. Dia menyentuh mata kanan Jihoon dan membukanya menggunakan ibu jarinya.

Jantung Jihoon berdebar apabila jari Aerin yang sejuk itu menyentuh matanya. Segera dibuka kedua-dua kelopak mata.

" Janganlah tidur, pergilah mandi du-" Kata-katanya terhenti.

Jihoon meletakkan tangannya di pipi Aerin dan melihatnya dengan pandangan hangat. Jantung Aerin juga berdebar apabila rasa hangat di pipi membuatkan fikirannya tidak keruan.

" Ye, aku pergi mandi. " Kata Jihoon lalu bangun dari sofa dan masuk ke biliknya.

Meninggalkan Aerin berseorangan di bawah yang masih kaku. Dia memegang pipinya sambil tersenyum malu.

" Mwoyaa eeee... " Aerin menjerit seorang diri di bawah dengan suara perlahan sambil menutup mukanya.

Dia sedar yang kehadiran Jihoon masih wujud dalam rumahnya membuatkan dia menahan diri seperti itu.

Tengah malam~

" Huarghhh..aku dah mengantuk. " Aerin menguap sambil menutup mulutnya.

Bukan apa, jam sudah menunjukkan 2 pagi. Dia terpaksa menahan mata, menemani manusia yang ada di sampingnya yang masih segar untuk menonton filem pada masa begini.

" Kejap lah, nak habis dah ni. Sikit lagi lah kot. " Kata Jihoon lalu meletakkan kepala Aerin di bahunya.

" Eyyy, dahlah aku dah tak tahan sangat ni. Look at me..air mata aku dah keluar dah.." Kata Aerin

Jihoon hanya mengangguk. Kemudian dia berdiri dan menari lagu Blackpink - How you like that. Random betul manusia ni, hmmm-

" Ooo..look at you, now look at me..uh! Look at you, now look at me..uh! Look at you, now look at me. How you like that-" Tariannya dihentikan apabila Aerin menekan butang off pada remote.

Kini, di skrin televisyen hanya ada pantulan mereka berdua sahaja.

" Ya! Sikit lagi nak habis cerita tu. Choi Aerin ! " Jihoon bertegas membuatkan Aerin rasa takut sedikit.

" Mwo?..Kau boleh je menari random tiba-tiba. Dahlah malas nak layan kau. "

" Aerin..okay okay. Jangan macam ni. Esok aku dah balik, nanti susah nak spend time berdua macam ni. Teman aku dulu, okay? "

Jihoon cuba memujuknya, tapi Aerin hanya mampu mengeluh kerana di fikirannya hanya ada katil dan mahu tidur dengan cepat.

Beberapa minit kemudian,

Mereka berdua masih ada di ruang tamu, Jihoon..macam biasa lah masih aktif mendengar lagu sambil berkaraoke dengan telefonnya tengah pagi macam ni.

Namun, tidak bagi Aerin. Dia sudah terlelap di sofa beberapa minit selepas Jihoon mula karaoke. Jihoon masih lagi tidak perasan tentang itu.

Kemudian, barulah dia perasan yang Aerin sudah tertidur lena dalam posisi yang tidak selesa.

" Aerin..bangun. Sakit kepala kau kalau tidur macam ni. " Kata Jihoon dan Aerin masih tidak bergerak.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now