75

26 4 0
                                    

Keesokan paginya~

" Hahhh... Mengantuknya.. " Rungut Sungyoung sambil menggaru-garu kepalanya menahan kantuk yang mendatang.

" Apa jadi eh semalam? Oh, semalam aku gi majlis pengebumian Shiro. Hmmm... " Kata Sungyoung mengingati kejadian yang terjadi kelmarin.

" Sakitnya kepala aku... " Rungut Sungyoung sambil turun dari katilnya dan menuju ke arah dapur.

Sungyoung duduk di kerusi sambil mengurut kepalanya yang terasa berat.

" Ha! Bangun pun kau! " Tegur Yedam yang datang dari tandas mungkin?

Sungyoung tiada mood untuk melayan abangnya ketika itu.

" Nah, minum ni untuk hilangkan rasa mabuk kau tu.. Kau tidur semalam, tak sedar apa... Yoshi bawa kau balik pun, kau tak sedar.. " Kata Yedam sambil menghulurkan segelas air.

" Maseh, oppa. Yoshi cerita semua ke? " Tanya Sungyoung sambil menghulurkan gelas tersebut kepada Yedam.

" Haah, dia cita semua. Tu, sekarang ni..kau duk berkawan lagi ke dengan si Bella tu? " Tanya Yedam dan Sungyoung memandang ke arah Yedam.

" Ni sah Sam bagitahu... Bella dah meninggal. Meninggal sebab terlebih dos dadah. Part tu, Sam tak cerita pula. " Kata Sungyoung.

" Dadah?! Kau ambik dadah ke Young?! " Tanya Yedam dengan nada yang terkejut.

" Oppa, relax! Walaupun aku join something like that.. Aku tak pernah dekati dadah. Paling habis, teruk pun arak je. Tu je. Sumpah! " Cerita Sungyoung.

" Tapi, sekarang aku dah stop dah semua benda tu...sebab zaman-zaman tu otak aku gila. Mak dengan ayah tahu pasal tu.. Aku kena halau jugalah dari rumah and stay dekat tempat tu. Aku tahu benda tu salah. Tapi, entahlah. " Sungyoung bercerita sambil memejamkan matanya apabila kepalanya terasa berat sekali lagi.

" Aku pergi semalam sebab bekas ketua aku dulu nak jumpa aku and ajak aku masuk balik, tapi aku tolak...lepas tu dia bagi syarat untuk celebrate sempena aku keluar dari group dia officially. Tu yang aku mabuk semalam tu.. Yoshi semalam pun diam je.. " Kata Sungyoung.

" Mak ayah dah tahu? " Tanya Yedam, tidak percaya.

" Yeee...disebabkan tu jugalah, bila aku dekat sana.. aku muhasabah diri and tiba-tiba something jadi, buatkan aku keluar group and berhenti buat semua benda tu. Aku balik, balik kena sebat jugalah dengan ayah. Lepas tu, ayah dah okay dengan aku cuma cara dia layan aku sekarang ni bukan macam dia layan aku waktu aku kecik dulu. Mak pun samalah. " Beritahu Sungyoung.

" By the way, tadi kau sebut pasal Yoshi, aku baru teringat. " Kata Yedam.

" Yedam, aku balik dulu. " Tegur Yoshi sambil menutup pintu bilik tamu. Sungyoung dan Yedam memandang ke arah Yoshi.

" Yoshi ya~ Sarapan sama-sama ah dulu. Nanti kau baliklah. " Kata Yedam sambil bersedia untuk memasak.

" Takpelah weh, aku kena balik dah ni. " Kata Yoshi, menolak pelawaan Yedam.

" Sarapanlah sama-sama dulu. " Ajak Yedam lagi.

" Okay.. " Kata Yoshi sambil duduk di sebelah Sungyoung.

" Kau pergi mandi, bagi segar badan dulu. Pastu tolong aku masak. " Arah Yedam. Sungyoung mengeluh.

" Yelah, yelah. " Kata Sungyoung sambil bangun dari duduknya dan menuju ke biliknya.

Beberapa hari kemudian,

Setelah kejadian di mana Aerin dilarang berjumpa dengan sebarang lelaki oleh abahnya, dia hanya duduk di rumah. Tambahan pula, abahnya itu sekarang dapat cuti, jadi masanya hanya berehat di rumah. Jadi, nak tak nak kenalah duduk rumah je dan keluar bila perlu.

Jujur dalam hatinya dia rasa bersalah dengan Jihoon kerana ada masa Jihoon mengajaknya keluar, tapi dia sering membalas bahawa masa tidak mengizinkan dan dia sangat sibuk. Bermacam-macam alasan diberikan, Jihoon faham namun rasa kecewa juga timbul kerana tidak dapat jumpa dengan kesayangannya.

Walaubagaimanapun, bila ada peluang Aerin akan cuba tanya khabar Jihoon. Takut kalau kekasihnya ini merajuk atau marah kepadanya. Jadi, kini mereka membuat panggilan.

" Aerin, kau sibuk ke? " Tanya Jihoon.

" Erm sekarang tak. Tapi kejap lagi aku ada benda kena buat. "

" Oh..kau sihat? Dah makan? Kenapa dengan suara kau, macam penat je? "

Jihoon rasa risau sedikit.

" Dah lama dah. Ye aku sihat. Kau? "

" Lagipun aku baru buat kerja rumah. Mestilah penat. Kau jangan risau eh. Aku ok. " Kata Aerin untuk menenangkan diri Jihoon.

" Aku sihat je. Tapi fikiran dengan hati aku tak sihat. "

" Dah kenapa pula.." Tanya Aerin.

" Fikirkan kau je. Rindu~ "

Mula lah mengada dia tu.

" Ceh..aku bukannya pindah ke negara lain. Ade je lagi sihat dekat Seoul ni. " Kata Aerin.

Jihoon hanya ketawa kecil.

" Tahu la. Aku boleh je singgah rumah kau lagi. Jumpa kau. Tapi tulah..jauh kan tempat tinggal. " Kata Jihoon.

" Dah tahu rumah tu dekat Busan tapi sebelum ni degil, pergi ikut cakap oppa teman aku sampai sini. Kau tak kesian ke dengan diri kau? " Tanya Aerin.

" If something bad happen to you, lagi aku risau. Kau dahlah sorang. Lagipun, kena lah ikut hyung cakap. Barulah ada ciri-ciri ideal untuk pikat kau. "

" Macam-macam lah kau ni..Jihoon ah, aku nak kena off call. Nanti ada masa, aku telefon kau lagi, okay? "

" Sunshine..kejap. "

Ah! Panggilan ini lagi. Tidak lekang daripada mulut Jihoon memanggil Aerin dengan berbagai-bagai nickname yang sentiasa bertukar. Membuatkannya sentiasa rasa fluttering dengan tindakannya itu dan lama-lama sudah terbiasa.

Perasaan sebak, rindu menjadi kuat namun apakan daya, mampu ditahan sahaja.

" Ape dia. "

" Saranghae..bye. " Kata Jihoon lalu Aerin hanya tersenyum di panggilan.

" Yeee bye. "

" Eh balaslah balik. "

Jihoon ingin mendengar Aerin menyebut perkataan itu.

" Ye nado...."

" Saranghae. Bye! "

Aerin meletakkan panggilan dengan cepat kerana dia rasa malu, buat pertama kali dia meluahkan perasaan kepada Jihoon..Dia berusaha menahan diri daripada menjerit kerana dia sedar abahnya yang sudah balik. Jadi, Aerin meletakkan telefonnya dan turun ke bawah.

Pada masa yang sama, Jihoon yang masih terkaku, tidak sedar telefonnya masih ada di telinga. Tidak disangka Aerin yang anti-romantic itu boleh luahkan perkataan itu kepadanya. Mungkin, hati kecil perempuan itu sudah terbuka untuknya? Kemudian, lamunannya dimatikan dan tersengih seorang diri seperti kerang busuk.

Di sisi lain,

Setelah rahsia Suha dibongkarkan oleh seseorang, Jaehyuk tidak lagi mendengar apa-apa berita atau khabar tentangnya. Mungkin, keluarga Suha rasa malu terhadap perbuatan anaknya dan keluarga Jaehyuk juga yang mengetahui berita viral itu tidak lagi memaksa anaknya ini bercinta dengan Suha.

Ada satu saat itu, Jaehyuk bertemu dengan Suha untuk menyampaikan segala kata-kata yang terbuku dalam hati. Dia melepaskan Suha yang kelihatan kecewa dan menangis teresak-esak setelah perbuatannya terbongkar dengan sekelip mata. Kini, hubungan mereka berdua kembali seperti sebelum mereka bertemu dan Jaehyuk tidak rasa terseksa lagi.

Akan tetapi, perasaan lain muncul yang mana dia rasa rindu terhadap childhood friendnya itu. Dia juga masih belum berbaik dengan Aerin, jadi dia berfikir jika berkesempatan, dia ingin bertemu dengan kawan baiknya itu dan tebus segala kesilapannya. Meskipun, silapnya besar kerana meninggikan ego dan dalam masa yang sama dia juga terperangkap dalam isu keluarga, namun di sudut hatinya dia memang berniat, mahu meminta maaf kepada Aerin sebelum apa-apa bakal terjadi.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now