" Jihoon ah, kau ada nampak diorang dua ni tak? " Tanya Jaehyuk lalu menunjuk ke arah katil Aerin dan Sungyoung.
" Takde..kenapa? " Jawab Jihoon lalu memandang Jaehyuk.
" Yelah, dah pukul berapa ni. Risau pula. " Kata Jaehyuk dengan nada risau.
" Kejap, aku telefon diorang. " Kata Jihoon lalu menelefon Aerin.
Kring kring kring
Bunyi telefon Aerin berbunyi. Jihoon dan Jaehyuk mendengar bunyi telefon berdering.
" Yaa..telefon Aerin ada dekat sini. " Kata Jaehyuk lalu pergi ke arah meja Aerin dan mencapai telefonnya.
" Haishh mana dia ni..buat hal betul lah.. " Kata Jihoon.
" Cuba telefon Sungyoung pula. " Kata Jaehyuk lalu Jihoon mengangguk dan segera menelefon Sungyoung pula.
Mereka berdua pandang ke arah meja Sungyoung kerana bunyi datang dari mejanya. Jihoon mendekati meja Sungyoung dan mencapai telefonnya.
" Ni telefon dia..eii korang berdua pergi mana haaa??? " Kata Jihoon.
" Aku nak pergi cari diorang. " Kata Jihoon lalu ingin keluar tapi dihalang oleh Jaehyuk.
" Jangan..sekarang dah lewat malam. Pukul 11:30 dah pun. Nanti tak pasal-pasal kena tahan dengan warden. " Kata Jaehyuk akan tetapi Jihoon membuat muka risau.
" Aku tahu kau risau..tapi aku rasa diorang kat dalam kawasan sekolah ni je..esok pagi kita cari diorang. " Kata Jaehyuk dan Jihoon tidak cakap apa-apa dan kembali ke tempatnya.
Keesokan paginya~
Aerin sedar daripada tidurnya. Dia memandang sekelilingnya.
" Dah pagi. " Kata Aerin sambil menolak selimut dari tubuhnya.
Dia memandang ke arah Sungyoung yang masih nyenyak tidur.
" Young ahh~ " Gerak Aerin.
Sungyoung perlahan-lahan membuka matanya. Matanya meliar sekitarnya sebelum dia menggeliat dan menguap.
" Dah pagi.. " Kata Sungyoung dengan suara seraknya. Biasalah... orang bangun baru dari tidur.
" Sedapnya aku tidur semalam... Sumpah do aku mimpi best. " Beritahu Sungyoung.
" Jomlah balik bilik weh. " Ajak Aerin.
" Kejap, lipat toto dulu. " Kata Sungyoung sambil melipat toto dan menyimpannya di rak.
Lukisan yang berada di situ, diambil dan mereka turun ke tingkat bawah sekali dan keluar dari bangunan tersebut.
Pintu bilik dibuka menandakan ada yang masuk ke dalam bilik. Jihoon dan Jaehyuk memandang ke arah pintu bilik.
" Ninie...Young, korang pergi mana semalam.." Jaehyuk berbicara
" Korang pergi mana haaaa? " Kata Jihoon lalu menuju ke arah Aerin dan Sungyoung.
" Tepi, tepi.. " Kata Sungyoung lalu masuk ke dalam bilik dan dia meletakkan lukisannya dan lukisan Aerin di atas mejanya.
Kemudian, dia menghempaskan dirinya di atas katil.
" Kitorang pergi lepak dekat bangunan- " Kata-kata Aerin dipotong Sungyoung.
" Kitorang pegi bilik seni. Kalut je nak tahu.. " Beritahu Sungyoung sambil bangun dari baringnya dan dia membelek lukisannya semalam.
Dia melekatkan lukisannya di papan kenyataan di tepi mejanya. Dia bangun dan memberikan lukisan kepada Aerin. Aerin mengambilnya dan menyimpannya.
" Memanglah kitorang kena tahu.. Korang tu perempuan, bahaya keluar malam-malam macam tu. Nak-nak lagi pula, korang tidur sana. Buatnya ada apa-apa jadi ke? " Bebel Jihoon.
" Ye, betul tu. Lain kali, kalau korang keluar.. Korang kena bagitahu kitorang, so that if apa-apa jadi, kitorang tahu korang dekat mana. Ni satu lagi, kalau tak silap aku.. Bilik seni, bangunan apa-apa ke.. Bukan malam-malam buta dah tutup ke? " Kata Jaehyuk.
" Aku minta izin dekat cikgu seni. Aku kelas fashion, tapi aku masuk competition yang kelas art adakan. So, dia bagi permission dekat aku untuk guna bilik seni. " Beritahu Sungyoung.
" Bercakap dengan kau ni, ada je kan jawapannya.. " Kata Jihoon sambil memandang ke arah Sungyoung yang sedang mengeluarkan alatan mandinya.
Sungyoung menjelirkan lidahnya ke arah Jihoon. Jihoon membulatkan matanya ke arah Sungyoung.
" Aku mandi dulu, Aerin. " Kata Sungyoung sebelum dia keluar dari bilik itu.
" Okayy.. " Jawab Aerin lalu duduk di atas katilnya dan sambung melihat telefon.
" Aku nak cakap dengan kau sikit. " Kata Jihoon lalu memegang tangan Aerin.
Aerin segera menepis tangannya itu.
" Jae ada, kau dah kenapa? " Kata Aerin
Jihoon menariknya keluar dari bilik dan pergi ke tempat yang sesuai.
" Okay sekarang kita dah jauh daripada Jaehyuk. Now tell me, kenapa tak bagitahu aku dulu sebelum keluar semalam? " Kata Jihoon lalu Aerin mendiamkan diri.
" Kan tadi Young dah cakap. Ish kau ni, aku tak faham lah. Kenapa kau gelabah macam ni.." Tanya Aerin.
" (sigh) Aerin..aku risaukan kau.. " Kata Jihoon lalu mendekati Aerin.
" Eh..haa stop, start dah kau punya perangai..aku dah cakap kawal emosi kau kan.. " Kata Aerin lalu Jihoon berhenti.
" Mi-mian. " Kata Jihoon lalu dia menjauhi Aerin sedikit.
" Haih, I'm okay. Sorry juga kitaorang tak bawa telefon..rancang last minute. " Kata Aerin lalu memandang bawah.
Jihoon mengangkat dagu Aerin membuatkan Aerin memandangnya
" Yaa..kau tak perlu minta maaf..aku faham. " Kata Jihoon lalu tersenyum
Kemudian mengusutkan rambut Aerin.
" Ish takyahlah habis rambut aku. " Kata Aerin dan Jihoon hanya tersenyum kecil.
Mereka berdua tidak tahu bahawa mereka telah diperhatikan oleh seseorang.
Seatmate Yedam, Minji datang ke meja Sungyoung setelah kelas mereka sudah tamat. Yedam memandang ke arah Minji dan Sungyoung, begitu juga Doyoung yang sudah selesai mengemas barangnya.
" Ish, aku tahulah kau nak balik dengan girlfriend kau ni.. Tapi, aku nak pinjam dia sekejap. Temankan aku.. " Kata Minji.
" Sejak bila aku girlfriend dia? " Tanya Sungyoung sambil memandang ke arah Doyoung yang terkejut dengan Minji seketika sebelum dia memandang ke arah Minji.
" Eh, ramai yang cakap kau dengan Doyoung bercinta tau.. " Kata Minji.
Yedam berjalan ke arah mereka bertiga.
" Seriouslah, Young? " Tanya Yedam.
" Kau baru tahu ke? " Tanya Minji kepada Yedam.
Yedam mengangguk-angguk. Di dalam masa yang sama, Doyoung berbisik sesuatu di telinga Sungyoung dan Sungyoung tersenyum sambil mengangguk-angguk.
" Betul ke, apa yang diorang cakapkan? " Tanya Minji.
" Haah, betul... " Kata Sungyoung.
Yedam dan Minji kelihatan agak terkejut walaupun bagi Minji memang dia sudah mengagak dari awal yang Sungyoung dan Doyoung seperti ada sesuatu.
" By the way, kau nak aku temankan kau pegi mana? " Tanya Sungyoung.
Minji terus sahaja menarik tangan Sungyoung keluar daripada kelas tersebut. Yedam memandang ke arah Doyoung dengan pandangan ingin meminta penjelasan. Doyoung yang perasan akan pandangan tersebut tersengih.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...