Kemudian mereka dikumpulkan dan dibahagikan ke tempat duduk masing-masing mengikut nama yang telah ditetapkan. Pada masa itu juga, ibu bapa, keluarga yang terlibat turut hadir menyaksikan majlis graduasi pada tahun terakhir bagi anak mereka yang bersekolah di sini.
Aerin segera duduk di tempatnya sebaik sahaja dia tahu namanya dipanggil dan tempatnya di mana. Aerin mencari Sungyoung dan mendapatinya yang berada jauh sedikit daripada tempat duduknya.
Sungyoung perasan kehadiran Aerin segera melemparkan senyuman dan Aerin membalasnya semula. Dia rasa kecewa sedikit sebab tiada Sungyoung di sampingnya.
Kemudian, sebaik sahaja dia pandang ke hadapan semula, dia tidak perasan yang pipinya dicucuk oleh seseorang. Orang itu hanya tersenyum apabila melihat reaksi terkejut Aerin dan duduk di sebelahnya.
" Kau duduk sini ke? " Tanya Aerin lalu dia mengangguk.
" Kenapa, tak percaya? Kau ingat tak kejadian kunci bilik tu? Sama macam harini..dah ditakdirkan aku duduk sebelah kau. " Kata Jihoon lalu Aerin menjauhkan dirinya sedikit.
" Ye ye je kau. " Kata Aerin lalu Jihoon menarik tangannya untuk Aerin tidak jauh daripadanya.
Hatinya berdebar-debar kencang setelah Jihoon bertindak sebegitu.
" Duduk elok-elok. Aku tahu kau terpikat dengan kehenseman aku ni. Tapi kawal la..ramai orang ni.. " Kata Jihoon lalu Aerin menggelengkan kepalanya dan menoleh ke arah lain.
Tak lama kemudian, kerusi di sebelah kanan Aerin diisi oleh seseorang.
" Eh Aerin!!! " Jerit Junkyu dan Aerin gembira apabila melihat rakan baiknya duduk di sebelahnya.
Junkyu menutup mulutnya kerana dia baru ingat yang dalam dewan tu ada ramai orang. Aerin hanya ketawa melihat Junkyu sebegitu sedangkan Jihoon hanya mendiamkan diri melihat mereka berdua yang sedang seronok. Dalam diam, dia terasa sesuatu seperti perasaan cemburu apabila melihat adegan itu.
Kemudian, sebelah kanan Junkyu diisi dengan Jaehyuk yang ditempatkan di situ. Aerin melihat ke arah Jaehyuk yang hanya berdiam diri dan kembali fokus sebelum majlis bermula.
30 minit kemudian~
" Lambat lagi ke ni..aku dah mengantuk..my precious sleep time hilang begitu sahaja.. " Junkyu bersuara perlahan dan Aerin memandangnya.
" Sabarlah..kejap lagi nama kita kena panggil.. Lepas tu, kau tidur lah eh.. " Kata Aerin lalu Jihoon menyuruh Junkyu senyap.
Junkyu hanya menjeling Jihoon dan bersandar lemah di kerusi. Aerin tertawa kecil melihat reaksi Junkyu itu.
Sungyoung sudah mengambil sijilnya dan duduk di tempatnya semula. Kini, Aerin bersama Triple J, Jihoon, Junkyu dan Jaehyuk beratur di luar, menunggu nama dipanggil dan berada di atas pentas untuk mengambil sijil.
Setelah sorang-sorang nama telah dipanggil, Jihoon telah mengambil sijilnya dan kembali duduk di tempatnya. Kini, Aerin naik ke atas pentas dan mengambil sijil tamat sekolah setelah namanya dipanggil. Hyunsuk yang berada di bawah pentas mengambil gambar adiknya itu dengan pantas dan tersenyum.
Kemudian, Aerin kembali turun dari atas pentas dan menunggu Junkyu di luar dewan.
Namun, bukannya Junkyu yang keluar dari dewan setelah mengambil sijil, Jaehyuk pula yang memunculkan diri. Aerin yang masih hairan segera Jaehyuk mendekatinya.
" Ninie..jom. " Jaehyuk yang bersuara membuatkan Aerin rasa sebak di hati kerana tidak lama bertegur mahupun mendengar suara childhood friendnya itu.
Jaehyuk memegang tangan Aerin dan menariknya masuk ke dalam dewan semula membuatkan Aerin terkaku. Dia tak mampu berbuat apa-apa dan berusaha mengawal jantungnya yang laju itu.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfic|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...