Malam Itu....
Sungyoung sedang menyiapkan kerjanya di laptop. Terdengar bunyi ketikan mouse setiap minit.
" Kau buat kerja apa do? " Tanya Jaehyuk memecahkan kesunyian di dalam bilik tersebut.
" Adalah.. By the way, kita graduate bila? " Tanya Sungyoung.
" Bulan depan.. Kenapa? " Tanya Jaehyuk.
" Aku nak kena get ready..nanti aku tak tahu nak pakai baju apa.. " Seloroh Sungyoung.
" Nak pakai baju apa pun, nak kena fikir sebulan sebelum ehh.. " Kata Jihoon.
" Haah..sebab aku ada banyak pilihan baju mau pakai.. So, sangat sulit untukku buat keputusan.. " Kata Sungyoung.
Jihoon dan Jaehyuk memandang antara satu sama lain sebelum mereka melakukan hal masing-masing.
Keesokan harinya~
" Finally, siap!!! " Sorak Sungyoung sambil menutup laptopnya dan mencabut pendrive dari laptop.
Dia membelek telefonnya dan dia mendapat banyak mesej daripada unknown number.
" Hmm.. Ni mesti tentang hal tu.. Takpe, pasal tu aku dapat settle.. Yang penting sekarang ni kena settle hal Aerin dulu.. Barulah aku selesaikan hal aku.. "
" Aku tak boleh seronok sangat bila video bukti ni dah siap.. Aku kena berhati-hati.. " Kata Sungyoung sebelum dia mematikan telefonnya dan terus sahaja tidur untuk restore tenaganya kembali.
Keesokan harinya...
Setelah selesainya kem itu, semua murid menunggu hari graduasi sekolah mereka pula, serta keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
" Young!! Good morning to you!! " Jerit Doyoung dan duduk di sebelahnya. Sungyoung hanya mendiamkan diri kerana dia sedang mengelamun.
" Oiii.. " Panggil Doyoung dan mencubit pipinya. Sungyoung mematikan lamunannya.
" Argh- eh bila kau sampai? " Tanya Sungyoung yang memegang pipinya lalu memandang Doyoung.
" Ha, tulah mengelamun lagi. Penat aku jerit good morning! kat kau tau.. " Kata Doyoung lalu Sungyoung ketawa kecil.
" La..yeke. Maaf bestie..Saya tak dengar hehe.. " Kata Sungyoung lalu melemparkan senyuman ke Doyoung. Doyoung hanya mengetap bibirnya.
" Kau sedih-sedih ni mesti ada masalah punya. Now, cepat tell me.. " Katanya lalu duduk di hadapan Sungyoung.
" Takde apa..cuma, Aerin tak datang sekolah hari ni..cikgu bagitahu, dia akan berehat dalam beberapa hari..atau tak pasti lagi berapa lama. Sebab trauma dia tak hilang lagi. Tu sebab la aku sedih..kawan aku takde.. " Sungyoung bercerita panjang lebar dan mukanya suram.
Doyoung hanya mengangguk faham.
" Hmm..takpe Young. Kita kena faham apa yang Aerin nak. Nanti kita..ha mungkin lawat dia ke? We can try.. " Doyoung cuba memberi semangat kepadanya. Sungyoung hanya mampu mengeluh.
" Tengoklah macam mana. Tapi okay juga idea kau. " Kata Sungyoung lalu Doyoung tersenyum.
" By the way, kita tak ada kelas kan? " Kata Sungyoung.
" Takde..cuma cikgu ada la nak bagitahu something kat kita pagi ni..aku pun tak tahu apa. " Kata Doyoung lalu Sungyoung mengangguk.
Pagi berlalu, tengahari pun tiba...
" Aerin adikku..makan jom meh jom. " Kata Hyunsuk lalu mengejutkan adiknya daripada tidur.
Aerin bangun dari katil dengan bantuan Hyunsuk yang perlahan-lahan menarik tangannya.
Di meja makan~
" Thank you for the food!! " Kata mereka berdua bersama mamanya.
" Makan banyak-banyak. " Hyunsuk meletakkan beberapa side dish di pinggan adiknya.
Aerin yang sedang mengunyah makanan melihat tindak-tanduk abangnya itu. Mamanya tersenyum melihat mereka berdua dalam keadaan baik sebegitu.
Sementara itu,
" Yoshi ya!! " Jerit Jihoon yang menuju ke arahnya. Yoshi memandangnya.
" Eoo Jihoon ah..kenapa? " Tanya Yoshi yang sedang sibuk melukis sesuatu di buku lakarannya. Jihoon duduk di sebelahnya.
" Kau buat apa tu? " Tanya Jihoon lalu melihat lakaran tersebut. Dia berasa familiar dengan lukisan itu. Yoshi cepat ii menutup bukunya itu.
" Takde apa. " Jawab Yoshi dan Jihoon tersengih..
" Kau ingat aku tak nampak? Tak sangka kau minat roommate aku.. " Jihoon jawab seloroh sambil mengangkat sebelah keningnya.
Yoshi tidak mampu berkata apa-apa. Jihoon ketawa kerana dia membuatkan rakannya ini sampai speechless.
" Mana ada lah. K-kau salah nampak ni. " Kata Yoshi lalu Jihoon bersuara.
" Habistu apa tu? Gambar Sungyoung, roommate aku, kau lukis.. " Kata Jihoon dan Yoshi menelan air liurnya.
" Please Jihoon, jangan bagitahu dia. Habislah aku..nanti dia ingat aku stalker ke apa. Aku just.. "
" Takpe bro aku faham. Aku tahu kau malu. Takpe teruskan melukis dan aku akan rahsiakan benda ni.. " Kata Jihoon lalu menoleh muka ke arah lain dan melunjurkan kakinya yang lenguh itu. Yoshi hanya mampu ketawa janggal.
" Kau datang sini kenapa? Aerin mana? " Tanya Yoshi dan Jihoon mendiamkan diri.
" Aerin takde. Dia ada dekat rumah tu..mungkin dia tak datang sekolah dah. Pasal trauma dia tulah. " Kata Jihoon dengan nada suara yang sedih.
" Oh. Eii kau ni..lain macam sedih.. " Kata Yoshi.
" Sedihlah aku dah takde kawan. Cuba kalau kau..heh.. " Kata Jihoon.
" Tak tak tak..ni bukan sedih sebab kawan ni. Aku nampak benda lain..kau sayang Aerin kan? " Tanya Yoshi lalu Jihoon memandangnya.
" Sayang sebagai kawan. Dia jelah yang ada waktu aku sedih, waktu aku susah..memang dia je selalu muncul. Sekarang dia takde, aku rasa kosong. " Kata Jihoon dan Yoshi ketawa.
" Rakanku Park Jihoon, tu bukan sayang sebagai kawan..kau rasa kosong tu maksudnya kau sayang dia lebih daripada seorang kawan. Aku nampak lah macam mana kau layan dia. Mata kau..perhatian kau, aku nampak.. " Kata Yoshi dan Jihoon tersentak.
" Tapi..sejujurnya la kan..aku pun tak faham perasaan aku ni. Kejap-kejap aku ambil berat dekat dia. Kejap-kejap bila aku dengan dia, aku teringat Jena.. " Kata Jihoon lalu Yoshi berfikir.
" Aku ingat kau dah move on Jihoon.. " Kata Yoshi.
" Aku pun tak tahu diri aku ni. Aku dah cuba, tapi tak boleh. " Kata Jihoon lalu Yoshi memegang bahunya.
" It's okay. Banyak lagi masa, kau cuba sehabis baik untuk lupakan bekas kekasih kau tu. Bagi aku lah, mulakan hidup baru, buka buku baru dan tentukan kehidupan kau. Lupakan semua keperitan yang dah kau lalui sebelum ni. "
" And kalau kau rasa, Aerin adalah sumber kekuatan, kegembiraan kau...teruskan. Aku tak halang. Asalkan kau jangan salah langkah. " Kata Yoshi lagi dan Jihoon memandangnya.
" Yoshiyaaa... "
" Kau lah sahabat terbaik aku!! " Jihoon segera memeluk Yoshi.
Pelukan Jihoon yang kuat membuatkan Yoshi sukar untuk bernafas. Yoshi memaksa Jihoon untuk meleraikan pelukan dan Jihoon ketawa sakan.
![](https://img.wattpad.com/cover/320527897-288-k634745.jpg)
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfic|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...