67

30 2 0
                                    

Sementara itu di rumah Aerin~

Aerin bangkit dari katilnya dan melihat ke arah sekelilingnya.

" Huarghhh. " Dia menguap dan baru teringat akan Jihoon yang ada di dalam rumahnya.

Jadi, dia pergi ke tandas, membersihkan diri lalu mengikat rambutnya yang serabai.

Kemudian, menuju ke bilik tamu di mana Jihoon ditempatkan dalam tu. Dia memusing tombol pintu dan mengintai ke dalam bilik tersebut. Dia terlihat sosok badan yang masih terbaring di atas katil. Jadi, dia berniat untuk tidak mengganggu Jihoon buat masa ini dan turun menyiapkan sarapan.

Beberapa minit kemudian, sarapan telah siap dan bercadang untuk makan dengan Jihoon sekali. Jadi dia menunggu sambil melihat rancangan menarik yang disiarkan di televisyen.

Tunggu punya tunggu punya tunggu..Jihoon tidak muncul-muncul sehinggakan sudah jam 12 lebih dan Aerin baru bangun akibat bosan menunggu tadi.

" Dah pukul 12 takkan tak bangun lagi? Hmmm, baik aku makan je tadi. " Omelnya sendiri di hadapan meja makan dan tiba-tiba bahunya terasa berat. Aerin tersentak dan berdiri kaku.

Dia memusingkan badannya dan melihat Jihoon yang lemah berdiri sehinggakan hampir terjatuh. Aerin yang panik sempat menahan badannya daripada jatuh dan cepat-cepat membawanya ke sofa.

" Kenapa...aaaa panasnyaa. Kau demam ni. Duduk sini kejap. " Kata Aerin sebaik sahaja Jihoon mencapai tangan Aerin dan letakkan ke dahinya.

Jihoon tersandar lemah semasa Aerin sedang berulang-alik mengambil ubat, air dalam besen beserta tuala bersih.

Selepas itu, Aerin membasahkan sedikit tuala dan mula mengelap muka, tangan, leher dan bahagian yang boleh mensurutkan suhu badannya yang panas itu. Jihoon menahan rasa sejuk + sakit bila terkena tuala yang basah itu.

" Tahan, aku tahu sejuk, badan kau sakit..sikit je lagi..lepas ni makan ubat lepas tu tidur balik okay? " Aerin sambung mengelap dan Jihoon hanya menatap mukanya sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Kemudian, dia mengambil makanan yang dimasak tadi setelah dipanaskan sekejap dan menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Jihoon.

Setelah selesai menjamah makanan sedikit, Aerin menyuruh Jihoon menelan ubat demam pula.

" Kalau makan nanti boleh tak ? Ramen tadi buat aku kenyang. " Kata Jihoon dengan lemah.

" (Menggeleng) tak boleh.. Kena sekarang juga, nanti demam makin teruk kau juga susah. Makan cepat, lepas ni kau tidur. " Kata Aerin lalu Jihoon tersenyum lemah.

" Nasib baik aku demam, kalau tak lama dah aku kiss kau kat sini juga. " Katanya dan Aerin bersuara.

" Sakit macam ni pun boleh gatal lagi eh. Cepatlah makan, nah.." Aerin menghulurkan pil dan Jihoon mengambilnya.

" Yelah. " Jihoon akhirnya mengalah dan menelan ubat yang pahit itu bersama seteguk air suam.

Kemudian, dia baring di sofa itu dengan bantuan Aerin.

" Thank you.." Jihoon tersenyum sehingga menampakkan eye smilenya itu dan Aerin membalasnya. Dia mula mengemas apa patut, meninggalkan Jihoon terbaring di sofa sambil cuba untuk lelap sebentar dengan menonton rancangan yang ada di kaca televisyen.

Sementara itu,

Sungyoung bersiap-siap dengan cepat. Dia menyarungkan sebuah topi di kepalanya dan sehelai hoodie di tubuhnya. Kemudian, dia memandang jam di dinding. Dia mengambil barang yang hendak dibawanya.

Ting!!

Satu notifikasi masuk ke dalam telefonnya. Sungyoung menghidupkan telefonnya.

Sam

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now