(Flashback)
" Berikan tepukan yang gemuruh buat pelajar terakhir yang mana dia sahaja yang mendapat straight A iaitu 10A untuk sekolah kita ini. Dipersilakan dan tahniah diucapkan kepada...."
Sungyoung memegang tangan Aerin seolah-olah memberi harapan yang Aerin adalah orang yang dimaksudkan.
Namun tidak bagi Aerin, dia tidak mampu berkata apa-apa kerana dia tahu dirinya tidak akan boleh meraih kejayaan sempuna sebegini. Jadi dia berserah kepada Tuhan, jika inilah keputusan yang diberikan, dia bersyukur. Namun, jika sebaliknya terjadi, dia tetap akan berfikiran positif.
" Dipersilakan pelajar yang bernama, Kim Doyoung dari kelas Fashion naik ke atas pentas...." Kata pengacara majlis dan semua orang di situ terkaku, terkejut + memberi tepukan kepada Doyoung.
Ahli keluarga Doyoung yang datang terlihat sedang memproses kejayaan anaknya itu. Ibunya yang nangis dipujuk oleh suami di sampingnya, manakala abang Doyoung menuju berdekatan dengan pentas menangkap gambar adiknya dari bawah.
Sementara itu, di sisi lain.. Sungyoung yang mendengar nama bestienya diseru, segera bangun dari kerusi dan memberikan tepukan gemuruh dan tumpang gembira melihat kejayaan yang diraih. Wajah yang gembira terpancar apabila Doyoung sedang mengambil hadiah di atas pentas.
Aerin yang ada di sampingnya hanya terdiam, rasa agak kecewa dan tangisannya bila-bila sahaja mahu pecah, akan tetapi ditahan kerana dia pasti di luar sana ada cahaya kejayaan buat dirinya. Cukuplah dengan melihat kawan-kawannya sudah berjaya naik ke atas pentas dengan kejayaan diraih membuatkan hatinya terubat walaupun sedikit.
" Aerin..kau okay? Jangan risau ok..kau dah buat yang terbaik. " Kata Sungyoung yang ada di sebelahnya. Aerin cuba menenangkan diri dengan tersenyum kecil.
" Aku ok, kejap lagi teman aku ambil result dekat cikgu tau. " Kata Aerin lalu Sungyoung memberi senyuman hangat kepadanya.
Setelah mengambil result tersebut, Aerin melihat keputusannya itu dan tertulis dia mendapat 4A 5B 1C, hasil daripada usahanya selama ini.
Dia bersyukur kerana mendapat keputusan begini walaupun tak secemerlang rakan-rakannya yang lain. Tapi, bukan ini yang dirisaukan. Ada sesuatu berkait dengan keputusan ini membuatkan dirinya sentiasa berfikir dan tidak senang duduk.
Sungyoung yang berada di sampingnya berkali-kali memberi semangat dan membuat Aerin tersenyum.
" Tahniah Young! Aku bangga dengan kau...." Aerin memeluk rakannya itu dengan gembira.
" Tahniah juga Aerin..jangan sedih ok. Result kau dah okay tu. Kredit semua, boleh lepas nak masuk universiti nanti. " Kata Sungyoung dan Aerin hanya tersenyum.
(End of flashback)
" Aerin, jangan nangis. Mama tahu dekat luar nanti banyak lagi rezeki yang Aerin boleh dapat. "
Mamanya cuba memberi semangat kepada anak perempuannya itu.
" Betul dik, kau jangan nangis macam ni...adik aku kuat kan? Okaylah tu 4A..bukannya takde langsung. "
" Kau juga berjaya melepasi target kau. Dan akhirnya kau dapat A juga dalam subjek kau struggle tu. Dah, dah jangan nangis lagi. " Tambah Hyunsuk lagi sambil mengelap air mata adiknya.
" Tapi..nanti abah marah tengok result adik macam ni..abah kan nak adik dapat 5A ke atas..mesti marahhh. "
Aerin menangis di situ teresak-esak, mempedulikan orang yang lalu-lalang. Nasib mereka baik kerana kawasan tu orang tak ramai lalu.
![](https://img.wattpad.com/cover/320527897-288-k634745.jpg)
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfic|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...