63

26 4 0
                                    

" Babeeee.. " Suha merangkul tangan Jaehyuk setelah sesi berfoto dibuat.

Aerin yang nampak situasi tersebut hanya berdiam diri..Jaehyuk tidak perasan yang Aerin lihat ke arahnya.

" Jae dah ada yeochin? Dalam banyak-banyak orang kenapa Suha? " Gumamnya sendiri dalam hati.

Dia berasa kecil hati sedikit melihat Suha yang sedang melayan Jaehyuk di hadapan semua orang.

" Aerin, kau okay? " Tanya Sungyoung yang sedang minum air kotak di tepinya.

" Ok.. " Aerin cuba tersenyum lagi lalu bermain dengan jarinya.

Jihoon yang sedang menangkap gambar bunga + pemandangan di situ perasan akan Aerin yang bersedih di sebelah Sungyoung.

" Tak boleh jadi nii.. " Jihoon menuju ke arah Aerin dan menarik tangan Aerin.

" Aerin, jom.. " Ajak Jihoon lalu Aerin memandangnya dengan pelik. Sungyoung, Doyoung dan Yedam yang ada di situ hanya melihat apa yang Jihoon lakukan.


" Yaaa..kita buat apa dekat sini? " Tanya Aerin kerana dia familiar dengan tempat ini.

Tempat dirinya dan Jihoon bergaduh disebabkan kejadian mabuk yang berlaku. Fikirannya mula mengingati apa yang berlaku.

" Aerin.. don't worry. Kau makan je. A-Aku janji tak buat apa-apa. Aku cuba kawal diri aku. " Jihoon memberi kata-kata penenang kepada Aerin kerana dia juga sedar yang dia telah melakukan kesalahan di kedai makan inilah.

Sebelum datang kesini, Jihoon sudah memberi mesej, meminta izin kepada Hyunsuk untuk membawa adiknya keluar sebentar. Kemudian, Hyunsuk mengizinkan dan memesan kepadanya untuk menjaga adiknya dengan baik.

" Jihoon, kau okay ke? Aku tengok kau resah daripada tadi. " Tanya Aerin dan Jihoon menggeleng.

" Eh tak resah pun..aku okay. Aku just rindu nak luangkan masa dengan kau. Sebelum kita betul-betul dah tak jumpa, aku rasa ni kali terakhir aku jumpa kau. " Kata Jihoon lalu Aerin terkejut.

" Kenapa kau cakap macam tu? Apa maksud kau dengan terakhir? Kau pun nak tinggalkan aku ke Jihoon? " Tanya Aerin bertubi-tubi kerana dia dah tak sanggup menghadap satu lagi kehilangan orang yang rapat dengannya.

" Aku tak tahu. Aku cuma dapat rasakan perasaan tu. " Kata Jihoon.

" Jae dah tinggalkan aku.. kau yang dah aku rapat ni nak tinggalkan aku macam tu juga ke? " Tanya Aerin dan Jihoon memandangnya.

" Apa maksud k- " kata-kata Jihoon terhenti apabila makanan yang dipesan sampai di depan mata.

Mereka menghentikan perbualan dan menjamah makanan yang ada.


Di Sungai Han (Han gang)

Mereka berdua duduk di tempat yang disediakan di bawah jambatan Sungai Han sambil melihat pemandangan di hadapan mereka. Hari sudah petang, jadi bila-bila masa matahari akan terbenam.

" Aerin..apa maksud kau dekat kedai makan tadi? " Tanya Jihoon lalu Aerin memandangnya.

" Hm? aaa aniyaa..takde apelah. " Jawab Aerin. Jihoon bertegas mahu tahu juga.

" Ala bagilah tahu. Habiskan ayat kau cepat..aku nak tahuuu. Ppali ppali.. " Jihoon tetap mahu tahu.

Aerin cuba ingat balik apa yang dia cakap tadi.

" Alahai tak payah lah. Aku tak ingat dah. " Kata Aerin dan Jihoon tak percaya.

Kemudiannya, tanpa pengetahuan Aerin, dia mula merancang sesuatu.

Tiba-tiba kepalanya dijatuhkan di atas riba Aerin membuatkan Aerin tersentak sedikit. Tidak pernah orang membuat physical contact dengannya bahkan Hyunsuk dan Junkyu pun tidak pernah berkelakuan seperti ini.

" Just 5 minutes, nanti kau kejut aku ok. " Kata Jihoon lalu Aerin cuba memproses apa yang berlaku dan harus dilakukan selepas ini.

Dia menelan air liurnya.

Baru beberapa saat berlalu, Aerin yang sedang melihat telefonnya kadang-kadang curi-curi tengok Jihoon yang sedang tidur di atas ribanya. Kakinya sudah rasa kebas walaupun sekejapan sahaja.

" Jihoon kenapa kau buat macam ni? Aku tak larat nak kuatkan hati aku bila kau bertindak melulu macam ni. " Gumamnya sendiri dalam hati.

Sementara itu, Aerin melihat sekelilingnya semakin ramai orang yang mahu balik kerana senja sudah pun tiba.


5 minit berlalu, Jihoon masih tidak bergerak dan Aerin yang menahan rasa kebas cuba mengejut Jihoon dengan perlahan. Jihoon membuka matanya slow, slow dan melihat di sekelilingnya. Dia segera bangun dan membetulkan rambutnya yang serabai itu.

" Sorry weh aku terlelap. " Kata Jihoon lalu Aerin cuba menenangkan dirinya kerana kakinya yang sedang kebas diketuk-ketuk dan diregangkan.

" It's okay. Dah nak malam ni. Jomm.. " Kata Aerin lalu Jihoon memandangnya.

" Eh kejap-kejap duduk dulu. Aku nak bagitahu kau sesuatu. " Kata Jihoon. Aerin mengikut apa yang Jihoon mahu.

" Thank you untuk hari ini, spend time dengan aku and aku rasa hari ni adalah salah satu hari paling aku gembira bagi aku. Aku bersyukur setiap kali aku susah, kau sentiasa muncul tepat pada masanya. "

" Aku berterima kasih sangat-sangat untuk itu. Aku juga tak sanggup kalau kau takde di sisi aku. Jadi.. " Kata Jihoon dan mencapai tangan Aerin. Aerin hanya terkaku mendengar kata-kata Jihoon itu, menunggu tindakan Jihoon selepas ini.

" Can I be your boy? " Tanya Jihoon dan memandang tepat mata Aerin, menunggu jawapan Aerin..

Aerin juga terkejut mendengar pengakuan daripada mulutnya itu.

" Jihoon, aku bukan tak nak terima..tapi..aku just takut.. " Kata Aerin dan Jihoon melepaskan tangannya daripada Aerin.

" Kau takut yang kau tak dapat hilangkan perasaan kau dekat Jaehyuk ke? " Jawab Aerin..jangan bagi aku tertanya-tanya macam ni.. " Tanya Jihoon yang sudah salah faham.

" Tak..Jae takde kena mengena dalam hal ni. A-Aku perlukan masa untuk semua ini. Setelah semua kesakitan yang aku dapat..aku jadi tak larat. Kau faham kan? " Kata Aerin dan Jihoon memandangnya.

" Aku faham Aerin. Tapi aku boleh buat kau lupakan semua luka yang kau alami. I can help you..aku cuba.. " Kata Jihoon menatap matanya dengan lama.

Aerin mahu bersuara tetapi tindakan Jihoon yang lebih pantas menghentikan perbuatan Aerin.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now