51

30 3 0
                                    

" Orait, kita akan jogging sepanjang 2.5km.. " Beritahu Coach Namjoo.

" Kita akan lepaskan awak mengikut kumpulan... " Sambung Coach Namjoo.

" Somin, are you okay? " Tanya Sungyoung apabila memandang Somin yang berhenti di tepi jalan. Somin memandang ke arah Sungyoung.

" Kaki aku terseliuh. " Beritahu Somin.

" Mana Shijun? " Tanya Shiro apabila tidak melihat kelibat partner Somin.

" Aku suruh dia lari tanpa aku.. " Beritahu Somin sambil mengurut-urut kakinya yang terseliuh.

" Naik belakang aku...aku bawa kau jumpa coach... " Arah Shiro. Somin sedikit terngadah sebelum dia menaiki belakang Shiro dan Shiro mengangkatnya.

" Kau sambunglah perjalanan kau... " Kata Shiro.

Sungyoung mengangguk. Sungyoung berlari sekuat hati untuk catch up dengan kumpulannya yang sudah di hadapan. Dia perlu melintasi kumpulan 9, 8, dan 7 untuk sampai ke kumpulannya.

Sesampainya dia di kumpulannya dia terpaksa menyambung lariannya.

Sesampai mereka di kawasan camp kembali, ada yang terduduk kepenatan di dataran berkumpul itu. Sungyoung berpaut pada Asahi secara tidak sengaja. Asahi memandang ke arah Sungyoung dan menepis tangan Sungyoung.

" Baiklah, dengar sini semua... Kamu ada masa selama sejam untuk berehat dan kemudian, saya nak awak semua berkumpul semula di sini untuk kita lakukan aktiviti yang seterusnya... " Kata Coach Yoonmi.

" Sorry.. " Pinta Sungyoung.

Kaki Sungyoung bergetar saat dia memulakan perjalanannya untuk pulang ke asramanya. Sungyoung terpandang Aerin yang tiba-tiba rebah di tengah-tengah dataran.

" Aerin!! " Jerit Sungyoung sambil berlari ke arah Aerin.

" Aerin... " Panggil Sungyoung setelah dia sampai dan dia menggoyang-goyangkan tubuh Aerin.

Aerin telah pengsan, jadi Sungyoung mahu memapah Aerin, tetapi dihalang oleh Jihoon yang baru sampai di situ.

" Biar aku yang angkat dia. " Kata Jihoon.

Sungyoung terkebil-kebil apabila Jihoon merampas Aerin dari dirinya. Sungyoung memandang bayang Jihoon dan Aerin yang hilang dari pandangannya.

" Hmm.. " Keluh Sungyoung sambil berlalu dari situ dan menuju ke arah dormnya.

Junkyu yang lalu di situ nampak sahaja apa yang berlaku. Namun, hatinya masih tidak dapat menerima maaf Aerin lagi. Sejurus itu, dia berlalu pergi.

Jaehyuk yang melihat kejadian tersebut baru sahaja mahu menolong Aerin namun tindakan Jihoon yang lebih pantas membuatkan tindakannya terbatas. Egonya yang masih tidak dapat menerima apa Aerin telah lakukan juga menjadi salah satu punca yang mana dia sukar untuk membantu Aerin.

Aerin akhirnya sedar daripada pengsannya tadi. Dia masih rasa sedikit pening di kepalanya.

" Oh..awak dah bangun..okay ke tak nii... " Kata Akane lalu duduk di katil Aerin. Aerin memandangnya dan mengangguk.

" Ermm macam mana saya boleh ada dekat sini. Tadi bukan kita ada aktiviti ke? " Kata Aerin.

" Jihoon angkat awak tadi. Panik betul bila saya tengok dia... "

" Tapi tadi awak pengsan time lepas kita dah habis aktiviti.. " Jawab Akane.

" Ha? Ye ke.. "

Akane mengangguk.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now