" Kamu dah dapat keputusan kan? Lepas ni appa nak kamu mohon maktab tentera. Appa tak kira lah apa nak jadi, jadi lah. " Kata Appa Jihoon.
" Appa, Jihoon dah dapat keputusan bagus macam ni..takkan Appa nak tentukan lagi kehidupan Jihoon selepas ni.."
" Appa tak kira..kamu kena masuk juga. Jadi contoh kepada adik kamu, Jihoon. Dia tu tak lama lagi nak akhir tahun dekat sekolah tu. Sekurang-kurangnya dia nampak kamu berjaya lepas ni. "
Jihoon membuat muka bengang.
" Appa..tolonglah faham apa yang Jihoon nak. Jihoon cuma nak ada kehidupan biasa macam orang lain. "
" Tapi kehidupan mereka dekat luar sana tu lah susah nak jamin kehidupan yang senang untuk kamu."
" Appa bagi kamu tempoh masa, fikir sama ada masuk dalam maktab tentera atau appa kahwinkan kamu dengan kenalan Appa. "
Jihoon terkejut. Sejurus itu matanya terkebil memproses kata ii appanya tadi.
" Appa! Kita tak pernah bincang pasal benda ni. Jihoon baru habis sekolah dan Appa nak hancurkan hidup Jihoon macam tu je? "
" Kalau kamu tak nak benda tu berlaku, masuk maktab tentera. Tapi..kalau kamu masih berdegil tak nak dengar cakap appa, kamu kena kahwin. Tutup cerita. Dah appa nak keluar..kamu jaga rumah ni. "
Jihoon tidak mampu bercakap apa-apa dan fikirannya terus menjadi buntu. Dia menghantar appanya keluar dengan pandangannya sahaja.
Beberapa hari lepas itu, Aerin ikut kata abahnya dengan bekerja separuh masa di sebuah kedai makan berdekatan dengan rumah. Dia mula bekerja pada shift pagi / tengahari/ petang kerana abahnya telah berbincang dengan pemilik kedai itu yang merupakan salah seorang rakannya. Shift malam agak bahaya untuk anaknya itu jadi Aerin hanya bekerja pada siang hari.
Layanan yang diberikan kepada Aerin setakat ini baik sahaja, belum ada sesuatu terjadi. Namun, ada juga sesetengah pelanggan yang datang, tidak memberi kerjasama kepadanya. Aerin cuma mampu melepaskan keluhan sahaja.
" Ye, boleh saya ambil pe-" Kata-kata Aerin terhenti apabila seseorang yang dikenali berada di hadapannya, baru sahaja mahu memesan makanan.
(Skip)
" Kau kerja dekat sini ke.." Kata Junkyu yang memandang ke arah Aerin yang berehat sekejap daripada kerjanya memandangkan tiada pelanggan yang masuk.
" Haah. " Aerin hanya menjawab dengan ringkas.
" By the way, alang-alang aku dah jumpa kau ni..Aerin, aku rindu kau. "
Aerin memandangnya.
" Rindu nak keluar dengan kau. Lepas je ambil keputusan tu, kenapa kau balik? Aku tunggu kau tau. " Junkyu memuncungkan mulutnya.
Aerin mengetap bibirnya.
" Kyu..aku minta maaf. Aku ade hal haritu. Kena balik rumah cepat.." Kata Aerin, walaupun itu bukan sebab sebenar tapi dia terpaksa.
" Erm lagi satu, chukahae! Sahabat aku ni pandai lah..tidur-tidur pun pandai juga! Bagus! Hahaha " Aerin ketawa kecil.
" Gomawo, kau pun sama tahniah! Harap nanti kita dapat tempat yang sama atau dekat-dekat pun jadilah. Jauh nanti rindu hm. "
" Hm yelah. " Aerin hanya melayan sahaja karenah sahabatnya itu.
" Hehe..Oh! shift kau ni habis bila? Kita keluar jom. " Junkyu tersenyum
Aerin rasa bersalah sangat kerana dia tidak boleh keluar dengan sesiapa, selagi dia berada di bawah pantauan abahnya itu.
" Kyu, hari ini aku kena balik awal, abah aku ada dekat rumah tu. Nanti dia cari aku pula kalau aku keluar dengan kau. Sorry, I can't. " Aerin menahan segala kata ii yang terbuku dalam hatinya dan mengeluarkan ayat lain.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfic|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...