" Baiklah, first of all.. Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat awak semua kerana masih stay di sini.. " Kata Coach Chan sesampainya dia di situ.
Dia meletakkan beberapa helai kertas di atas meja. Dia mengangihkan kertas tersebut kepada orang yang lebih dekat dengannya, iaitu Jaechang. Jaechang mengagihkan kertas tersebut kepada rakan-rakan sekumpulann dengannya.
" Baiklah, semua dah dapat kertas.. " Seloroh Coach Chan tersebut.
" Apa yang saya nak kamu semua buat adalah..awak semua tulis nama masing-masing di atas kertas tersebut.. "
" Kemudian, pergi ke muka surat yang kosong, buatkan 2 kolum.. "
" Labelkan satu bahagian dengan nama kelebihan, slash, kebaikan and etc.. "
" Kemudian, lagi satu label.. Awak semua labelkan dengan nama keburukan, slash, kelemahan dan etc.. "
" Kemudian, awak serahkan kepada rakan-rakan awak yang lain.. rakan-rakan awak akan tulis persepsi pertama mereka tentang awak semua ketika kali pertama berjumpa di sini.. "
" Kamu semua boleh ambil ruang masing-masing. " Sambung Coach Chan sebelum dia duduk di atas kerusi.
Sungyoung, Asahi, Jaechang dan beberapa ahli yang lain bangun dari tempat mereka dan mengambil tempat duduk yang jauh. Kertas dipasskan kepada setiap ahli kumpulan.
" Baiklah, kertas-kertas tersebut sila pulangkan kepada saya.. " Kata Coach Chan setelah memastikan kumpulannya sudah menyelesaikan apa yang disuruhnya.
Mereka menghulurkan kertas masing-masing kepada Coach Chan dan Coach Chan mengutipnya.
Setelah selesai mengutip, dia membelek-belek kertas itu seketika.
" Baiklah, kamu semua boleh pulang ke bilik masing-masing. Selamat malam, semua. Esok pagi, berkumpul di dataran pada pukul 7 pagi.. " Kata Coach Chan.
Jiwon mendekati Sungyoung setelah dia menamatkan perbualannya dengan partnernya, Jiyoung.
" Jom balik bilik sesama.. " Ajak Jiwon sambil merangkul lengan Sungyoung. Sungyoung hanya mengangguk.
" Bye, Sahi.. Bye, Shiro.. " Kata Sungyoung sambil melambaikan tangannya.
Shiro membalas lambaian Sungyoung itu manakala Asahi hanya memandang sahaja. Sungyoung dan Jiwon berlalu dari situ dan menuju ke arah bilik mereka.
Di dorm Aerin..
" Ye..aku okay. apa-apa aku call kau la. " Kata Aerin yang sedang membuat panggilan dengan Jihoon di katilnya.
" Tapi aku still takut dia buat apa-apa. Dahlah 2 orang je perempuan. Kau dahlah tidur bawah. Kejap lagi nak tidur jangan end call aku. Biar je.." Kata Jihoon.
" Sampai macam tu sekali Jihoon? Risaunya kau. " Kata Aerin.
" Kau ingat aku boleh tidur ke kalau kau takde dengan aku. Please. Dengar je cakap aku sebelum apa-apa jadi. " Kata Jihoon dengan tegas.
Aerin hanya berdehem mendengar arahan Jihoon.
Aerin melihat Saitoru yang sudah mahu tidur, begitu juga dengan yang lain. Aerin sebenarnya walaupun dia cuba bertenang depan Jihoon namun apa yang dia rasakan adalah ketakutan. Dia takut dirinya diapa-apakan.
" Woi!!! Kau buat apa tu!!! " Jerit seseorang membuatkan Aerin membuka matanya.
Dia terkejut kerana mendapati dirinya sejuk dan bajunya terselak sedikit. Selimutnya juga sudah ada di lantai. Aerin sudah memikirkan perkara buruk terjadi kepada dirinya.
Air mata mula mengalir. Akane turun dari katil atas dan memeluk Aerin. Dia juga panik melihat Aerin dalam keadaan sebegitu rupa.
" Woi Saitoru kau nak lari mana?!!! " Jerit Haruto lalu mengejar pelaku sehingga ke luar.
" Jihoon..tolong aku. " Panggil Aerin yang masih lagi memeluk Akane, menangis teresak-esak di bahu Akane.
Akane mencapai telefon Aerin dan menelefon Jihoon.
" Yeobeoseyo, Aerin. Kenapa?? " Tanya Jihoon.
Akane membuka speaker.
" Jihoon..ni saya Akane roommate Aerin..boleh datang sini.. Aerin..something happen to her.. " Beritahu Akane lalu Jihoon sudah mula panik.
Rambutnya yang serabai itu dibetulkan. Dia hanya menyarungkan hoodie dan berlari keluar menuju ke biliknya. Fikirannya mula bercelaru kerana dia rasa menyesal setelah apa yang berlaku semalam.
Akane masih memeluk Aerin yang tidak berhenti menangis kerana dia mula merasakan dirinya telah rosak, dipergunakan oleh orang lain.
" Aerin.. " Jihoon yang sudah sampai ke bilik itu. Dia terus mendekati Aerin dan Akane melepaskan pelukan itu. Diganti dengan pelukan Jihoon.
" Ya..aku dah cakap jangan matikan call aku semalam kan. " Kata Jihoon lalu Aerin menangis di bahunya dan tangisan semakin kuat.
Akane hanya berdiri di sebelah mereka berdua. Aerin tidak mampu memandang sesiapa sekarang. Dia rasa dirinya sudah kotor dan tidak berguna..terseksa dengan apa yang jadi.
" Berhenti nangislah pabo. Aku dah ada dekat sini. Dahlah. " Kata Jihoon lalu mengelus perlahan belakang Aerin.
Aerin memeluk erat Jihoon kerana dia masih rasa menyesal dan kecewa dengan dirinya sendiri.
Beberapa minit kemudian..Haruto masuk ke dalam bilik dengan rambut yang serabai. Kemungkinan peluh disebabkan aksi kejar mengejar tadi.
Dia memandang ke arah Aerin dan perasan akan Jihoon yang juga ada di situ. Aerin kini sudah tenang dan tidur akan tetapi sedu-sedan masih ada dan ada masa air matanya mengalir. Jihoon berada di tepi Aerin sepanjang masa, takut kalau apa-apa yang terjadi lagi.
" Eo, Ruto ya.. " Kata Jihoon.
" Aerin dah okay ke? " Tanya Haruto lalu memandang Aerin dengan rasa bersalah.
" Sebenarnya apa yang terjadi tadi? Si Saitoru tu kan? " Tanya Jihoon yang mana darahnya mula meledak tapi dihentikan oleh Haruto yang memegang bahunya.
" Kita cakap dekat luar. " Kata Haruto lalu Jihoon menyuruh Akane menggantikan tempatnya.
" Baik kau cakap dengan aku Ruto. Keadaan Aerin teruk sangat bila aku sampai tadi. " Kata Jihoon lalu Haruto menarik nafas dalam dan menceritakan dari A-Z.
" Aku tahu kau mesti akan marah benda ni. Tapi aku tak pasti yang dia dah buat perkara tu ke belum. " Kata Haruto.
Jihoon mengelamun seketika menerima apa yang berlaku. Dia terus memandang Haruto dengan pandangan tajam.
" Sekarang dia dekat mana? Ruto, bagitahu aku. Dekat mana dia sekarang? " Kata Jihoon dengan suara yang tegas, seolah-olah mahu meletup bila-bila masa sahaja.
" Aku tak tahu. Dia lari laju sangat. Aku tak sempat nak kejar ke apa.. " Kata Haruto lalu Jihoon mengerutkan dahinya.
Wajahnya betul-betul tampak bengang apabila Haruto berkata sebegitu.
" Ruto, kau jaga Aerin kat sini..kalau tak guna tu datang sini..kau bagitahu aku...aku nak pergi cari dia. " Kata Jihoon tapi langkahnya dihalang oleh Haruto.
" Jangann, sekarang pagi lagi. Aku takut kau pula yang kena tahan dengan coach kat sini. " Kata Haruto.
" Jangan risau Ruto, aku tak buat apa-apa. Aku gerak dulu eh..masuk dalam. Pergi jaga Aerin. " Kata Jihoon dan menepuk bahu Haruto sebelum beredar pergi dari situ.
Haruto pula masuk ke dalam bilik dan berdiri di sebelah katil Aerin. Kemudian, dia beralih ke katilnya.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...