73

26 4 0
                                    

Tak lama kemudian...

Yedam terjah masuk ke dalam rumah.

" Adik! Kau kat mana? " Panggil Yedam.

Sungyoung yang berada di dapur terus sahaja menuju ke arah Yedam dan memeluknya. Ini adalah kali ketiga baginya menangis seteruk begitu. Yedam membelai-belai rambut Sungyoung.

" Shhhh... Kenapa ni? " Tanya Yedam sambil menenangkan adiknya itu.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Sungyoung dibuka dari luar. Yedam masuk ke dalam bilik tersebut dan memandang Sungyoung yang berbaring di atas katil. Tangisan Sungyoung sudah reda saat dia menceritakan apa yang terjadi kepada Yedam. Yedam duduk di birai katil Sungyoung.

" Young..bangun. Dah pukul 11 dah.. " Gerak Yedam. Sungyoung bangun dan menggosok-gosok matanya.

" Jangan tonyoh mata tu.. " Larang Yedam sambil menahan tangan Sungyoung.

Sungyoung memandang ke arah Yedam.

" Aku dah inform dalam group..pasal Shiro. Kita nak bertolak pukul berapa ni? " Tanya Yedam.

" Pukul 12.30. " Beritahu Sungyoung sambil mencapai telefonnya.

" Okay, kalau macam tu..kau siap-siap dulu.. Dah ready, kita bertolak.. " Kata Yedam sebelum dia mencium dahi Sungyoung. Sungyoung tersenyum kecil.

" Okay.. " Kata Sungyoung lalu Yedam keluar dari biliknya.

Sungyoung mengeluh berat sebelum dia membelek telefonnya.

.............

Aerin 💖

Aerin

Nanti teman aku gi majlis pengebumian Shiro tau...

Aku dengan Yedam pergi ambil kau dekat rumah kau

Pukul 12.45

>Oh, okay..

..........

Sungyoung mematikan telefonnya dan pergi bersiap-siap.

Di kawasan perkuburan...

" Kita dah sampai.. " Beritahu Yedam sesudah dia memarkirkan keretanya.

Sungyoung yang mengelamun sepanjang perjalanan, memandang ke arah Yedam sebelum memandang ke arah Aerin di tempat duduk belakang dan kembali memandang ke arah Yedam.

" Kenapa? " Tanya Yedam. Sungyoung menggelengkan kepalanya.

" Takde apa. " Kata Sungyoung sebelum dia keluar dari kereta. Sungyoung memandang ke arah Aerin yang keluar dari kereta, dan mendekati Aerin.

" Jom. " Ajak Sungyoung sambil merangkul lengan Aerin dan mereka berdua berjalan menyertai orang ramai.

Setelah selesainya majlis pengebumian Shiro, Yedam menghantar Aerin pulang kemudian pulang ke rumahnya.

" Oppa, hantar aku dekat X. " Pinta Sungyoung sambil melihat ke luar kereta.

Yedam sesekali memandang ke arah Sungyoung.

" Tu tempat lelaki, Young..kenapa kau nak pergi tempat-tempat macam tu? " Tanya Yedam sambil fokus pada pemanduannya.

" Aku kena jumpa seseorang dekat situ.. " Beritahu Sungyoung.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now