" Asahi.. " Panggil Aerin dan Asahi memandang belakangnya.
" Hm? " Kata Asahi .
" Hmm..untuk competition kita..kau dah ada group ke? " Tanya Aerin.
Aerin mengambil peluang untuk bertanya kepada Asahi memandangkan dia hanya tahu Asahi pakar dalam bab-bab begini. Malahan, Asahi juga bukan senang untuk bergaul. Apatah lagi untuk satu kumpulan dengannya.
" Aku lebih selesa kalau sorang-sorang. " Kata Asahi lalu menyambung kerjanya.
Seperti yang dijangka, dia memang sukar untuk didekati.
" Err, okay.. " Kata Aerin berlalu pergi dari situ.
" Terpaksalah aku buat sendiri..haih.. " Kata Aerin seorang diri lalu duduk di tempatnya.
Setelah kelas selesai...Aerin memutuskan untuk mula menyiapkan kerja seninya di perpustakaan.
" Okay, kau boleh buat Aerin.." Kata Aerin dan mula membuat kerjanya itu.
Aerin berusaha melukis lakaran dahulu supaya dia dapat tahu apa yang harus dilakukan. Selangkah demi selangkah, mengikut apa yang telah dirancang.
" Haishh..kenapa tak jadi eh? " Kata Aerin kepada dirinya.
" Fuh...(tarik nafas, hembus nafas)...takpe..buat je " Kata Aerin lalu menyambung melukis lakarannya itu.
Dia meluangkan masa sendiriannya selama 1 jam setengah dalam perpustakaan. Ada masa Aerin tertidur dalam perpustakaan akibat kehabisan idea. Namun, dia tersedar dari tidurnya dan menyambung, melakar apa yang baru sahaja terlintas di fikiran.
Beberapa minit kemudian, dia memutuskan untuk berhenti daripada melakar dan balik ke biliknya semula. Dalam perjalanan ke biliknya, Aerin melihat keadaan sekeliling.
" Haaa cuaca yang bagus untuk tenangkan minda. " Kata Aerin lalu masuk ke dalam bilik.
Dia berniat untuk sambung tidur kerana rasa letih dan pening sedikit akibat terlalu lama di perpustakaan.
" Young ah.. " Minji menegur.
" Aku dah chat dia tau.. Tapi, kenapa dia reply nak tak nak je? " Tanya Minji.
" Mana aku tau.. " Kata Sungyoung. Minji memuncung.
" Ni kau nak bawa aku pegi mana? " Tanya Sungyoung.
" Aku nak jumpa dialah. Tapi, kau tolong aku boleh tak? " Pinta Minji.
Sungyoung memandang ke arah Minji sebelum dia memandang ke arah bangunan kolam renang di hadapannya.
" Haish, yelah, yelah. " Kata Sungyoung.
Sungyoung dan Minji masuk ke dalam bangunan tersebut. Masih tiada penonton, tetapi beberapa orang pelajar kelab tersebut sudah ada di situ.
" Sungyoung ah! " Kedengaran namanya dipanggil.
Dia memandang ke arah Haruto yang berada di dalam kolam renang. Haruto keluar dari dalam kolam tersebut dan mengambil tuala untuk mengelap rambut dan wajahnya dari air dan membalutkan dirinya dengan tuala tersebut. Kemudian, dia berjalan ke arah Sungyoung.
" Eh, aku nak tanya kau.. Kau seriouslah dengan Doyoung? " Tanya Haruto.
" Haah. Kenapa baru sekarang dok, korang tanya-tanya aku? " Sungyoung tertanya-tanya.
" Sebab, aku baru dapat tau sekarang ni.. " Beritahu Haruto.
Minji menyentuh tangan Sungyoung, Sungyoung baru teringat.
" Ah, weh. Nilah, Minji tu.. Yang aku cakap dia nak kenal dengan kau tu. " Kata Sungyoung sambil menarik tangan Minji mendekatinya.
" Ah, ohhh.. Yang mesej haritu.. Sorrylah, aku busy sangat. By the way, it is nice to meet you. " Kata Haruto.
" Kau nak sembang dengan dia, aku boleh balik. " Kata Sungyoung.
Minji menggenggam tangan Sungyoung.
" Jangan tinggalkan aku. " Bisik Minji.
Sungyoung memandang ke arah Haruto yang memandang ke arah mereka berdua.
" Aku boleh je nak berbual. Ada masa lagi ni.. Eh, sementara tu kan... Kau bolehlah borak dengan Yoshi dulu... " Kata Haruto.
" Mana dia? " Tanya Sungyoung sambil mengeluh.
" Dalam bilik stor. " Beritahu Haruto.
Sungyoung meninggalkan Haruto dan Minji berdua.
Sungyoung masuk ke dalam bilik stor tersebut. Dia memandang sekitar bilik stor itu yang dipenuhi dengan kon-kon kecil, dan besar, dan juga barang-barang selainnya. Di situ juga terdapat almari-almari yang menyimpan barang-barang yang lain.
KLIKK!!!
" Siapa tu? " Tanya seseorang yang berada di dalam bilik stor itu.
Sungyoung memegang erat beg sekolahnya sebelum dia menoleh ke arah pintu bilik stor tersebut yang telah tertutup dan dia cuba untuk membukanya.
" Ada orang nak pedajai aku ka macam mana ni? " Tanya Sungyoung sambil menggoyang-goyang pintu tersebut.
" Umph, ni sumpah ada orang nak pedajai aku.. " Kata Sungyoung sambil mengetuk pintu tersebut melepaskan geram.
Seseorang keluar dari celah ii almari sambil membawa kon ii kecil di tangan.
" Tepi sikit. " Arah orang tersebut sambil cuba membuka pintu itu, tetapi telah dikunci dari luar.
" Ehh.. " Kata orang tersebut sambil meletakkan kon di atas lantai kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu tersebut.
" Sapa pula kunci ni? Aku tak keluar lagi lah.. " Rungut orang tersebut.
Dia mengeluarkan telefonnya dan telefonnya mati akibat kehabisan bateri.
" Lahaiii, time macam nilah phone aku mati. "
Sungyoung duduk di atas lantai sambil bersandar pada dinding. Lelaki tersebut memandang ke arah Sungyoung.
" Lah, kau ke Sungyoung? Aku ingatkan budak renang yang lainlah. " Kata lelaki tersebut.
Sungyoung memandang ke arah lelaki tersebut, sebelum dia mengangguk-angguk.
" Ruto ada bagitahu kau dalam ni. Pastu, tetiba ada orang pedajai aku. Sorry ah weh, Yoshi. Aku ni memang banyak enemy. Kesian kau, kau pula yang kena sekali. " Beritahu Sungyoung sambil mengeluarkan alatan tulis dan buku lukisnya.
Dia ingat, dia ingin mengambil waktu tersebut untuk menyiapkan design bajunya. Yoshi memandang ke arah Sungyoung yang hanya kelihatan tenang sahaja di dalam keadaan yang sebegitu.
" Telefon kau, tak boleh guna ke? " Tanya Yoshi.
Sungyoung menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Habis bateri.. sebab Doyoung main telefon aku tadi. " Beritahu Sungyoung sambil fokus kepada melakar design bajunya.
Sungyoung memandang ke arah Yoshi yang masih dalam keadaan panik sebelum dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Tak guna kalau kau jalan ulang-alik macam tu. Dah nama orang memang saja buat, memang takde orang yang akan datang. Waktu macam ni kan, semua orang dah balik bilik masing-masing. " Seloroh Sungyoung.
Yoshi menenangkan dirinya dan dia memandang ke arah Sungyoung, sebelum dia duduk berdekatan dengan Sungyoung.
" Oh ya, you never told me about yourself.. Sepanjang 6 bulan aku dekat sini, kau sorang jelah yang macam tak banyak cakap. Oh, and also Asahi.. Aku hampir-hampir lupa pasal dia. Dia terlalu misterius membuatkan aku selalu lupa pasal dia. " Kata Sungyoung sambil masih lagi fokus kepada designnya.
" Kau buat apa? " Tanya Yoshi, mengabaikan apa yang baru saja dikatakan Sungyoung tadi.
" Design baju. " Beritahu Sungyoung sambil mengeluarkan alatan mewarnanya.
" For our class competition.. " Sambung Sungyoung lalu Yoshi hanya mengangguk-angguk dan fokus memerhati tangan Sungyoung bekerja.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fiksi Penggemar|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...