15

36 5 0
                                    

Beberapa saat selepas itu,

" Haishh aku tak boleh tidur. Kenapa aku pergi ikut dia..kalau tak, aku boleh tidur dengan tenang dah. Younggg..aku takutt..hiks hiks.. " Luah Aerin sambil menangis seorang diri dengan suara yang perlahan.

Keesokan paginya-

Aerin bangun daripada tidurnya. Dia rasa yang matanya sembab akibat menangis semalam.

Dia melihat Jaehyuk yang sudah tiada di atas katil, begitu juga dengan Jihoon. Ketakutan kembali menyelebungi diri apabila teringat kejadian semalam.

" Ah molla..baik aku mandi. " Kata Aerin sendirian lalu mengambil barang-barang mandinya.

Pada masa yang sama, Jihoon yang sudah selesai membersihkan dirinya, masuk ke dalam bilik, menuju ke almarinya. Aerin menggelabah tak tentu pasal lalu cepat-cepat menutup kepala dengan tualanya bergegas berlari ke luar dan Jihoon menyedari perkara itu membuatkan dia tersenyum kecil.

" Jom my baby kita makan, kajaaaa. " Kata Junkyu tersenyum yang merangkul lengan Aerin.

" Junkyu ya! " Jeritan kedengaran dari arah belakang membuatkan mereka berdua menoleh belakang.

Aerin membulatkan matanya lalu memandang depan semula.

" Aduh..apa lagi bala pagi ni.." Omel Aerin sendirian dalam hati.

" Oh, Jihoon ah...nak pergi makan ke? " Tanya Junkyu lalu Jihoon berdiri di sebelahnya.

" Alahai Kim Junkyu ni pun satu. " Monolog Aerin dalam hatinya lagi.

" Haah, jom.. " Kata Jihoon lalu Junkyu mengangguk sahaja.

Di kantin---

Mereka bertiga sedang makan di satu meja, Junkyu dan Jihoon duduk bersebelahan, manakala Aerin duduk berhadapan dengan Junkyu. Nasi goreng kepunyaan Aerin diusik sedikit oleh Aerin kerana sekarang dia sedang mengelamun..

" Aerin ah..Aerin.. " Panggil Junkyu tapi tetap tak sedar.

Jihoon mengambil peluang mengetuk meja (ruang kosong) di hadapannya. Akhirnya dia kembali ke alam realiti.

" Eooo wae? " Tanya Aerin lalu memandang Junkyu.

" Kenapa tak makan? Kau kenyang ke apa? " Tanya Junkyu dan Aerin menolak pinggannya itu ke Junkyu lalu bangun.

" Kau makanlah, aku nak balik bilik jap. " Kata Aerin lalu balik ke bilik.

" Kenapa dengan Aerin tu? Dia tak pernah macam ni, mesti ada sesuatu ni hmmmm.. " Kata Junkyu lalu Jihoon memerhatinya sehingga sosok Aerin menjadi kecil.

" Aku pun tak tahu lah. " Jawab Jihoon.

" Aku rasa mesti ada kaitan dengan hari semalam. " Kata Jihoon dalam hatinya dan sambung makan semula.

Sabtu pun tiba...

Sungyoung sudah dapat mengawal habit sleep walkingnya. Setelah itu, dia dihantar semula ke sekolah.

" Kalau ada apa-apa masalah, jangan diam je. " Pesan ayah Sungyoung.

" Call if ada problem. " Kata mak Sungyoung pula.

" Okay. " Kata Sungyoung.

Kereta ayah Sungyoung keluar dari kawasan sekolah tersebut. Sungyoung terus sahaja pulang ke asramanya.

Sungyoung membuka pintu biliknya dan terus sahaja menuju ke arah katilnya. Dia meletakkan sebuah plastik yang mengandungi ubatnya di atas meja belajarnya. Penghuni bilik tersebut memandang antara satu sama lain.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now