Aerin sekarang ada di biliknya setelah kelasnya tamat 1 jam lalu.
" Jae..boleh tolong aku tak? " Tanya Aerin. Jaehyuk memandangnya dengan tajam.
" Apa kau nak? " Kata Jaehyuk Suara Jaehyuk yang datar itu membuatkan Aerin tersentak.
" Kenapa kau nak marah aku pula ni.. " Kata Aerin.
" Haih, Aerin aku tak tahu apa niat kau..tapi kenapa kau cederakan Suha? " Kata Jaehyuk secara terus terang lalu memandangnya dengan pandangan yang lain. Bukan pandangan lembut, yang biasa diterima oleh Aerin.
" Apa maksud kau? Kau percayakan lagi orang luar daripada aku.. " Kata Aerin yang sedang menahan tangisan kerana ini pertama kali Jaehyuk berperangai sebegini.
" Berapa ramai orang dah kau buli? Aku ingatkan kau dah berubah..rupanya sama je dari dulu.. " Kata Jaehyuk lalu Aerin menjauhkan diri daripadanya.
Air mata mula mengalir.
" Cakap Aerin..kenapa kau buat macam tu?! " Tengking Jaehyuk yang menggoncangkan badannya lalu Aerin menolak Jaehyuk dengan kuat.
" Jae..kau kenapa nak bela dia? Kau kawan aku ke atau dia?! " Marah Aerin dan Jaehyuk mendiamkan diri hanya tersenyum sinis.
" Sikap kau macam nilah yang buat aku tinggalkan kau dulu..kau tahu tak? " Kata Jaehyuk.
Aerin memandangnya dengan rasa tidak percaya.
" Kau.. " Kata Aerin akan tetapi ayatnya tidak habis kerana dia bergegas lari keluar kerana tidak tahan akan perangai yang ditunjukkan oleh Jaehyuk.
" Aerin..kau kenapa.. " Sungyoung yang lalu di situ dan ingin masuk ke dalam bilik terserempak dengan Aerin yang sedang menangis sambil berlari pergi jauh dari situ.
" Kau buat apa dengan Aerin?! " Marah Sungyoung sesudah dia masuk dan nampak hanya ada Jaehyuk sahaja yang ada dalam bilik.
Jaehyuk mendiamkan diri.
" Kau bela lah kawan kau tu.. " Kata Jaehyuk lalu Sungyoung mendekatinya.
" Kau cakap apa ni? Kau tak percayakan Aerin, childhood friend kau sendiri?! Kau seriouslah, mat?! Haish, fikir rasional sikitlah! " Kata Sungyoung.
" Lantak dia lah.. " Kata Jaehyuk lalu menyambung buat kerjanya.
Sungyoung yang malas nak bergaduh terus mencari Aerin..
TOK..TOK..TOK..
Pintu bilik dibuka dan menampakkan sosok tubuh yang berdiri di hadapan Aerin.
" Junkyu.. " Kata Aerin dan segera memeluk kawan baiknya itu.
Dia merasakan sesuatu yang pelik kerana Junkyu tidak membalas pelukannya malah menolaknya dan menarik tangan dan membawa Aerin jauh dari bilik.
" Kau kenapa datang sini? " Kata Junkyu dengan ton nada suara yang dingin.
" Kyu..kenapa dengan kau.. " Kata Aerin yang ingin memegang tangan Junkyu namun ditepis olehnya.
" Dah habis cakap? " Kata Junkyu dengan pandangan yang dingin diberikan kepada Aerin.
" Junkyu kau tak percayakan aku.. " Kata Aerin yang mengelap air matanya.
" Aerin, aku nak tanya..kau kenapa cederakan Suha? " Tanya Junkyu.
" Aku tak cederakan dia.. Kyu tu semua rumor palsu..aku takkan tolak dia tanpa sebab.. " Kata Aerin yang cuba mempertahankan diri.
" Jadi betullah kau cederakan dia? Aku tak sangka Aerin kau akan buat perkara tu dan sekarang, dia kena tahan dekat hospital. " Kata Junkyu yang berasa kesal dengan perangai Aerin.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfiction|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...