3 jam kemudian......
Aerin bangun daripada tidurnya dan menolak selimut yang melitupi badannya. Dia melihat kawasan sekeliling, ada Jihoon yang sedang belajar, Jaehyuk yang sedang baring, merehatkan dirinya dan Sungyoung yang sedang lena tertidur.
Aerin kembali baring di posisi yang betul sambil melihat telefonnya. Dia baru sahaja teringat akan kerja rumah yang harus dihantar pada hari esok. Dia cepat-cepat bangun dan menarik kerusinya, duduk dan terus menyiapkan sehingga habis.
Jihoon yang dengar bunyi kerusi di belakangnya terus menoleh ke belakang dan melihat Aerin yang sudah bangun.
" Aduh nak pergi toilet pula... " Kata Aerin yang sudah tidak tahan dan cepat-cepat berlari ke luar.
Jihoon yang menyedarinya juga keluar dari bilik dan mengambil keputusan untuk bercakap dengan Aerin.
Beberapa minit kemudian, Aerin kembali ke bilik semula namun terlihat Jihoon yang sedang menunggu di hadapan bilik. Aerin memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik namun langkahnya terhenti apabila Jihoon memanggil namanya.
" Aerin..sekejap, aku nak cakap dengan kau. " Kata Jihoon tapi Aerin mengendahkan sahaja kata-katanya.
Langkah Aerin terhenti apabila Jihoon memegang di bahagian pergelangan tangan Aerin untuk menghentikannya.
" Nak apa lagi? " Akhirnya Aerin bersuara.
" Please..dengar apa yang aku nak cakap kat kau... " Kata Jihoon lalu membawa Aerin ke tempat yang lebih sesuai.
Jihoon memberikan air kepada Aerin memandangkan dirinya juga membeli air yang sama. Aerin mengambil daripada Jihoon dengan berhati-hati.
" Kau tak payah takut lah, aku bukan buat apa-apa macam haritu. " Kata Jihoon lalu Aerin hanya memusingkan bola matanya.
" Cepatlah cakap aku ada banyak kerja kena buat. " Kata Aerin.
" Aku nak minta maaf. " Kata Jihoon lalu Aerin memandangnya walaupun dia tahu sakit hati masih ada dalam hati.
" Aku ada masalah Aerin. Aku tak boleh kawal perasaan aku. Kalau aku dalam keadaan tak sedar macam haritu, aku akan bertindak agresif. Aku sebenarnya, hm..aku masih tak boleh lupakan bekas kekasih aku yang dulu. Macam apa yang kau tahu, nama dia Jena dan dia pernah curang dengan aku dulu. " Kata Jihoon.
" Selepas kejadian buruk tu berlaku, keadaan aku jadi makin teruk. " Kata Jihoon.
" Aku akan asyik termimpi, terbayangkan dia dan daripada situ, personaliti aku berubah. Hanya kau je yang tahu sifat aku bila aku sebut nama Jena.. " Kata Jihoon dan Aerin cuba memahami apa yang mahu disampaikan.
" Jadi..aku nak minta maaf. Apa yang aku dah buat memang keterlaluan. Aku hilang kawalan..selepas ni, aku takkan libatkan kau dalam masalah aku. " Kata Jihoon lalu memandang Aerin.
" Jihoon ah, hidung kau.. " Kata Aerin yang terkejut dan Jihoon memegang hidungnya yang tiba-tiba sahaja berdarah.
Aerin bangun dan cepat-cepat mengeluarkan tisu dan diberikan kepada Jihoon. Darah semakin banyak keluar meskipun sudah di lap. Aerin panik dan membantu juga lap darah yang keluar. Kemudian, darah kelihatan semakin hilang dan Aerin membantunya pergi ke toilet untuk membersihkan apa yang patut.
" Dah. Jom balik bilik. " Kata Aerin lalu berjalan di sebelah Jihoon dan menuju ke bilik.
Apabila mereka masuk ke dalam bilik, terlihat Jaehyuk yang sedang tidur manakala Sungyoung yang sedang membuat kerjanya sendiri. Sungyoung memandang ke arah Aerin yang sedang menolong Jihoon. Dengan rasa tertanya-tanya, Sungyoung mendekati dengan lebih dekat.
" Tisu ni, nah ada kat tepi kau. Sebelum tu, minum air dulu. " Kata Aerin lalu Jihoon menurut sahaja apa kata Aerin.
" Aku rasa lebih baik kau rehat, darah tu keluar sebab penat sangat. " Kata Aerin.
" Tapi aku ada benda nak buat. " Kata Jihoon namun dihentikan oleh Aerin.
" Kau nak sakit dulu baru menyesal ke apa. Baik kau tidur sekarang.. " Kata Aerin lalu Jihoon baring di atas katilnya.
Setelah itu, Aerin yang mahu berjalan ke katilnya namun Jihoon memegang tangannya dan Aerin terhenti, memandangnya. Sungyoung yang terkejut dan rasa cringe terus pergi ke tempatnya semula.
" Gomawo. " Kata Jihoon lalu tersenyum dan Aerin hanya mengangguk lalu pergi ke katilnya.
Tatkala Aerin sedang menyiapkan kerja rumahnya, terasa macam ada yang memerhatikannya. Dia menoleh lalu terkejut kerana Sungyoung yang dari tadi memerhatinya sambil tersenyum.
" Terkejut aku..eiii Young kau kenapa? " Tanya Aerin yang pelik dengan kelakuan Sungyoung begitu.
Sungyoung duduk di katil Aerin.
" Takdeee, aku tengok kau tolong Jihoon..Hehehe dah baik lah tu kan? Ada apa-apa ke korang ni yang aku tak tahu? " Tanya Sungyoung yang menyiku lengan Aerin.
" Ish..mana ada. Hidung dia berdarah dan aku tolonglah dia.. " Kata Aerin.
" Ala sikit je. Semua mengalami benda tu.. " Kata Sungyoung.
" I know. Tapi aku paling takut bila berkaitan dengan darah ni. Tu aku suruh dia rehat. " Kata Aerin.
" Yekee atau kau dah boleh lupakan semua yang dia dah buat kat kau. " Kata Sungyoung.
" Macam ni lah, aku tak nak bahas dah, aku penat. Lagipun dia dah minta maaf dan sedar benda tu. Kau janganlah risau... " Kata Aerin sambil menulis di bukunya.
" Series la? Hm okay aku percaya kau. Tapi aku masih lagi tak puas hati dengan dia. " Kata Sungyoung lalu memandang ke arah Jihoon yang sedang tidur.
" Suka hati kaulah. Tapi kau jangan bertindak luar kawalan pula. Dah, dah pergi sambung buat kerja. Kau takde kerja rumah ke apa haih? " Kata Aerin lalu Sungyoung ketawa kecil, menggaru kepalanya yang tidak gatal dan pergi semula ke tempatnya.
Keesokan paginya
" Morning Aerin, Sungyoung. " Kata Jaehyuk memberikan senyuman kepada mereka dan mereka berdua membalas balik dan Jaehyuk terus menuju ke toilet.
" Kenapa Jae tu? Lain macam senyum eh. " Kata Sungyoung kepada Aerin.
" Okay je aku tengok. Seolah-olah macam baru makan benda manis HAHAHAHAHAHA. " Kata Aerin lalu menolak bahu Sungyoung.
" HAHAHAHA apa kau ni? " Kata Sungyoung lalu ketawa.
" Seronoknya, kenapa tu? " Tanya Jihoon yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.
" Adelah rahsia. Kau nak tahu kenapa? " Kata Sungyoung dengan mengerutkan keningnya.
" Tanya pun salah...Aerin, kejap lagi makan teman aku, aku belanja kau..nak la tu kan? " Tanya Jihoon lalu Aerin memandangnya dengan pelik.
" Mimpi apa kau cakap dengan aku baik-baik ni? Kau tak sihat lagi kan? " Kata Aerin lalu memandangnya.
" Ok korang perlukan ruang. Aku bagi.. " Kata Sungyoung lalu keluar dari bilik.
" Takde..saja je nak tebus kesalahan. Aku rasa bersalah la. " Kata Jihoon lalu duduk di kerusi Aerin berhadapan dengan Aerin.
" Erm..Jihoon, tu. " Kata Aerin lalu Jihoon melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Aerin.
" Apa? Ouh..kerusi kau. Aku tahu. Kenapa salah ke? " Tanya Jihoon.
" Tak salah, tapi..aku tak biasa kongsi-kongsi ni, just yeah. " Kata Aerin lalu Jihoon tidak menjawab malah mendekati Aerin.
Ini membuatkan Aerin tersentak dan menjauhkan diri daripada Jihoon
" Kita dah pernah berkongsi, so apa salahnya? " Kata Jihoon lalu tersengih sambil mengenyit mata ke arahnya.
Aerin secara refleks terkejut dan bangun dari situ lalu berlari keluar. Semasa sedang berlari, jantungnya berdegup laju.
" Kenapa dengan aku ni...perasaan ni datang lagi. Tak suka aaaaaa. " Omel Aerin dalam hatinya.
YOU ARE READING
The Chosen One : Life (S1) | Treasure
Fanfic|| Malay FF TREASURE Park Jihoon || " Lagipun aku dah buat salah terbesar kat kau. Patut ke aku buat macam tu. Betul la kau cakap. Aku memang tak guna. Tak guna di mata semua orang. Jena sendiri tak mengaku aku namchin dia. " ~ Jihoon " Yaa..jangan...