[ Book 5 ]
Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan.
Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Baju dibetulkan sedikit sebelum kaki dibawa turun tangga. Mata menangkap sekujur tubuh yang elok duduk menghadap skrin televisyen. Senyum diukir. Sejak mereka balik tadi, Larissa hanya diam saja. Pasti wanita itu merajuk dengannya. Mummy, mummy... nasib sayang...
"Mummy, tengok cerita apa tu?" Tubuh dihempas lembut ke atas sofa bersebelahan Larissa. Namun, Larissa pandai jauhkan tubuh daripadanya. Hampir sahaja dia nak tergelak dengan rajukan mummynya.
"Mummy, mummy masih merajuk ke dengan Qi?" Soal Rizqi bersama senyuman di bibir.
Larissa hanya diam. Mata merenung skrin tanpa menoleh sedikitpun pada anaknya.
"Sampai hati mummy buat Qi macam ni. Qi balik sini rindu nak luang masa dengan mummy. Dah lah baru balik kerja, penat. Lepas itu mummy pula merajuk dengan Qi." Dia cuba memancing Larissa. Senyum makin lebar melihat raut wajah Larissa yang sedikit berubah.
"Tak apa lah, Qi tahu Qi bukan sesiapa pun. Qi-"
Pantas lengannya ditampar Larissa. Wanita itu menjeling ke arahnya. Terhambur tawa di bibir melihat wajah mummynya tika ini.
"Tak payah nak buat ayat sedih. Mummy tak termakan, ya?" Jari telunjuk diunjuk ke arah Rizqi.
"Mana ada. Betullah apa Qi cakap. Mummy sibuk pasal anak orang. Ini anak sendiri tak nak pula dikisahnya." Dia sendiri pening dengan Larissa. Entah apa yang wanita itu suka sangat dengan Shafira. Dia rasa gadis itu biasa saja ada lah.
"Qi, kenapa tak suka dia? Dia nampak baik, Qi." Dia masih tak faham kenapa anaknya tak berkenan dengan Shafira.
"Kalau baik pun kenapa, mummy? Apa kena mengena dengan Qi?"
"Qi cubalah kenal-kenal dengan dia. Tak payah susah-susah cari calon isteri. Ada kat depan mata aje." Kalau berkias, anaknya tak faham. Jadi, dia terpaksa berterus terang.
Rizqi ketawa. Dia dah dapat agak dah apa yang bermain di fikiran Larissa. Pandai mummynya pancing dia.
"Mummy, Qi tak cakap pun nak cari calon isteri. Qi tak cakap pun nak kahwin."
"Habis itu, nak membujang sampai bila? Sampai tua? Qi bukan muda lagi ya? Umur dah 32 tahun!" Sengaja dia tekankan akhir ayatnya supaya Rizqi beringat sedikit. Ini tak, seronok sangat dengan zaman bujang.
"Muda lah tu 32. Qi pun tak nampak tua lagi. Cuba mummy tengok Qi, dah nampak tua ke? Tak, kan? Nampak makin handsome, kan?" Sakat Rizqi. Malas dia mahu serius tentang hal seperti ini. Dia tak pernah terfikir hendak kahwin dalam masa terdekat ini. Mummy aje pandai-pandai.
"Ish, Qi ni main-main eh? Mummy serius tau!" Geram saja dia dengan perangai anaknya yang susah benar hendak serius.
"Amboi sayang, kenapa marah-marah ni?" Sampuk Randika dari belakang. Tubuh dibawa duduk di sebelah Larissa. Kini wanita itu dihimpit dua orang jejaka. Daripada tadi dia hanya perhati saja perbualan dua beranak itu.