Langkah semakin dilajukan apabila menghampiri susuk tubuh Larissa. Wanita itu duduk lesu bersama Rhea menemani.
"Mummy!" Tegur Rizqi seraya melabuhkan duduk di sebelah Larissa. Kekura tangan wanita itu dikucup. Shafira yang mengekori di belakang juga menyalam tangan Larissa dan Rhea.
"Macam mana dengan daddy? Daddy okay, kan?"
Larissa hanya diam bersama air mata yang mengalir tak henti. Apabila tidak mendapat respon daripada Larissa, mata membalas pandangan Rhea, mengharapkan jawapan daripada kakaknya.
"Daddy okay cuma... tekanan darah tinggi dan... suhu badan daddy naik mendadak." Jawab Rhea perlahan.
Rizqi mengeluh. Tubuh mummynya dibawa ke dalam pelukan. Dielus lembut lengan wanita itu, memberi kekuatan.
"Sekarang ni doktor risau kalau semakin teruk, akan effect pada jantung pula." Sambung Rhea, menambahkan kegelisahan kepada mereka yang mendengar.
Shafira menggigit bibir bersama wajah yang jelas simpati. Tanpa disedari sesiapa, tangannya digenggam sang suami di sebelah. Seketika pandangan mereka bersabung. Dia mengerti, lelaki itu perlukan kekuatan daripadanya.
Mata dikerdipkan sekali sebelum dibalas genggaman suaminya. Berharap Rizqi akan tahu, semuanya akan baik-baik saja.
"Mummy risau..." terhinggut-hinggut bahu itu menahan esak.
"Insha Allah daddy akan kuat." Ucap Rizqi seperti yang diucapkan isterinya kepada dia sebelum mereka sampai ke sini.
Rhea menarik dan menghembus nafas berat. Sebenarnya daripada pagi lagi perutnya rasa tak selesa. Seperti ada yang tak kena saja. Hendak kata mahu bersalin, belum tiba waktunya lagi.
"Kak, kau okay tak?" Soal Rizqi tiba-tiba apabila melihat wajah berkerut Rhea, seperti menahan kesakitan.
Larissa menoleh kepala memandang anaknya sekali gus pelukan mereka terlerai. "Kenapa, Rhea? Nak bersalin dah ke?" Gelabah nada suara itu menjengah.
Rhea menggeleng. Tangan mengusap permukaan perut. "Tak tahulah, mummy. Tiba-tiba rasa sakit." Balas wanita itu bersama rintihan sakit.
Larissa memandang lama wajah anaknya sebelum mata turun ke bawah. Hampir terbeliak biji mata melihat air yang mengalir dari kain yang dipakai Rhea.
"Astaghfirullahhalazim, air ketuban dah pecah!" Ujar Larissa separa menjerit, terkejut.
"Hah? Air apa pecah?" Automatik Rizqi juga gelabah melihat keadaan yang sedikit huru-hara.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...