Part 63

3.1K 162 20
                                    

Tangan menggigil kecil apabila menyentuh tombol pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan menggigil kecil apabila menyentuh tombol pintu. Bilik kerja Azrael. Tak pernah sesekali dia jejakkan kaki ke sini. Tiba-tiba hati terdetik untuk melihat apa yang ada di dalam.

Sebaik saja dia melangkah masuk, bau Azrael menjengah rongga hidung. Bau yang amat dia rindui. Bau inilah yang sentiasa melekat dengannya tidak kira siang atau malam. Namun, bau itu telah hilang. Tanpa dapat dia menghalang.

Kerusi empuk milik suaminya didekati lantas dilabuhkan duduk. Tiada apa yang menarik pun di sini. Hanya ada beberapa buah buku yang pastinya berkenaan perniagaan dan beberapa buah fail dan helaian kertas kerja di atas meja yang disusun elok. Komputer riba yang tertutup itu dibuka. Tak lama kemudian, ianya menyala. Skrin tersebut memaparkan gambar-gambar dirinya yang pasti Azrael curi-curi menangkapnya. Tanpa disedari, bibir melengkung senyum. Sejak dua menjak ni, sering saja dia cepat terusik. Tengoklah sekarang, air mata sudah mula bertakung. Dia yang cepat tersentuh ataupun dia yang terlalu merindukan suaminya?

Tak disangka, banyak juga gambarnya yang disimpan Azrael di dalam komputer riba milik lelaki itu. Dia jadi tertanya sendiri, bila agaknya lelaki itu curi-curi mengambil gambarnya? Bagaimana dia boleh tak perasan?

Ralit mengamati gambar sendiri, tiba-tiba dia ternampak satu folder yang bertajuk 'Malia'. Namanya. Rasa ingin tahunya semakin meluap-luap sekali gus dia menekan folder tersebut. Terus mata terpaku seketika. Bibir menggeletar tika membaca ayat demi ayat yang terpapar di hadapan mata.

Malia...
Nama yang akan sentiasa terpateri dalam hati. Wajah yang sentiasa memberi cahaya yang kian suram dalam hidupku. Siapa sangka, aku bisa jatuh cinta sedalam ini kepadanya sedangkan suatu waktu dulu, akulah manusia yang paling membencinya... nama seindah wajah. Takkan pernah dilupakan walaupun di hujung nafas.

Malia, aku minta maaf sebab aku tak dapat jadi suami yang baik untuk kau. Aku tahu dan aku sedar, selama ni aku pentingkan diri. Aku lebih pentingkan dendam dan penderitaan aku berbanding kau dan anak kita. Aku juga tahu apa yang aku dah buat selama ni adalah satu kesalahan. Dan aku berjanji pada kau, aku takkan lari daripada masalah yang aku cetuskan sendiri. Aku sakit, Malia. Aku nak hidup bahagia dengan kau seperti pasangan suami isteri yang lain. Tapi setiap kali aku pejamkan mata, aku tak mampu lupakan kesakitan yang aku rasa selama ni.

Hinaan ibu, makian dan cacian ibu, perbuatan kejam ayah, dan kata-kata penuh kebencian daripada ayah kandung aku sendiri. Iya, aku masih boleh berhadapan dengan ibu seperti tiada apa yang berlaku sebab aku tak nak ibu terus dibelenggu rasa bersalah walaupun secara zahirnya, ini semua berpunca daripada dia. Aku juga boleh maafkan mereka semua yang memberi trauma dalam hidup aku, tapi untuk melupakan itu yang aku gagal lakukan. Terlalu sakit, Malia apabila darah daging kau sendiri tak mengaku kewujudan kau. Aku cuma mahu merasai kasih sayang ibu ayah aku sendiri. Mengapa terlalu sulit untuk aku?

Aku tak nafikan yang aku bersikap pentingkan diri dengan kau dan anak kita, sebab tu aku tak nak libatkan kau dengan anak kita dalam masalah aku. Aku tak nak tengok kau sakit untuk lihat aku menderita. Aku tak nak kau susah hati tengok aku terseksa. Jadi, biar aku yang menjauh. Aku nak kau dan anak kita bahagia. Aku tak nak anak kita kenal ayah dia yang jahat, kejam dan tak berhati perut macam aku. Aku tak layak pun nak jadi seorang ayah tapi aku juga tak dapat lari daripada rasa syukur kerana akhirnya aku dapat merasai semua tu. Tipu kalau aku cakap aku tak terkilan, mungkin aku tak dapat jumpa anak aku sendiri. Tapi lebih baik begitu. Dia tak perlu kenal lelaki seperti aku.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now