Part 10

3.9K 208 7
                                    

Tangan di stereng kereta digenggam kuat sehingga menimbulkan urat-urat kasar di lengan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan di stereng kereta digenggam kuat sehingga menimbulkan urat-urat kasar di lengan. Rahang diketap menahan rasa. Walaupun mata memandang ke hadapan, fokus pada pemanduan, liur meneguk payah. Fikiran ligat memikirkan ayat yang dilontarkan Shafira sebentar tadi.

"Jom kahwin dengan saya nak tak?"

"Saya tak melawak. Saya serius."

Bibir terjongket sinis. Kepala tergeleng perlahan. Adakah begitu mudah bagi seseorang untuk mengungkap tapi sukar hendak menepati? Adakah perkahwinan itu suatu benda yang boleh dibuat main? Nak, kahwin. Tak nak, berpisah. Begitukah?

"I love you, Rizqi. I akan tunggu you. Kita akan kahwin."

Dia trauma. Trauma dengan perkataan 'kahwin'. Kerana dia pernah beria untuk sebuah perkahwinan yang diimpikan namun di akhirnya menjadi debu yang tak tersisa. Terkadang dia rasa dunia ini tak adil buatnya. Mengapa dia yang tulus dan ikhlas, disakiti sebegini sekali? Tidur tidak pernah lena. Hidup tak pernah aman. Tapi, si dia yang menyakitinya, mengkhianatinya, malah hidup bahagia tanpa menoleh sedikitpun pada dia. Usah kata toleh, doakannya pun belum tentu dibuat.

Namun, dia tahu. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri. Dia tak pernah menyalahkan takdir hanya kerana tidak menyebelahinya. Dia anggap ini bukan rezekinya. Belum tepat lagi waktunya.

Pedal minyak ditekan sekuat hati membuatkan kenderaan beroda empat itu mengaum laju membelah jalan raya.

•••

Dahi berkerut seribu apabila bunyi deringan telefon menyapa gegendang telinga. Mata perlahan-lahan dibuka. Kabur. Ditutup kemudian dibuka kembali. Tangan menggapai telefon berbentuk segi empat itu di atas meja sisi katil. Tubuh yang tidur meniarap sedaya upaya cuba bangkit lantas duduk dengan kepala yang bersandarkan kepala katil.

Mata meneliti skrin telefon yang memaparkan nombor yang tidak dikenali. Tangan laju menggesek ikon hijau. Telefon dilekap ke telinga.

"Helo?"

Figura di talian terdiam mendengar suara serak basah itu. Air liur ditelan kasar. Jantung berdegup laju.

Rizqi kerut dahi. Dah kenapa diam pula ni?

"Helo? Who is this?" Soal Rizqi. Tangan meraup rambut yang jatuh ke dahi.

"Err... ni... saya, Shafira..." tergagap suara hendak dilontarkan. Lain macam betul suara Rizqi pagi-pagi begini. Buat jantung rasa nak tercabut aje.

Makin berlapis dahi Rizqi mendengar suara halus itu. Mata melihat skrin sebelum kembali dilekap ke telinga.

"Mana dapat nombor aku ni?"

"Ada lah!"

Bebola mata Rizqi berguling ke atas. Dia mendengus kecil.

"Nak apa ni?"

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now